Wednesday, September 17, 2008

Anda Sudah Dewasa Dan matang Bila

- Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

- Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

- Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

- Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka

- Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat

- Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

- Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda

- Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya

- Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

- Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

- Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobiyang benar-benar anda minati

- Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,tanpa merasa malu

- Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna

- Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya

- Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai

- Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

- Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka

- Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat denga norang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka

Tuesday, September 16, 2008

Punca Wanita Sukar Mengandung

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.“Sudah berkahwin?” saya menambah.“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastiann hipotesis awal saya.Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”.Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak),amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas- Makan junk food,- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai.- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.- Makan burger dan naget- Makan jambu batu.

Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini.Tidak ketinggalan dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah di negara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.
Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

Friday, September 12, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, September 11, 2008

Percayakah Kita



‘Percayakah kita tentang Ababil

Burung yang kecil membawa api

Memusnah Abrahah serta tentera gajahnya

Kaabah yang kukuh tidak bisa runtuh

Pertolongan Allah tidak bisa ditangguh

Musnah mereka Al Quran buktinya


Jika kita percaya

Mengapa bom atom kita takutkan

Mengapa Amerika kita gerunkan

Mengapa peluru kecil kita bimbangi


Percayakan kita tentang Si Hajar

Melahirkan Putera Ismail seorang diri

Di Perdu kurma musafir diri

Tiada bekalan tiada simpanan

Kaki Ismail nadi kehidupan

Di kaisnya kaki air bumi terjadi

Ibu dan anak dahaganya tiada

Akhirnya telaga zam - zam sumber berzaman


Jika kita percaya

Mengapa takut kebulur di bumi

Mengapa dibimbang isteri mengandung

Mengapa memikir tanamankan kontang

Penguasa zalim menjadi harapan


Percayakah kita tentang Musa

Lautan luas dapat dibelah

Tongkat buruk sebagai senjatanya

Akhirnya Firaun lemas kernanya

Bukti teragung Allah yang berkuasa

Tiada terfikir oleh manusia

Selamat Yahudi hinggalah kini

Pertolongan Allah kepada hambanya

Jika kita percaya

Mengapa takut berakit ke laut

Mencari hasil khazanah alam

Mengapa dibimbang kekuatan musuh Allah

Tidak tercatat dalam sejarah

Rusia dan Amerika mengambusnya laut


Percayakah kita

Israk dan Mikraj

Di langit ke 7 peristiwa dirakam

Solat diperintah kepadanya rasul

Syurga dan neraka juga dipertonton

Azab dan nikmat diperhati jua

Semalam cuma berlaku segala

Bukti keagungan Yang Maha Esa


Jika kita percaya

Mengapa solat ditinggal sia - sia

Berjemaah terpuji tiada dilaksana

Dosa perbuatan tidak dihitung

Pahala di beri tiada minat untuknya
Setiap tahun perbuatan diikut

Menyembelih binatang tuntutannya agama

Daging diagih kepadanya insan

Teladan Ibrahim menyembelih Ismail

Si Ayah yang mematuh

Si Anak mengikut

Nyawa di beri tidak langsung disayangi

Perintah Allah itu yang utama

Korban nyawa korban segalanya

Walau kasih sayang tiada terjual layaknya

Kerna putera tunggal gantinya tiada


Jika kita percaya

Mengapa anak di biar cuma

Mendedah aurat bercampur jantina

Berfesyen mendedah tidak berani menegur

Kerna kasih sayang semua diturut

Walaupun hukum Allah diinjak seadanya

Sayang di dunia mungkin menderita di ’sana’

Thursday, August 7, 2008

R.I.N.D.U.

Assalamualaikum wbt
Tadi masa tengah suap Maryam dengan Fateh makan sempat lagi fikir. Apa yang nak di tulis dalam blog hari nie. Fikir punya fikir ada la juga idea. Ehm, walaupun sikit tapi kalau bagi kat saya boleh jadi panjang. Belum campur dengan merapu dengan membebel. Layan je la. Kalau tak nak baca. Tak pa. Sila keluar. HAHAHA. Berlagaknya minah ni.

Saya nak tulis tentang ‘PERKARA YANG SAYA RINDU’..
Rindu..rindu..rindu kalbu.

Pertama saya rindu nak dengar suara azan. Bukan azan dari komputer. Tapi azan dari surau atau masjid. Rumah keluarga saya dekat dengan surau jadi tiap kali masuk waktu solat memang dengar jelas suara azan.

Kedua saya rindu nak kejar bas balik rumah keluarga saya. Setiap minggu bila hari Jumaat tiba, pergi mengajar siap bawa beg nak balik rumah keluarga saya. Mula-mula ada juga cikgu lain tegur tapi dah lama-lama dorang tak kisah. Pukul 12.20 tengahari dah keluar kelas. Sedangkan kelas habis 12.30. HAHAHA. Jahat cikgu nie. Nasib anak murid bagus. Apa tak bagusnya. Berani kalau tak siap keja saya. HAHAHA. Siap la hari Isnin nanti. Garang gila cikgu nie. Sapa pernah jadi anak murid saya memang tahu la. Mau kecut perut kalau tak siap kerja. Tapi, mana pernah serik. Masih juga tak siap kerja. Nampaknya saya tak cukup garang la kan. Eh, dah terbabas cerita. Balik pada cerita asal. Bas pula bukannya menentu masa nak datang. Bila saya tunggu awal datang lambat. Bila lambat kena la tunggu bas pukul 2 petang pula. Mahu berkematu punggung tunggu bas.

Ketiga saya rindu nak beli majalah Mingguan Wanita. Majalah ni selalu saya khatam dalam komuter je. Boring nak tunggu sampai KL Sentral.. Sapa yang naik komuter dari klang ke KL Sentral tahu la betapa lamanya nak sampai. Lebih kurang 50 minit. Sempat la habis sekali imbas. Sebulan sekali bila majalah pengantin keluar, beli majalah pengantin pula. Konon nak buat koleksi. Baru beli 3 keluaran dah datang London. HEHEHE. Sambung lepas nie la pula.

Keempat saya rindu nak ronda kat KL Sentral. Selalu kalau balik KL saya ambil komuter turun dekat KL Sentral. Bila sampai KL Sentral mana boleh balik dulu. Mesti mahu pusing-pusing satu round. Atas dan bawah. Selalu kat KL Sentral kan ada gerai-gerai dekat tengah-tengah ruang legar. Bukan beli apa pun. Biasa la kan perempuan. Jamu mata. Ada satu kedai kasut kat hujung sekali memang saya tak miss masuk. Kalau awal bulan usyar-usyar je dulu. Tengok kasut baru apa yang ada. Kalau ada hujung bulan baru rembat satu.

Kelima saya rindu nak beli keropok roda (nama keropok nie wawa n jiha yg bagi sebab bentuknya macam roda atau tayar) dekat station Putra Wangsa Maju. Auntie pun memang dah tahu. Kalau nampak je muka saya. Mesti tau keropok roda dua. Keropok tue buah tangan untuk Wawa dan Jiha. Kalau tak beli mesti tanya. ‘Mak lang tak beli keropok roda ke?’

Keenam saya rindu nak bawa Wawa dan Jiha pergi taman. Kadang-kadang ada Ijat dengan Afiq. Kalau pergi pagi-pagi kitorang siap sarapan kat sana terus. Selalu dorang pau mak lang dia nasi lemak sorang satu dengan air kotak. Dapat main sejam dan kadang-kadang jadi dua jam cukup la. Pastu bagi pula mak lang jogging seround. Bukannya jogging pun lebih pada jalan je. Lepas tue menyakat dorang. Main lumba lari. Suka tengok dorang terkedek-kedek lari. Lagi-lagi Jihah. Kalau Jua pula suka main ngelat. Kalau Jihah menang kat depan. Dia buat la nak nangis. Mengadu penat. Bila kitorang g dekat terus dia pecut. Pastu ketawa terkekek-kekek. Suka bila dapat kenakan Jihah. Wawa..Wawa..mak lang rindu dekat awak! SANGAT rindu...

Ketujuh saya rindu nak pergi Giant. Tempat wajib pergi setiap kali balik rumah. Kadang-kadang bukannya nak beli apa. Tapi sebelum rumah ada internet selalu kena g cc. Kalau dah g cc balik mesti singgah Giant. Mula-mula g tingkat atas sekali. Kedai buku. Tengok novel baru. Kalau ada penulis yang saya suka. BELI. Kalau tak baca majalah je. FREE. Sapa tak nak baca. Kadang-kadang cari buku rujukan untuk mengajar. Cari bahan-bahan untuk buat ABM. Habis round kedai buku sementara nak sampai kat tangga escalator singgah la pulak kedai game. Cari game baru. Turun je tingkat dua terus nampak kedai kain. Macam juga kasut. Hujung bulan baru beli. Tapi baju nie lain sikit. Kalau jumpa je corak yang berkenan ambil sepasang. Limit baju 2 pasang je sebulan. Jahit free katakan. Semenjak china silk murah. Dok berkenan china silk je. Sebab kebanyakkan corak dia memang bunga kecik. Kena la dengan selera sqyq. Habis tengok baju turun bawah pula. Masuk giant. Beli barang yang mak pesan atau beli barang untuk sendiri pakai. Lepas tue singgah pula Guardian. Kalau ada promotion Loreal beli. Kalau tak setakat cuci mata je. Habis round Giant sambung pula dekat kedai sekitar Giant. SAKAN! Lepas tu kedai hadiah pula. Besa la. Kalau tak beli, jalan-jalan je. Habis round terus balik. PENAT.

Kelapan saya rindu cendol atau ABC dekat Jalan Kebun. Masa ada kereta boleh kata selalu juga la beli. Ehm, sedap ke? Boleh la layan.

Kesembilan saya rindu apa ye? Ehm..nak pk jap. Aha, saya rindu dekat anak murid saya. Rindu nak mengajar. Rindu nak tanda buku. Buat soalan periksa. Rindu sediakan ringkasan mengajar walaupun selalu malas nak tulis. Rindu segala-galanya yang ada di sekolah.

Kesepuluh saya rindu MYVI. Kalau saya tak datang London mesti sekarang dah boleh bawak keta kan. Punya la susah nak lulus. Tapi bila dah lulus dan dapat kereta, peluang kerja dari London datang. Alhamdulillah,rezeki.

Kesebelas saya rindu pada Intan dan Rohimi. Dulu lain sekarang lain. Sekarang Intan dengan Rohimi dah kawen. Saya di London. So, tak leh la lepak rumah dia dah. Dulu, asal je cuti mesti lepak umah dia. Sampai ada yang cakap ’Awak takde rumah ke?’ Begitulah akrabnya kami. Kalau ada peluang berjumpa memang tak lepas. Sebab kami tahu sampai masa bila masing-masing ada komitmen yang lain. Semua itu adalah kenangan.

Kedua belas saya rindu kawan-kawan rumah sewa. Kak Ina,kak nab, asma, amie dan atikah. Walaupun jarang ada bersama hujung minggu tapi kenangan 2 tahun bersama memang susah nak lupa. Macam-macam berlaku. Dari yang manis sampai la yang ngeri. Kalau di ingat balik memang boleh gelak dan boleh jadi seram. TAKUT.

Ketiga belas saya rindu semua kawan-kawan. Susah nak tanya khabar berita dari jauh. Tak semua yang ada internet sekarang. Dulu kalau teringat boleh sms atau call terus. Lagi-lagi Diana. Apa la khabar dia sekarang. Patut la sebelum datang London saya teringin nak pergi semua kenduri kawen kawan. Rupanya lepas tue tak boleh jumpa. Lagi-lagi bila ingat kenangan di JB. Masa kenduri Yana dengan Intan. Thanks Min. Bawa aku jalan-jalan JB. Pastu bawa aku tengok bumbung rumah Ajib. HAHAHA. Lawak bila ingat balik.

Keempat belas saya rindu DIA. Siapa dia? Siapa yang tahu. Tahu la kan. Tak ramai yang tahu dari yang tahu. ~Biarlah rahsia~ kalau dulu senang nak call atau sms. Sekarang kena pikir nak buat semua tue. Kena beringat. Bukan nak duduk sekejap je kat London. Lama. Maunya kalau di simpan duit tue boleh buat belanja kawen.

Kelima belas saya lupa nak tulis. Saya rindu nak beli novel. Sekarang tak rindu sangat sebab dah ada 7 buah. Lepas nie pun kalau Ezzah belikan boleh baca lagi. Nanti kalau kak nab datang lepas raya ada lagi stock. Kak ct balik hujung tahun pun ada lagi. Rasanya tak putus kot bekalan novel. Tak tau la tahun depan. Apa pun still lagi banyak novel yang tak beli sejak saya kenal dengan Kak Rin. Dia punya review novel yang di baca buat saya teruja nak baca juga. Setakat nie dapat la yang best.

Tengok, kalau bagi saya menulis memang tak sedar diri. HAHAHA. Ok la kan. Banyak dah saya tulis. Nanti kalau ada apa yang saya rindu lagi boleh sambung part 2. Dah lenguh badan duduk menaip. Panjang umur kita jumpa lagi.
Saya RINDU kamu.

Tuesday, August 5, 2008

Why Ladies Today Are Still Single

Why ladies today are still single..?

The nice men are ugly

The handsome men are not nice

The handsome and nice men are gay

The handsome, nice and heterosexual men are married

The men who are not so handsome, but are nice men, have no money

The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money

The handsome men without money are after our money

The handsome men who are not so nice and somewhat heterosexual, don’t think we are beautiful enough.

The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money are cowards.

The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and never make the first move.

The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative…

~ warna hati ~
meen zulaikha

London Yang Kurang Best.

Saya cerita yang tak best pula. Sebenarnya dalam kemajuan yang dicapai oleh negara nie. Ada sesetengah benda yang membuatkan saya miss negara kita..MALAYSIA.. Eh, memang la tak semua ada. London maa..
  • Makanan halal - memang susah nak cari restoran yang HALAL. Lagi-lagi yang disahkan HALAL oleh JAKIM. HEHE. Kalau ada pun fast food macam KFC. Bukan KFC. Di sini takde KFC, mcD atau pizza yang HALAL. Semua haram. Boleh la kalau takat nak makan kentang dan ikan je. Pernah sekali makan Nando’s. Masa kat Malaysia tak pernah pun teringin nak masuk Nando’s. Tue pun bukan semua Nando’s kat sini halal. Kena cari.
  • Medan selera - mana ada. TAK ADA okey. Gerai atau warung jangan harap la. Tak sesuai nak buka warung dengan cuaca yang sejuk gedik tiap hari. Rosak mood nak melepak. Jadi nak makan kena masak sendiri. Bila dah hari-hari masak, kadang-kadang nak juga makan luar. Tapi nak buat macamana kan. Ini bukan Malaysia.
  • Pensil colour - Hampeh. Tak cantik langsung colour. Takde Faber Castle atau Staedtler. Stabilo. Yang ada entah jenama apa pun saya tak tau. Dah la saya minat mengaler. Nak je suruh Ezzah beli colour. Boleh zah..? he..he..
  • Siang yang panjang - musim panas siangnya memang panjang. Kalau sampai waktu kemuncak. Subuh pukul 3 dan maghrib pukul 9. Honestly, kalau mata mengantuk, tak sedar terlena. Sedar-sedar dah terlepas maghrib. Macam tue jugak subuh. Jam dah kunci, tapi tido mati. Sedar-sedar dah pukul 6. Qadha la jawabnya. Bila dah jadi macam tue, sekarang saya solat subuh siap-siap pukul 2 pagi. Lepas tue baru tido..
  • Surau @ masjid - susah nak cari masjid atau surau di Uk. Pernah sekali solat kat tepi supermarket beralaskan kain batik. Bila jalan susah la sikit..
  • Semalam saya nak cari hadiah untuk program sukaneka aulad & banat. Ehm, susah nak cari hadiah. Tak banyak pilihan.
  • ANJING - aaarrgghh…benci..menci..! kalau berjalan-jalan memang kena hati-hati. Oh tidak..! SANGAT-SANGAT BERHATI-HATI okey. Mata kena alert. Lagi-lagi kalau dekat car boot sale. Dah la besar-besar. Pastu bila lalu dekat kita memang nak menyondol. Kalau kucing tak pe. Geli-geli pun tak haram. Tak perlu samak. Ni anjing. Memang spoil. Ada masa, bila naik bas pun bawa anjing. Aduh, memang kena elak. Ada satu cerita, satu hari kami ( saya dan Fateh ) nak hantar Maryam ke nursery. Sedang kami seronok berjalan, tiba-tiba Maryam jatuh. Jatuh. Tak pa la sikit je. Tak luka langsung. TAPI..TAPI..TAPI... Maryam dengan muka gelinya beritahu ada poo kat tight dia. Saya pun tengok. Alamak, geram sangat-sangat. Kenapa la masa ni pula nak kena. Takkan nak balik rumah. Dah sampai nursery. Saya pun bersihkan saja. Sampai rumah cari tanah nak samak. Bila tengok kat belakang, mana ada tanah liat. Tanya kak ct, dia cakap guna je tanah yang kat belakang. Masa ni la nak praktikkan cara-cara menyamak. Kalau tak setakat teori saja la.
  • Tandas - malu la nak cerita. Tapi memang tak best. Tak de air. Kalau nak masuk tandas kena bawa botol kecik. Tak macam Malaysia. Sekali masuk tandas rasanya sebaldi air kita guna. HAHAHA
  • Kalau jalan-jalan kena bawa bekal dari rumah. Takde kedai atau restoran yang halal. Err, bukan takde tapi tak berbaloi nak ke sana. Mahal dan terhad. Tak banyak pilihan seperti Malaysia. Lagi-lagi Malaysia. Pegi balik Irma. Dah jangan datang-datang lagi London. HAHAHA
  • Orang Tua - ni bukan cerita tak best. Tapi kesian dan simpati lahir dari hati saya sendiri. Orang-orang tua di sini yang menjalani hidup BERSENDIRIAN. Hari-hari saya jumpa orang tua yang pergi supermarket sendiri. Saya tanya kak ct, dorang tak de anak ke. Kak ct kata biasa la. Kat sini bila tua dorang tinggal sendiri. Anak-anak tak tinggal bersama. Ada tu, bila dah habis sekolah terus tinggal berasingan. Sian bila tengok. Ada tue dah terbongkok-bongkok bawa trolley naik bas. Kalau yang sihat ok. Jalan sama-sama pegang tangan lagi. Pernah sekali, seorang perempuan tua terjatuh dari tangga bas betul-betul di sebelah saya. Subhanallah, terkejut saya. Nasib saya sempat paut bahu dia dari jatuh tersembam di atas jalan. Bukan salah bas. Tetapi memang dia dah tak berupaya untuk berjalan. Sedih sangat bila ingatkan balik. Sangat-sangat sedih. Lagi-lagi bila kenangkan ibu bapa saya yang jauh di Malaysia. Semoga Allah beri saya kekuatan untuk menjaga ibu bapa saya sehingga akhir hayat mereka.
  • Cuaca - kalau tengok paper, mukasurat 2 bawah sekali di tulis ramalan cuaca untuk 3 hari berturut-turut. Cuaca mempengaruhi manusia. Kadangkala saya pun terikut juga. Kalau tengok cuaca sini memang sakit. Kalau mendung, sehari la mendung. Tak pun hujan. Kalau panas, panas sangat sampai pening kepala. Ada sampai kes bunuh diri sebab tak tahan dengan cuaca mendung. Alhamdulillah kita sebagai umat Islam. Datang lah apa pun cuaca, semua itu adalah nikmat. Kena proses balik hati. Betapa beruntungnya saya berbanding mereka yang mengalami musibah akibat drai cuaca. Syukur, alhamdulillah…!


Ehm..ada lagi sebenarnya. Yang best dan x best di London ni. Nanti kita sambung lagi. Mungkin apa yang saya tulis ada yang tak setuju. Terserah pada yang membaca. Kita ada pendapat masing-masing. Apa pun saya sangat-sangat bersyukur. Di beri peluang untuk merasai hidup di negara orang. Lagi-lagi LONDON okey.. London.. Bila berada di negara jahiliyyah ni memberi saya banyak sangat peluang untuk muhasabah diri. Perbaiki diri. Banyak masa untuk berfikir. Syukur sangat. Walaupun bila rindu datang menjentik, saya ingin sangat balik bersama-sama keluarga. Tapi saya sedar peluang ini perlu saya manfaatkan sebaiknya. Bukan semua orang diberi peluang seperti saya. Saya adalah antara insan-insan yang terpilih oleh Allah untuk merasai nikmat ini.

Alhamdulillah..

Jumpa lagi, wassalam…

Sunday, August 3, 2008

Seronoknya London


Assalamualaikum…

Salam sayang dan rindu buat semua. Diharapkan semuanya berada dalam lindungan Allah terutamanya mak tersayang. Saya rindu mak..! memang rindu sangat-sangat. Dah melimpah ruah. Minggu nie je asyik teringat kat mak. Dah lama tak cium dia. Bila dihitung kembali dah masuk bulan ke 7 saya berada di London nie. Alhamdulillah, Allah sentiasa menjaga saya. Melindungi saya. Memberi kekuatan pada saya untuk terus bersyukur dengan nikmat-nikmat yang di beri. Alhamdulillah, moga-moga Allah sentiasa menjaga hambaNYA ini walau di mana berada. Moga-moga saya juga sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Ameen..!

Ehm, ramai yang bertanya. Kawan,anak murid,sepupu. Best ke kat sini..? Mula-mula dulu memang excited. Jawapan yang meluncur di bibir.

BEST..BEST...BEST sangat..

Tapi bila dah lama. Adakalanya jawapan yang diberi ialah BORING la.

Jadi, sekarang saya nak kongsi apa yang best dan tak best kat London nie.

Kita citer yang best dulu la kan..


Apa yang saya suka kat London nie ialah…


  • Taman - Kat sini memang banyak taman..taman dia mmg di jaga dgn baik..kalau cuaca elok..kita akan jumpa ramai org melepak di taman…jalan2 di taman mmg mengasyikkan..ralit..tenang..


  • Langit membiru - Saya suka tengok langit. Bila cuaca cerah, langitnya bersih. Warna biru yang sangat cantik. Saya tinggal di South West London. Dekat dengan airport city. Memang tempat laluan kapal terbang naik dan turun. Tapi saya lebih suka tengok kapal terbang yang lalu jauh di dada langit. Kalau kena gaya kadang-kadang boleh sampai 10. Ralit sangat tengok mereka membelah awan.
  • Sungai Thames - Rumah saya dekat dengan Sungai Thames. Jalan kaki dalam 10 minit dah sampai. Selalu kalau cuaca baik, petang-petang kalau ada masa kitorang akan jalan-jalan untuk tengok matahari terbenam. Duduk melihat air sungai surut. Melihat burung-burung bermain di gigi air. Mendengar bunyi angin dan air. Sangat seronok.


  • Pengangkutan - Di sini tiada masalah tentang bas lebih-lebih lagi dalam hal pengangkutan awam. Sangat sistematik. 10 minit sekali bas sampai. Dah tue lalu semua ceruk jalan. Pernah sekali nak ke Lewisham. Sejam lebih baru sampai. Memang sistematik betul. Kadang-kadang ternampak juga, bas kosong pun mereka jalan. Kalau tube pula memang tak dinafikan, macam-macam line ada. TOL..! buat pengetahuan semua, kat sini tak de tol.. TIADA..! kecuali ada la 1 dan 2 tempat yang ada tol. Tapi tak pe ada jalan alternatif..


  • 4 musim - Saya dah merasa 3 dari 4 musim yang ada. Sejuk, bunga dan panas. Yang belum rasa ialah musim luruh. Kita akan nampak perubahan pokok. Dari botak takde daun sehingga la berdaun atau berbunga dan akhirnya luruh. Masa salji best sebab saya tak pernah pegang salji. Memegang ais di dalam peti sejuk bukan dikira salji okey. HAHAHA. Tue pun sempat rasa sikit. Belum lagi sampai yang lebat. Insyaallah moga lepas nie saya di beri peluang untuk merasai nikmat Allah ini.


  • United Kingdom - Negara nie sendiri sebenarnya memang saya suka. Apa yang ada kat sini seperti bangunan, istana, tempat-tempatnya. Semuanya memang ada keistimewaan sendiri. Nak cerita memang banyak. Kita cerita perlahan-perlahan okey.. Mana tempat yang saya pergi akan saya buat entry lepas balik dari sana.


  • Car boot sale - Sapa-sapa pun akan suka shopping. Tapi untuk shopping di London memang la tak mampu. Tak kena dengan bujet gaji saya. Boleh cuci-cuci mata aje la kalau masuk shopping mall sini. Melainkan kalau ada sale. Baru la boleh kot. Tapi tak penah lagi kena sale kat sini. Nanti-nanti la kan. Balik cerita car boot nie. Kebanyakkan barang-barangnya 2nd hand. kalau kena gaya ada juga barang baru. Kita kena pandai pilih. Adat orang putih mereka tak suka simpan barang-barang yang tak boleh dipakai. Bila dah tak berguna mereka akan jual. Kalau pandai pilih memang nampak baru. CBS nie tak de slalu. Dia ada masa musim panas je. Kena pula akhi fauzi memang kaki CBS. Kalau cuaca elok selalu gak kitorang g.


  • Kanak-kanak - suka tengok anak-anak sekolah. Macam-macam bangsa ada. Ada sorang namanya Ilaf. Anak arab. Cute sangat. Mata biru. Setiap kali hantar maryam ke nursery, dari jauh dia dah nampak saya datang. Dia akan tunggu dekat pagar. Bukan sembang apa pun. Cuma senyum. Kadang-kadang dia tunjuk lukisan yang dia buat. Tanya makan apa lunch pack tadi. Pastu dengar dia cerita pasal sekolah. Layan je la…!


  • Londoners - Ehm, ok la..friendly. Baik hati. Gentleman. Tapi tak semua. Ada juga yang sombong. Kalau yang muslim bagus. Kalau kita kat Malaysia lelaki bagi salam kita kata gatal. HAHAHA. Kat sini bila lelaki beri salam bermakna salam sesama muslim. Pernah sekali dalam tube, seorang lelaki beri salam pada Fatimah dan Syakirah. Kuat bunyi salam yang dihulur. Mungkin sebab susah nak jumpa orang Islam. Jadi bila salam di beri memang kita rasa seronok. Sebab jumpa orang muslim.


  • Internet - LAJU. Berbanding dengan Malaysia yang selalu membuatkan saya 'hangin' kalau ke CC. Pernah sekali dalam masa sejam langsung tak boleh buka email. Sangat-sangat marah dalam hati. Tak pasal-pasal kena bayar rm 2 selepas diskaun. Dekat sini boleh buka 6 page tanpa perlu 'hangin' satu badan okey. Ayat berlagakkah ini. Berlagak sikit je. HEHE. Disebabkan terlampau laju. Amboi, ayat.. tak kuasa nak gelak..! dalam masa 5 minit dah boleh habis baca satu entry. Laju kan..! movie, drama..bla..bla..blaa.. Jangan cakap la ye. dekat Malaysia saya tak pernah tengok AF langsung. Tapi kat sini sampai diari AF pun tengok. Okey, cukup jangan berlagak sudah. HAHAHA.


  • NOMI - adalah perkhidmatan panggilan antarabangsa yang sangat murah. Err, telefon rumah lagi murah tapi tidak sesuai untuk digunakan sesuka hati. Bayangkan seminit 5p sama dengan 25 sen. Lagi murah dari panggilan hp di Malaysia. Kalau bergayut tu memang la tak ingat yang sebenarnya saya ni jauh dari Malaysia. Sampai ada kawan-kawan risau takut kredit saya habis. HEHE.
  • Majikan yang BEST - Ini lah yang paling seronok sebenarnya. Bekerja dengan majikan yang tidak cerewet. Kalau nak cerita memang tak habis. Tapi ini lah buktinya. Salah satunya saya diberi kemudahan internet untuk berhubung dengan dunia luar. Yang lain biar saya je la yang menikmatinya. Anda sendiri dapat merasainya kan. Saya tahu.

Ok lah. Kalau nak senaraikan semua memang banyak. Nanti ada yang cakap, amboi macam la best sangat duduk London. Cuba anda perhatikan drama melayu di Malaysia, selalu memberikan contoh London kalau nak bercuti atau shopping. Tak ke memang best tue. HAHAHA.

Sayang anda semua..

Tuesday, July 29, 2008

Car Boot Sale









Ahad baru2 nie saya berpeluang ke super boot sale buat kali kedua.. ;) memang kali nie excited berbanding 1st time g dulu..kali nie husna pun g sama2..so ada geng la nak jalan..he2

Nak jadikan citer pagi tue lepas sediakan breakfast, saya pun bersiap dengan agak kalut jugak sbb smalam kak ct kata maybe kita akan g lambat.. so x pa la..tp,kuar je bilik air dah dengar suara akhi fauzi suruh anak2 cepat turun..apa lagi,memang kalut la siap..masa mula2 dah siap pkai jubah seluar purple..rupanya tudung pink tak gosok lagi lepas basuh..masa tue tibai je la sarung tudung krim..lama2 tak leh la..ha2..tukar baju coklat…masa dok kalut2 siap tue..akhi dengan anak2 dah kuar nak ke kereta..saya apa lagi kalut la nak bawak turun air dengan bekal..

Lepas semua siap dah masuk kereta..akhi pun bergerak..masa tue 7.30 pagi..ikutkan memang dah lewat sebab akhi kata hari nie ramai orang..so dah on the way,saya pun bukak beg nak check duit..check punya check takde..aduih mak..tak kan lupa bawak dompet lak..cari lagi..selongkar semua poket beg..sah..! memang takde..naya betui…elok2 dah semangat nak shopping boleh tak bawak duit..kamera yang tak guna sangat bawak..he2..irma2..!

Nasib ada husna penyelamat keadaan..kalau tak memang hilang mood nak shopping…he2..nak jadi citer push chair fateh pun boleh tertinggal..mentang2 fateh dah boleh jalan…ha2..sampai sana,kak ct tak jalan..sebab fateh tak nak jalan.. sian pulak kak ct..so,anak2 semua jalan dengan kitorang..bermula lah episod membeli..dalam kepala memang dah aim nak beli buku je.. mainan dengan baju no 2..kena pulak kali nie memang besar..ramai orang yang menjual..kali nie memang tak segan dah nak menawar..pastu dah boleh paham slang dorang..dulu masa mula2 datang jenuh jugak nak paham.. pastu bila dorang letak harga 1 pound,dengan manisnya saya minta tawar 50 pence..he2..ada yang bagi dan ada yang tak..bergantung pada barang..

Kebanyakkan buku memang dapat 50 pence..ada 1 kedai tue saya berkenan sangat jigsaw puzzle..dia letak 1 pound..saya minta 50 pence dia tak bagi..saya kata ok,never mind..sy pun jalan ke depan…husna still lg kat belakang…dah agak lama saya berjalan..saya patah balik kat husna..dia ada kat boot yang saya nak beli puzzle tadi..madam tue dia nampak saya.. terus dia cakap..’u can have that puzzle for 50 pence..terus saya pun apa lagi,keluarkan duit la..he2..

Baru suku round kitorang dah tak larat nak bawak barang..BERAT..jadi kitorang pakat hantar dulu barang..pastu sambung round..he2..sampai kat keta..kak ct ada lagi tapi dengan push chair baru..tanya kak ct beli ka..tak akhi yang beli..tanya berapa..5 pound ja..mak oii..mana nak dapat push chair dengan harga macam tue kalau tak dekat SBS..tapi fateh memang..dia kalau weekend mana nak berenggang dengan kak ct..nak berdukung ja..last2, macam tue la..tak bergerak kak ct..

Lepas isi perut dengan cucuq udang kitorang sambung balik jalan…kali nie mata saya ternampak gaun budak..smocking lagi..tanya berapa..1 pound.. ok la..belek2 lagi jumpa sehelai lagi..so amik la 2-2 dengan harga 2 pound..usaha membeli buku diteruskan lagi..selain dari buku saya beli juga mainan…mainan saya semua berasaskan puzzle..he2..jalan2 lagi jumpa kasut budak lelaki..kiutnya..tanya harga berapa..2 pound.. minta 1.50 dia bagi..sapa nak bagi kasut diadora harga 10 rgt.. ;)

Jalan lagi jumpa kasut clark..baru..harga 2 pound..sebabkan berkenan tak tawar dah..amik je..sampai dah penuh tangan kitorang hantar barang dulu pastu sambung balik beli barang…

Macam tue la sampai tengahari..dah tengahari..tengok2 tak habis juga jalan.. kitorang pun decide nak balik je la ke kereta..on the way kak ct pun call sebab nak balik..so,kitorang pun cepat2 balik ke kereta..sampai2 bonet keta dah penuh..he2..so barang2 yang ada lagi letak kat celah kaki je..memang dasyat kitorg beli hari nie..dah balik baru terasa penat..

Sampai rumah bila punggah barang baru nampak apa yang kitorang beli.. saya memang tahu dah memang beli buku ja..tengok barang husna..banyak mainan..he2.. kira2 duit habis 30 pound ja..kalau nak nilaikan dengan buku2 tue memang tersangat2 berbaloi..walaupun 2nd hand tapi still nampak elok lagi..kalau kat malaysia mana nak dapat harga macam tue..maunya nak dekat 1 ribu kalau beli..apa pun usaha mencari buku takkan berakhir..rasanya minggu nie pun akhi nak g lagi..so,kali nie kena beringat..DUIT..he2..

Kali nie memang tak sempat sangat ambil gambar sebab sibuk membeli..sempat la ambil sikit sementara tunggu husna beli barang..kadang2 saya dah jauh ke depan..kalih2 belakang nun husna jauh tertinggal..he2..so,sempat la snap gambar…yang lainnya,banyak masa memang habis dekat membeli.. ; )

Ok jumpa lagi..wassalam..

Monday, July 21, 2008

Asmaul Husna

Semoga kita sama2 dapat mengingati makna di sebalik nama2 ALLAH ini…insyaallah…

1 Ar Rahman الرحمن Maha Pemurah The All Beneficent
2 Ar Rahim الرحيم Maha Penyayang The Most Merciful
3 Al Malik الملك Maha Menguasai/Memerintah The King, The Sovereign
4 Al Quddus القدوس Maha Suci The Most Holy
5 As Salaam السلام Maha Memberi Kesejahteraan Peace and Blessing
6 Al Mu`min المؤمن Yang Memberi Keamanan The Guarantor
7 Al Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara The Guardian, the Preserver
8 Al `Aziiz العزيز Maha Gagah The Almighty, the Self Sufficient
9 Al Jabbar الجبار Maha Perkasa The Powerful, the Irresistible
10 Al Mutaqabir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran The Tremendous
11 Al Khaliq الخالق Maha Pencipta The Creator
12 Al Bari` البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan) The Maker
13 Al Mushawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya) The Fashioner of Forms
14 Al Ghaffaar الغفار Maha Pengampun The Ever Forgiving
15 Al Qahhaar القهار Yang Memaksa The All Compelling Subduer
16 Al Wahhaab الوهاب Maha Pemberi Karunia The Bestower
17 Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki The Ever Providing
18 Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat The Opener, the Victory Giver
19 Al `Aliim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) The All Knowing, the Omniscient
20 Al Qaabidh القابض Yang Menyempitkan (makhluknya) The Restrainer, the Straightener
21 Al Baasith الباسط Yang Melapangkan (makhluknya) The Expander, the Munificent22 Al Khaafidh الخافض Yang Merendahkan (makhluknya) The Abaser
23 Ar Raafi` الرافع Yang Meninggikan (makhluknya) The Exalter
24 Al Mu`izz المعز Yang Memuliakan (makhluknya) The Giver of Honor
25 Al Mudzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya) The Giver of Dishonor
26 Al Samii` السميع Maha Mendengar The All Hearing
27 Al Bashiir البصير Maha Melihat The All Seeing
28 Al Hakam الحكم Maha Menetapkan The Judge, the Arbitrator
29 Al `Adl العدل Maha Adil The Utterly Just
30 Al Lathiif اللطيف Maha Lembut The Subtly Kind
31 Al Khabiir الخبير Maha Mengetahui Rahasia The All Aware
32 Al Haliim الحليم Maha Penyantun The Forbearing, the Indulgent
33 Al `Azhiim العظيم Maha Agung The Magnificent, the Infinite
34 Al Ghafuur الغفور Maha Pengampun The All Forgiving
35 As Syakuur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai) The Grateful
36 Al `Aliy العلى Maha Tinggi The Sublimely Exalted
37 Al Kabiir الكبير Maha Besar The Great
38 Al Hafizh الحفيظ Maha Menjaga The Preserver
39 Al Muqiit المقيت Maha Pemberi Kecukupan The Nourisher
40 Al Hasiib الحسيب Maha Membuat Perhitungan The Reckoner
41 Al Jaliil الجليل Maha Mulia The Majestic
42 Al Kariim الكريم Maha Pemurah The Bountiful, the Generous
43 Ar Raqiib الرقيب Maha Mengawasi The Watchful
44 Al Mujiib المجيب Maha Mengabulkan The Responsive, the Answerer
45 Al Waasi` الواسع Maha Luas The Vast, the All Encompassing
46 Al Hakiim الحكيم Maka Bijaksana The Wise
47 Al Waduud الودود Maha Pencinta The Loving, the Kind One
48 Al Majiid المجيد Maha Mulia The All Glorious
49 Al Baa`its الباعث Maha Membangkitkan The Raiser of the Dead
50 As Syahiid الشهيد Maha Menyaksikan The Witness
51 Al Haqq الحق Maha Benar The Truth, the Real
52 Al Wakiil الوكيل Maha Memelihara The Trustee, the Dependable
53 Al Qawiyyu القوى Maha Kuat The Strong
54 Al Matiin المتين Maha Kukuh The Firm, the Steadfast
55 Al Waliyy الولى Maha Melindungi The Protecting Friend, Patron, and Helper
56 Al Hamiid الحميد Maha Terpuji The All Praiseworthy
57 Al Mushii المحصى Maha Menghitung The Accounter, the Numberer of All
58 Al Mubdi` المبدئ Maha Memulai The Producer, Originator, and Initiator of all
59 Al Mu`iid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan The Reinstater Who Brings Back All
60 Al Muhyii المحيى Maha Menghidupkan The Giver of Life
61 Al Mumiitu المميت Maha Mematikan The Bringer of Death, the Destroyer
62 Al Hayyu الحي Maha Hidup The Ever Living
63 Al Qayyuum القيوم Maha Kekal selamanya The Self Subsisting Sustainer of All
64 Al Waajid الواجد Maha Penemu The Perceiver, the Finder, the Unfailing
65 Al Maajid الماجد Maha Mulia The Illustrious, the Magnificent
66 Al Wahiid الواحد Maha Esa The One, the All Inclusive, the Indivisible
67 Al Ahad الاحد Maha Esa The One, the All Inclusive, the Indivisible
68 As Shamad الصمد Maha Dibutuhkan, Tempat Meminta The Self Sufficient, the Impregnable, the Eternally Besought of All, the Everlasting
69 Al Qaadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan The All Able
70 Al Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa The All Determiner, the Dominant
71 Al Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan The Expediter, He who brings forward
72 Al Mu`akkhir المؤخر Maha Mengakhirkan The Delayer, He who puts far away
73 Al Awwal الأول Maha Awal The First
74 Al Aakhir الأخر Maha Akhir The Last
75 Az Zhaahir الظاهر Maha Nyata The Manifest; the All Victorious
76 Al Baathin الباطن Maha Ghaib The Hidden; the All Encompassing
77 Al Waali الوالي Maha Memerintah The Patron
78 Al Muta`aalii المتعالي Maha Tinggi The Self Exalted
79 Al Barri البر Maha Penderma The Most Kind and Righteous
80 At Tawwaab التواب Maha Penerima Taubat The Ever Returning, Ever Relenting
81 Al Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa The Avenger
82 Al Afuww العفو Maha Pemaaf The Pardoner, the Effacer of Sins
83 Ar Ra`uuf الرؤوف Maha Pengasih The Compassionate, the All Pitying
84 Malikul Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta) The Owner of All Sovereignty
85 Dzul Jalal Wal Iqram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan The Lord of Majesty and Generosity
86 Al Muqsith المقسط Maha Adil The Equitable, the Requiter
87 Al Jamii` الجامع Maha Mengumpulkan The Gatherer, the Unifier
88 Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan The All Rich, the Independent
89 Al Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan The Enricher, the Emancipator
90 Al Mani المانع Maha Mencegah The Withholder, the Shielder, the Defender
91 Ad Dhaar الضار Maha Memberi Derita The Distressor, the Harmer
92 An Nafi` النافع Maha Memberi Manfaat The Propitious, the Benefactor
93 An Nuur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya) The Light
94 Al Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk The Guide
95 Al Badi البديع Maha Pencipta Incomparable, the Originator
96 Al Baqi الباقي Maha Kekal The Ever Enduring and Immutable
97 Al Waarith الوارث Maha Pewaris The Heir, the Inheritor of All
98 Ar Rasyiid الرشيد Maha Pandai The Guide, Infallible Teacher, and Knower
99 As Sabuur الصبور Maha Sabar The Patient, the Timeless

Wallahua’lam…
segala yang BAIK datangnya dari Allah SWT
yang LEMAH datangnya dari diri hambamu ini

Sunday, July 20, 2008

Terima Kasih Mak..!

Hari nie bungkusan berisi baju dan novel2 saya akhirnya sampai juga ke London. Ya..alang dan nuha bersama rombongannya dah sampai…he..he…ramai yg bertanya di ym…sapa alang dan nuha tue..?

Inilah dia..alang dan nuha…watak dalam novel Surat Ungu Untuk Nuha..novel terbaru yang saya beli…



ada 5 lagi novel yang mengiringi alang dan nuha




Selain tue ada 2 pasang jubah seluar dan sepasang kurung biru serta 2 helai seluar panjang.. Kononnya kurung biru nak buat baju raya..he..he..ada cerita pasal kurung biru tue..malam rabu waktu malaysia saya call mak..tanya camana barang..mak kata dah hantar..tapi baju kurung mak tak sedar..tertinggal kat rumah.. masa tue takde letrik..so tak perasan..balik dari rumah Dr zainab baru ada letrik dan mak sedar baju tue tertinggal..saya pun apa lagi dengan mengada2nya buat suara sedih…suruh mak hantar..mak kata tengok la dulu..amin tak sihat..saya pujuk mak.. alasan lepas nie takde sapa nak datang dah..mak pun kata ok..nanti mak tanya amin…he..he.. alhamdulillah,amin nak hantar…thanks Amin.. ko la drebar mak yg paling bagus..he…he…

Tadi..lepas syakirah dan fatimah balik dari birthday party isabelle kitorang pun pergi rumah Dr zainab..nak amik barang..he..he..apalagi seronok la..tak sabar rasanya nak tengok barang..Dr zainab siap kata…kenapa sikit sangat barang…Dr Borhan tak bawak apa2 pun…adoi..kalau tahu macam nie akan ku angkut lagi 10 novel…he..he..

Tapi takpe..Dr zainab kata dia dengan Dr Borhan akan ke Berlin lepas raya nanti..nak bentangkan kertas kerja katanya..kak ct plak kata singgah la London…so,ada peluang la nak beli novel lagi..he..he…then,sy pun kirim barang abang dengan wawa jhah..moga2 Allah permudahkan barang tue sampai..takut jugak kalau helmet kena tahan…nauzubillah…

Itulah cerita hari nie..so,saya nak start baca novel..tak tau la pukul berapa nak tido..
Sekarang pun dah pkul 12.21 tgahmalam..he..he..

Jumpa lagi…wassalam…

Wednesday, July 16, 2008

Cuti Sekolah Bermula

Hari nie hari terakhir maryam di nursery..esok dah start cuti musim panas..dan tadi jugak adalah hari terakhir hantar maryam naik bas..lepas nie kalau naik bas pun bukan ke sekolah..mungkin jalan2 je..he..he..

Bulan september nanti baru naik balik 244…lama jugak tue..masa tue ateh dah boleh jalan..so, tak payah la nak bawak push chair lagi..boleh g sekolah lambat sikit..he..he..kitorang pernah tunggu sampai bas yang ke-4 baru boleh naik disebabkan oleh push chair..nasib bas kat sini setiap 10 minit..tak la penat menunggu..

Pastu tadi last day untuk miss sherrin kat sekolah..lepas nie dia takde setahun sebab nak g melancong..best giler..! tak tau la setakat mana yang dia boleh sampai dalam setahun tue..

Ok..jumpa lagi…!

Monday, July 14, 2008

IslamExpo-Olympia,London

Alhamdulillah..rancangan nak ke islam expo dapat diteruskan walaupun ateh x sihat sepenuhnya lagi…pukul 10 kitorang bertolak..ikutkan ‘en tomtom’ 1 jam dah sampai…tapi ikut jalan yang dibagi 2 jam baru sampai..termasuk la jammed sekali..sampai2 org memang dah ramai.. ahad la katakan..

Ehm,apa nak citer pasal islam expo nie..pertamanya,nie kira pameran yang pertama saya g guna bahasa inggeris..sebelum nie x penah pun..jadi memang payah sebenarnya nak faham sepenuhnya apa yang saya tengok..he..he..
Kalau pameran biasa sekali imbas dah boleh paham..ini nak kena benti baca..dah tengah2 baca kena tegur pulak dengan dorang..aduh..nak kena sembang pulak..memang lenguh lidah nie nak bercakap..otak pun lenguh nak pk apa yang nak cakap…last sekali tak nak la singgah lama2.. just tengok dari jauh..he..he..camana nak improve bahasa..alahai irma..! ; )

Pastu jalan lak dengan family..memang x g semua booth..jalan2 tengok sekali imbas ja..yang lamanya layan anak2 dekat tempat mainan..sempat la amik gambar..yang seronok sekali maryam la..setiap booth ada gula2..jadi pesta gula2 la untuk dia hari nie…ateh pun buat pertama kali makan gula2..sengeh je dapat gula2…

Antara booth yang sempat saya ‘nampak’ ialah aljazeera network, palestine solidarity campaign, islamic human rights commission, muslim hands, palestinian childhood exhibition, hj noor deen calligraphy, books plus… pastu banyak booth yang jual pakaian dan tudung…kalau nak senaraikan memang ada lebih 100 booth yang buat pameran..tapi kitorang tak g semua…kalau saya g sorang2 memang semua booth akan saya lalu.. LALU saja okeyh..bukan singgah dan sembang dan mulut becok tanya itu ini.. tak kose nak paham slang omputeh yang macam-macam..he..he..tapi besa la kan..anak jagaan 4 orang…apa pun seronok g sampai balik bawak pening kepala..he..he..
Tak abis pun round kitorang decide nak balik je..balik akhi tanya nak jalan2 lagi tak kat central..ikutkan memang nak jalan tapi dah pening kepala..balik je la kata kat akhi..next time la kalau nak g…lagipun cuti sekolah dah dekat..sure g jalan lagi..tadi masa makan pun sempat lagi sembang pasal bluewater..he..he..

Alhamdulillah,kitorang sampai rumah pukul 4.30..balik rumah tengok2 ada orang nak ym..sian ‘dia’ tunggu sampai 2 jam xde orang..he..he..afwa jiddan.. ; )

Gambar akan di post kemudian..insyaallah…

Wassalam..jumpa lagi..!

Sunday, July 13, 2008

Fateh Masuk Hospital

Semalam ateh tak sihat..petang muntah2 kuar lendir kahak..kak ct plak tak de kuar bawak syakirah dengan fatimah swimming lesson.. balik dari swimming,malam tue kak ct bawak g klinik..lama jugak…
Saya kat rumah dengan anak dara 3 orang…lepas maghrib kak ct tak balik2 jugak..yang dorang dah bising..why ummi x balik lagi…saya pun saja la cakap..entah2 ateh kena dok hospital…
Rupanya betul..dalam pukul 10 kak ct call..ateh kena tahan kat hospital sebab sukar bernafas…apa lagi anak dara 3 org tue melompat la kesukaan…sedihnya sekejap..suka yang lebih…sebab apa..? sebab nak tido dlm bilik sy..hu..hu..alamatnya tido bawah la lg…

Sebelum tido sibuk suruh cerita…huh…bukannya nak cerita nabi ke..ada suruh cerita hantu…ha..ha…mula la mereka cerita…sampai 1 part dah fatimah tak nak dengar…takut..! yang kakak dengan maryam nak dengar lagi…maryam nak takut apa..dia dah siap peluk saya..yang kat atas katil terjerit2..tengok jam dah pkul 12..sy kata to be continue…ha..ha..
Sebenarnya dah tak de idea nak kelentong dorang…he..he…saya pun suh dorang tido…kakak yang 2 org xde masalah..suruh tido dorang tido..masalahnya maryam..bila suruh tido..nak ummi..nak tido dengan ummi..jenuh jugak la memujuk sampai tertido..nasib tido jugak…

Pagi esoknya tengok2 akhi fauzi balik ambil barang..ateh tak tau lagi boleh balik ke tidak…jadi dalam pkul 10 kitorang g melawat ateh..

Sampai sana…tengok2 ateh ok je..tak la terbaring..dah ok..cuma masa ambil bacaan nadi dengan bagi sedut gas dia nangis..

Pukul 12 kitorang balik..petang tue akhi kata ateh dah boleh balik..

Dalam dok sedih ateh tak sihat sebenarnya ada lagi yang sedih..sepatutnya hari nie kitorang g coventry…PKS buat hari terbuka dorang…nak buat camana…Allah dah susun semuanya…ada hikmah..redha dalam pasrah..uhuk..uhukk..

Ehm..esok ada lagi 1 peluang nak jenjalan…ISLAM EXPO dekat olympia london..moga2 Allah permudahkan urusan..amin..

Wassalam…jumpa lagi…!

Thursday, July 10, 2008

Boring Lagi

Boringnyer…
Hari-hari mengadap kerja yang sama…kemas umah + masak + tenet..cuaca pulak mendung…kadang2 gerimis..lagi la susah nak jenjalan…kadang2 hantar maryam pun dalam hujan..sebab dia nak gak g nursery..hu..hu…nasib dapat anak yang memang rajin..he..he…

Lamanya nak tunggu husna balik…bulan 9…na,akak rindu nak jalan2 dengan awk. Akak dah survey banyak tempat nak g jenjalan nie.. kak ct pun i.allah nak balik malaysia hujung tahun nie..dalam kepala dah plan nak g ’somewhere’…he..he…

Hari Jumaat sampai Isnin ada ekspo islam kat olympia london..kak ct kata i.allah akan g..harap2 semua berjalan dengan lancar…nak kuaarr..!

Snowdonia..menghitung hari untuk summer camp sahabat…masa spring terlepas..moga2 kali nie Allah permudahkan urusan…dah surf tempat nie..memang cantik..

Minggu depan novel2 ku sampai..he..he..tak sabar nak baca surat untuk nuha..
esok ada sports day kat sekolah…lecehnya kakak pagi fatimah petang…alamatnya berkampung la dengan fateh dan maryam kat sekolah…he..he…

Minggu nie minggu memanggang..hari2 panggang ayam..boring dah dengan menu yang diulang2..leceh la sikit..pagi2 dah kena masuk dapur…nak perap ayam..tapi yang best bila anak2 balik je dah tanya masak apa.. belum makan dah kata sedap..he..he…

Tue aje la…jumpa lagi…wassalam…

Wednesday, July 2, 2008

Santan v Mutiara



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..Diparut..Diperah..Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang…


Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

Hanya orang yang bertuah..

Berusaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehnya..

Harganya mahal sekali..

Dan ia akan tersimpan selamanya..


Jadi..Kamu pilihlah samada

Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisa habis ditelan..

dan santan hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa santan..


Mutiara..

tertanam di dasar yang paling dalam..

sukar andai mengharap jadi perhatian

kerana dilapisi kulit yang keras menghadang..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi permata hiasan..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama mutiara tertanam..

makin tinggi nilaian..


OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..


Menjadi santan..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan..

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..


Menjadi mutiara..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis perawan..

hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Monday, June 23, 2008

Calon Soleh


Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidur pun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah!

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu."Khabar apakah Zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya.Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna?

Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini. "zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas".

Aku tersenyum membaca sms yang ke2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku,seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan".Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling ‘bengkeng’ dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua,Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh."Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana?" Sibuk sungguh kau perempuan.

Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?!Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati, tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar aku insan dhaif yang lemah..lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu."Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya,Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?!Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung. "Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang… Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya dirembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!" Aku mencebik dan tersenyum sinis. "Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini". Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku. "Kau terlalu naif!" Aku tersentak, benarkah? "Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" Mendatar kalimah itu. "Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!" Aku meneliti bait-bait yang terlontar. "Aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah.

Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan.Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah… sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu. "Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan.Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini... Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu benar.Itulah kisah tiga tahun lepas.

Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi. Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah… terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui.Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.Sms husna ku balas…"

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"

Saturday, June 21, 2008

Boring + Bosan

Assalamualaikum.

Malam dah semakin larut. Tapi mata nie tak jugak mengantuk. Tetiba teringat esok nak buat sarapan apa. Tadi dah ambil resepi kuih cara manis dengan cara berlauk. Pastu dalam kepala dok ingat nak letak sardin ja dalam cara berlauk.
Nak jadi cerita, mula la berangan sedapnya kalau tengahari esok leh masak kari sardin atau sardin buh kentang. Pastu ada telur dadar. Ada sambal ikan bilis. Ada timun. Kena lak dengan nasi panas buh kicap. Perrgghhh…! meleleh air liur tengah-tengah malam nie… Haiyooo…!

Tak pun kalau lagi best dapat makan sambal jawa dengan nasi panas buh kicap…Waaa..maunya tambah 3 kali…

Bukan pe.. Hari-hari makan ayam. Dah naik jemu tengok ayam. Ayam tue pun kalau leh bersuara lagi. Dia akan cakap. Tak de lauk lain ke..? ha..ha..ha…

Dah seminggu selsema. Tak baik-baik lagi. Jauh tau virus nie datang. Dari kedah…he…he…

Esok akhi fauzi nak g Manchester. Ada meeting untuk summer camp nanti. Tak leh ikut. Minyak naik. So, akhi g naik train je. Tak pe2,len kali ada rezeki leh g. Kak zue ada gak ura-ura ajak g sana.

Tadi,sempat sembang dengan Fatimah..macam-macam citer kuar…
Minggu nie tak call pun mak lagi. Tak pa la, esok call. Nak bagitau duit bulan nie amik by hand dengan kak nab.

Ok la semua. Selamat malam.
Aceli malaysia dah masuk pagi… he..he..

Jumpa lagi…

Monday, June 9, 2008

Ku Merindu



Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintaku


Ku selalu,

merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu


Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu…

Thursday, June 5, 2008

Kari Yang tak Menjadi

Assalamualaikum…
Salam rindu buat semua terutamanya keluarga di Malaysia. Rindu sangat-sangat. Tak tau nak cakap tapi air mata dok bergenang. Patut la ezzah nak sangat balik. Bengong jugak dok lama-lama kat London nie.

Alhamdulillah hari nie cuaca cerah sangat. Dah 3 hari cuaca mendung. Kalau kat Malaysia mendung pasti akan diikuti dengan hujan. Tapi bukan di sini. Kalau mendung, mendung la seharian. Jadi kalau dah 3 hari mendung, automatik perasaan kita pun akan berubah. Mendung macam cuaca jugak.he..he..
Tue sebab kebanyakkan orang sini akan pergi bercuti kalau cuaca macam nie. Dorang tak suka. Ada pulak cerita, di Ireland, antara sebab bunuh diri ialah cuaca mendung. Kalau dah ada masalah. Pastu dengan cuaca yang mendung setiap hari lagi la jadi tekanan. Tetapi bagi kita umat ISLAM ini adalah nikmat yang perlu di syukuri juga. Syukur...syukur...syukur Ya Allah..

Aceli nak citer pasal kari.. Tapi tue la melalut dulu..he..he…

Dulu masa kat Malaysia boleh kira dengan jari berapa kali masak kari kalau mak suruh. Sebab selalunya kalau kari memang surrender tak reti. Dah la tak reti pastu malas la pula nak belajar..hehe..
Ingat lagi kalau balik kampung suka makan kari arwah Tok Lang dengan kari Ucu. Memang sedap. Tak minta dah lauk lain. Setakat nie memang takde sapa lagi leh lawan kot. Sebab tak makan lagi kari yang lagi sedap dari yang depa nie buat..he..he..

Nak jadi citer bila datang London nie. Nak tak nak kena la masak jugak kari. Buka internet cari resepi. Ikut la satu persatu. Tapi still juga tak jadi. Minyak tak naik. Mungkin sebab kurang minyak. 2 3 kali juga masak lepas tue tak jadi. Geram juga sebenarnya. Semalam masak lagi kari. Ehm..ok jadi tapi lidah nie still tak puas hati. Tak rasa macam yang Ucu dengan arwah Tok Lang masak. Rasa macam ada something yang tak cukup. Rasa macam halba. Tapi takut nak buh. Halba kak ct nie macam pelik je. Sebenarnya saya pun tak tahu rupa sebenar halba.. KAH KAH KAH

Moralnya, dulu tak nak belajar walaupun tak suka. Sekarang bila dah dok kena masak baru menyesal..he..he..

Sesiapa yang baca entry nie, ada resepi kari yang memang WORLD. Leh la bagi kat saya ye…

Wassalam…

Thursday, May 22, 2008

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum…

Salam sayang buat semua yang sudi membaca…

Hari dah larut malam sebenarnya. Sekarang dah pukul 12.12 tengah malam. Badan dah penat sangat sebenarnya. Tapi mata tak mengantuk. Jadi nak tunggu mata nie mengantuk,saya tulis sekejap cerita-cerita yang boleh dikongsi sepanjang hari-hari yang berlalu.

Semalam dan hari nie saya perlu hantar dan ambil anak-anak di sekolah. Kak ct ada kursus di Central London. Pagi tak perlu hantar sebab anak-anak tumpang mak Ruby..Selamat la sangat-sangat. Kalau tidak, saya perlu berulang alik 6 kali ke sekolah. Jadi tolak pagi, saya perlu ke sekolah sebanyak 4 kali. Tengahari dan petang. Bas kat sini tak de masalah sebab setiap 10 minit sekali. Yang menjadi masalah ialah push chair hanya dibenarkan 2 sahaja dalam 1 bus. Jadi masa balik dari ambil anak-anak, kami perlu tunggu sampai sejam. Nak tunggu bas yang kosong atau ada 1 ruang untuk kami masuk dengan push chair. Semalam anak-anak mengadu lapar. Saya tak bawak apa-apa ingatkan sekejap je. Sian tengok dorang. Biskut yang sekeping dikongsi berempat. Maryam sampai menangis-nangis ingatkan ada lagi biskut. Hari nie saya dah sedia. Macam-macam bekal yang saya bawak. Biskut, Alpen, gula-gula, limau. Semua cukup. Nak jadi citer hari nie pun macam semalam. Kena tunggu sampai bas yang ke-4 baru kami boleh naik. Nasib ada bekal, kira kami berkelah sementara tunggu bas datang.

Tadi...dalam dok check email dan update friendster. Tetiba kawan saya Ajib masuk ym. Terkejut gak. Dah la halimunan. Rupa-rupanya dia keja shift malam. Banyak jugak yang kami cerita. Termasuk la cite dia dah bertunang. Dah nak kawen bulan 8 nie. TAHNIAH AJIB…!

Cerita fateh. Sian kat dia..Adus...! Sapa yang baca entry nie dia tau la..he..he..2 hari berturut-turut jatuh. Hari Isnin jatuh dari katil bilik saya. Sekelip mata ja. Saya nak masukkan baju dalam almari. Pusing-pusing tengah susun baju dengar bunyi benda jatuh..gedebuk..! Ya Allah..Fateh jatuh..kepala dulu..nak pengsan saya..selawat dan mengucap tak payah cakap la. Dia pulak menangis siap mengelupur lagi. Saya sapu muka dia dengan air. Bagi minum. Ok tak de pape,alhamdulillah.
Nak jadi citer semalam pun jatuh jugak. Nie fatimah pulak. Dok main acah-acah dalam buai masa kawan tue nak tido. Buai letrik tak payah enjut. Tapi dia dok kacau jugak fateh. Tetiba jatuh dengan buai-buai sekali. Saya pulak kat dapur tengah masak. Dengar Syakirah panggil. Nak kata apa dah. Angkat fateh pujuk je la. Hari nie terus demam. Tak sihat..

Last sekali. Dalam dok ghalit dengan tenet. Tetiba terkeluar novel2 terbaru di Malaysia. Waaa…rindunya nak baca. Cari punya cari..ada banyak jugak la yang best2…ehm..Macam nak suruh je mak beli bagi kat Dr Borhan atau kak nab…dorang nak balik mesia…he..he…

Esok sehari je lagi anak-anak bersekolah. Lepas nie CUTI…best-best. Nak jalan2..he..he..
Yang penting nak p CAR BOOT SALE..he..he…nak p Central London tak tau la jadi ke tak…tgok la..
Ok..panjang umur kita jumpa lagi..
Jaga diri baik-baik..
Wassalam…

Sunday, May 11, 2008

Musim Bunga Dah Bermula

Assalamualaikum…

Salam sayang dan rindu buat semua ibu-ibu di Malaysia..terutamanya mak. Lama dah rasanya tak menulis…( sebenarnya membebel..) wakaaakaa…

Alhamdulillah…diri ini sihat seadanya dalam keadaan cuaca yang semakin panas..perubahan cuaca dari sejuk ke panas adakalanya menguji diri ini jugak..semua itu pengalaman yg mematangkan diri..insyaallah..

SELAMAT HARI IBU..hari ini hari ibu di Malaysia tapi bukan di UK..kami di sini menyambutnya pada bulan 3 sudah tak silap..apa pun diri ini merindukan "bau" mak yang dah lama tak dicium..tangan mak yang dah lama tak dipegang..wajah mak yang tak mampu di pandang. Ujian bila mana rindu itu hadir. Doa sahaja yang mampu di pohon moga dirinya diberi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup ini. Insyaallah..

Ehm..dah masuk bulan ke 4 diri ini berada di London. Apa yang dilalui dan dirasai memang tak mampu nak dizahirkan dalam bentuk penulisan yang sempurna. Sebabnya diri ini tak la bagus dalam bidang penulisan. Berleter bagus la kot..he..he..

Alhamdulillah..kami di sini sudah berada di awal musim panas. Ini baru awal.Belum lagi pertengahan yang mana panasnya memang mengujikan diri. Bagi diri ini ujian panas insyaallah dapat di lalui. Ujian yang sebenar adalah untuk menyempurnakan solat 5 waktu tanpa terbabas dari waktunya. Bagi diri ini yang baru pertama kali merasainya memang menuntut kekuatan yang total untuk menyempurnakan kewajipan pada Allah swt. Kerana apa..? Bila musim panas bermula, siang akan menjadi semakin panjang dan malam pula semakin singkat waktunya..5 pagi sudah nampak cahaya siang dan beransur pergi pada jam 8.45 malam. Bayangkan kita perlu bangun jam 3 pagi untuk menunaikan solat subuh. Di saat mata memang sedap terkatup. Tanggungjawab pada ilahi menuntut pengorbanan untuk bangun dari lena yang panjang. Dan diri ini perlu bersabar seketika sebelum mampu melelapkan mata kerana isya’ di sini masuk pada jam 10.45..memang mengujikan. Tapi ini baru permulaan..nanti bila masuk pertengahan insyaallah,lagi la mengujikan. Isya’ dan subuh hanya beza jarak masa 4 jam sahaja. Betul-betul menguji diri..

Selain tue yang best musim panas tak payah pakai baju tebal-tebal la..he..he..kot memang dah kena simpan je la…nak kuar pun bila-bila masa je…takde la halangan sejuk lagi…wuuuhuuu…

haaaa…yang best lagi musim panas nie ada CAR BOOT SALE…apa lagi, shopping la…nanti diri ini akan cerita bila dah p sana ok..

ehm..apa lagi nak cerita..pasal masak..ehm…kalau dulu tak pandai masak kari..alhamdulillah sekarang kalau suruh buat kari.. insyaallah boleh..he..he…macam-macam belajar masak kat sini..ye la,nak tak nak kena gak belajar..kalau tak,takkan nak makan ayam goreng je hari-hari..tapi yang lawaknya..baru sekali je goreng telur untuk maryam makan tengahari…biasanya memang dorang tak pernah makan telur..kecuali telur rebus untuk nasi lemak..satu sebab dorg nie alergi..jadi,macam-macam tak boleh makan..kalau dengan ayam..macam-macam resepi dah cuba..kadang-kadang tue sampai dah buntu nak rotate balik menu.. alhamdulillah,dorang tak cerewat pasal makan..lagi mudah la keja..

Sekarang kak ct dengan akhi fauzi sedang giat megusahakan kebun di belakang rumah..yang kak ct nak tanam bunga..akhi nak tanam pokok sayur..jadi nanti kita tengok la hasilnya melalui gambar-gambar ok..

Banyak lagi cerita sebenarnya…insyaallah,panjang umur bertemu lagi…

Akhir kata sambut la salam sayang dan rindu dari diri ini…

Wassalam…