Tuesday, July 29, 2008

Car Boot Sale









Ahad baru2 nie saya berpeluang ke super boot sale buat kali kedua.. ;) memang kali nie excited berbanding 1st time g dulu..kali nie husna pun g sama2..so ada geng la nak jalan..he2

Nak jadikan citer pagi tue lepas sediakan breakfast, saya pun bersiap dengan agak kalut jugak sbb smalam kak ct kata maybe kita akan g lambat.. so x pa la..tp,kuar je bilik air dah dengar suara akhi fauzi suruh anak2 cepat turun..apa lagi,memang kalut la siap..masa mula2 dah siap pkai jubah seluar purple..rupanya tudung pink tak gosok lagi lepas basuh..masa tue tibai je la sarung tudung krim..lama2 tak leh la..ha2..tukar baju coklat…masa dok kalut2 siap tue..akhi dengan anak2 dah kuar nak ke kereta..saya apa lagi kalut la nak bawak turun air dengan bekal..

Lepas semua siap dah masuk kereta..akhi pun bergerak..masa tue 7.30 pagi..ikutkan memang dah lewat sebab akhi kata hari nie ramai orang..so dah on the way,saya pun bukak beg nak check duit..check punya check takde..aduih mak..tak kan lupa bawak dompet lak..cari lagi..selongkar semua poket beg..sah..! memang takde..naya betui…elok2 dah semangat nak shopping boleh tak bawak duit..kamera yang tak guna sangat bawak..he2..irma2..!

Nasib ada husna penyelamat keadaan..kalau tak memang hilang mood nak shopping…he2..nak jadi citer push chair fateh pun boleh tertinggal..mentang2 fateh dah boleh jalan…ha2..sampai sana,kak ct tak jalan..sebab fateh tak nak jalan.. sian pulak kak ct..so,anak2 semua jalan dengan kitorang..bermula lah episod membeli..dalam kepala memang dah aim nak beli buku je.. mainan dengan baju no 2..kena pulak kali nie memang besar..ramai orang yang menjual..kali nie memang tak segan dah nak menawar..pastu dah boleh paham slang dorang..dulu masa mula2 datang jenuh jugak nak paham.. pastu bila dorang letak harga 1 pound,dengan manisnya saya minta tawar 50 pence..he2..ada yang bagi dan ada yang tak..bergantung pada barang..

Kebanyakkan buku memang dapat 50 pence..ada 1 kedai tue saya berkenan sangat jigsaw puzzle..dia letak 1 pound..saya minta 50 pence dia tak bagi..saya kata ok,never mind..sy pun jalan ke depan…husna still lg kat belakang…dah agak lama saya berjalan..saya patah balik kat husna..dia ada kat boot yang saya nak beli puzzle tadi..madam tue dia nampak saya.. terus dia cakap..’u can have that puzzle for 50 pence..terus saya pun apa lagi,keluarkan duit la..he2..

Baru suku round kitorang dah tak larat nak bawak barang..BERAT..jadi kitorang pakat hantar dulu barang..pastu sambung round..he2..sampai kat keta..kak ct ada lagi tapi dengan push chair baru..tanya kak ct beli ka..tak akhi yang beli..tanya berapa..5 pound ja..mak oii..mana nak dapat push chair dengan harga macam tue kalau tak dekat SBS..tapi fateh memang..dia kalau weekend mana nak berenggang dengan kak ct..nak berdukung ja..last2, macam tue la..tak bergerak kak ct..

Lepas isi perut dengan cucuq udang kitorang sambung balik jalan…kali nie mata saya ternampak gaun budak..smocking lagi..tanya berapa..1 pound.. ok la..belek2 lagi jumpa sehelai lagi..so amik la 2-2 dengan harga 2 pound..usaha membeli buku diteruskan lagi..selain dari buku saya beli juga mainan…mainan saya semua berasaskan puzzle..he2..jalan2 lagi jumpa kasut budak lelaki..kiutnya..tanya harga berapa..2 pound.. minta 1.50 dia bagi..sapa nak bagi kasut diadora harga 10 rgt.. ;)

Jalan lagi jumpa kasut clark..baru..harga 2 pound..sebabkan berkenan tak tawar dah..amik je..sampai dah penuh tangan kitorang hantar barang dulu pastu sambung balik beli barang…

Macam tue la sampai tengahari..dah tengahari..tengok2 tak habis juga jalan.. kitorang pun decide nak balik je la ke kereta..on the way kak ct pun call sebab nak balik..so,kitorang pun cepat2 balik ke kereta..sampai2 bonet keta dah penuh..he2..so barang2 yang ada lagi letak kat celah kaki je..memang dasyat kitorg beli hari nie..dah balik baru terasa penat..

Sampai rumah bila punggah barang baru nampak apa yang kitorang beli.. saya memang tahu dah memang beli buku ja..tengok barang husna..banyak mainan..he2.. kira2 duit habis 30 pound ja..kalau nak nilaikan dengan buku2 tue memang tersangat2 berbaloi..walaupun 2nd hand tapi still nampak elok lagi..kalau kat malaysia mana nak dapat harga macam tue..maunya nak dekat 1 ribu kalau beli..apa pun usaha mencari buku takkan berakhir..rasanya minggu nie pun akhi nak g lagi..so,kali nie kena beringat..DUIT..he2..

Kali nie memang tak sempat sangat ambil gambar sebab sibuk membeli..sempat la ambil sikit sementara tunggu husna beli barang..kadang2 saya dah jauh ke depan..kalih2 belakang nun husna jauh tertinggal..he2..so,sempat la snap gambar…yang lainnya,banyak masa memang habis dekat membeli.. ; )

Ok jumpa lagi..wassalam..

Monday, July 21, 2008

Asmaul Husna

Semoga kita sama2 dapat mengingati makna di sebalik nama2 ALLAH ini…insyaallah…

1 Ar Rahman الرحمن Maha Pemurah The All Beneficent
2 Ar Rahim الرحيم Maha Penyayang The Most Merciful
3 Al Malik الملك Maha Menguasai/Memerintah The King, The Sovereign
4 Al Quddus القدوس Maha Suci The Most Holy
5 As Salaam السلام Maha Memberi Kesejahteraan Peace and Blessing
6 Al Mu`min المؤمن Yang Memberi Keamanan The Guarantor
7 Al Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara The Guardian, the Preserver
8 Al `Aziiz العزيز Maha Gagah The Almighty, the Self Sufficient
9 Al Jabbar الجبار Maha Perkasa The Powerful, the Irresistible
10 Al Mutaqabir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran The Tremendous
11 Al Khaliq الخالق Maha Pencipta The Creator
12 Al Bari` البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan) The Maker
13 Al Mushawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya) The Fashioner of Forms
14 Al Ghaffaar الغفار Maha Pengampun The Ever Forgiving
15 Al Qahhaar القهار Yang Memaksa The All Compelling Subduer
16 Al Wahhaab الوهاب Maha Pemberi Karunia The Bestower
17 Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki The Ever Providing
18 Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat The Opener, the Victory Giver
19 Al `Aliim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu) The All Knowing, the Omniscient
20 Al Qaabidh القابض Yang Menyempitkan (makhluknya) The Restrainer, the Straightener
21 Al Baasith الباسط Yang Melapangkan (makhluknya) The Expander, the Munificent22 Al Khaafidh الخافض Yang Merendahkan (makhluknya) The Abaser
23 Ar Raafi` الرافع Yang Meninggikan (makhluknya) The Exalter
24 Al Mu`izz المعز Yang Memuliakan (makhluknya) The Giver of Honor
25 Al Mudzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya) The Giver of Dishonor
26 Al Samii` السميع Maha Mendengar The All Hearing
27 Al Bashiir البصير Maha Melihat The All Seeing
28 Al Hakam الحكم Maha Menetapkan The Judge, the Arbitrator
29 Al `Adl العدل Maha Adil The Utterly Just
30 Al Lathiif اللطيف Maha Lembut The Subtly Kind
31 Al Khabiir الخبير Maha Mengetahui Rahasia The All Aware
32 Al Haliim الحليم Maha Penyantun The Forbearing, the Indulgent
33 Al `Azhiim العظيم Maha Agung The Magnificent, the Infinite
34 Al Ghafuur الغفور Maha Pengampun The All Forgiving
35 As Syakuur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai) The Grateful
36 Al `Aliy العلى Maha Tinggi The Sublimely Exalted
37 Al Kabiir الكبير Maha Besar The Great
38 Al Hafizh الحفيظ Maha Menjaga The Preserver
39 Al Muqiit المقيت Maha Pemberi Kecukupan The Nourisher
40 Al Hasiib الحسيب Maha Membuat Perhitungan The Reckoner
41 Al Jaliil الجليل Maha Mulia The Majestic
42 Al Kariim الكريم Maha Pemurah The Bountiful, the Generous
43 Ar Raqiib الرقيب Maha Mengawasi The Watchful
44 Al Mujiib المجيب Maha Mengabulkan The Responsive, the Answerer
45 Al Waasi` الواسع Maha Luas The Vast, the All Encompassing
46 Al Hakiim الحكيم Maka Bijaksana The Wise
47 Al Waduud الودود Maha Pencinta The Loving, the Kind One
48 Al Majiid المجيد Maha Mulia The All Glorious
49 Al Baa`its الباعث Maha Membangkitkan The Raiser of the Dead
50 As Syahiid الشهيد Maha Menyaksikan The Witness
51 Al Haqq الحق Maha Benar The Truth, the Real
52 Al Wakiil الوكيل Maha Memelihara The Trustee, the Dependable
53 Al Qawiyyu القوى Maha Kuat The Strong
54 Al Matiin المتين Maha Kukuh The Firm, the Steadfast
55 Al Waliyy الولى Maha Melindungi The Protecting Friend, Patron, and Helper
56 Al Hamiid الحميد Maha Terpuji The All Praiseworthy
57 Al Mushii المحصى Maha Menghitung The Accounter, the Numberer of All
58 Al Mubdi` المبدئ Maha Memulai The Producer, Originator, and Initiator of all
59 Al Mu`iid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan The Reinstater Who Brings Back All
60 Al Muhyii المحيى Maha Menghidupkan The Giver of Life
61 Al Mumiitu المميت Maha Mematikan The Bringer of Death, the Destroyer
62 Al Hayyu الحي Maha Hidup The Ever Living
63 Al Qayyuum القيوم Maha Kekal selamanya The Self Subsisting Sustainer of All
64 Al Waajid الواجد Maha Penemu The Perceiver, the Finder, the Unfailing
65 Al Maajid الماجد Maha Mulia The Illustrious, the Magnificent
66 Al Wahiid الواحد Maha Esa The One, the All Inclusive, the Indivisible
67 Al Ahad الاحد Maha Esa The One, the All Inclusive, the Indivisible
68 As Shamad الصمد Maha Dibutuhkan, Tempat Meminta The Self Sufficient, the Impregnable, the Eternally Besought of All, the Everlasting
69 Al Qaadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan The All Able
70 Al Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa The All Determiner, the Dominant
71 Al Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan The Expediter, He who brings forward
72 Al Mu`akkhir المؤخر Maha Mengakhirkan The Delayer, He who puts far away
73 Al Awwal الأول Maha Awal The First
74 Al Aakhir الأخر Maha Akhir The Last
75 Az Zhaahir الظاهر Maha Nyata The Manifest; the All Victorious
76 Al Baathin الباطن Maha Ghaib The Hidden; the All Encompassing
77 Al Waali الوالي Maha Memerintah The Patron
78 Al Muta`aalii المتعالي Maha Tinggi The Self Exalted
79 Al Barri البر Maha Penderma The Most Kind and Righteous
80 At Tawwaab التواب Maha Penerima Taubat The Ever Returning, Ever Relenting
81 Al Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa The Avenger
82 Al Afuww العفو Maha Pemaaf The Pardoner, the Effacer of Sins
83 Ar Ra`uuf الرؤوف Maha Pengasih The Compassionate, the All Pitying
84 Malikul Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta) The Owner of All Sovereignty
85 Dzul Jalal Wal Iqram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan The Lord of Majesty and Generosity
86 Al Muqsith المقسط Maha Adil The Equitable, the Requiter
87 Al Jamii` الجامع Maha Mengumpulkan The Gatherer, the Unifier
88 Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan The All Rich, the Independent
89 Al Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan The Enricher, the Emancipator
90 Al Mani المانع Maha Mencegah The Withholder, the Shielder, the Defender
91 Ad Dhaar الضار Maha Memberi Derita The Distressor, the Harmer
92 An Nafi` النافع Maha Memberi Manfaat The Propitious, the Benefactor
93 An Nuur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya) The Light
94 Al Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk The Guide
95 Al Badi البديع Maha Pencipta Incomparable, the Originator
96 Al Baqi الباقي Maha Kekal The Ever Enduring and Immutable
97 Al Waarith الوارث Maha Pewaris The Heir, the Inheritor of All
98 Ar Rasyiid الرشيد Maha Pandai The Guide, Infallible Teacher, and Knower
99 As Sabuur الصبور Maha Sabar The Patient, the Timeless

Wallahua’lam…
segala yang BAIK datangnya dari Allah SWT
yang LEMAH datangnya dari diri hambamu ini

Sunday, July 20, 2008

Terima Kasih Mak..!

Hari nie bungkusan berisi baju dan novel2 saya akhirnya sampai juga ke London. Ya..alang dan nuha bersama rombongannya dah sampai…he..he…ramai yg bertanya di ym…sapa alang dan nuha tue..?

Inilah dia..alang dan nuha…watak dalam novel Surat Ungu Untuk Nuha..novel terbaru yang saya beli…



ada 5 lagi novel yang mengiringi alang dan nuha




Selain tue ada 2 pasang jubah seluar dan sepasang kurung biru serta 2 helai seluar panjang.. Kononnya kurung biru nak buat baju raya..he..he..ada cerita pasal kurung biru tue..malam rabu waktu malaysia saya call mak..tanya camana barang..mak kata dah hantar..tapi baju kurung mak tak sedar..tertinggal kat rumah.. masa tue takde letrik..so tak perasan..balik dari rumah Dr zainab baru ada letrik dan mak sedar baju tue tertinggal..saya pun apa lagi dengan mengada2nya buat suara sedih…suruh mak hantar..mak kata tengok la dulu..amin tak sihat..saya pujuk mak.. alasan lepas nie takde sapa nak datang dah..mak pun kata ok..nanti mak tanya amin…he..he.. alhamdulillah,amin nak hantar…thanks Amin.. ko la drebar mak yg paling bagus..he…he…

Tadi..lepas syakirah dan fatimah balik dari birthday party isabelle kitorang pun pergi rumah Dr zainab..nak amik barang..he..he..apalagi seronok la..tak sabar rasanya nak tengok barang..Dr zainab siap kata…kenapa sikit sangat barang…Dr Borhan tak bawak apa2 pun…adoi..kalau tahu macam nie akan ku angkut lagi 10 novel…he..he..

Tapi takpe..Dr zainab kata dia dengan Dr Borhan akan ke Berlin lepas raya nanti..nak bentangkan kertas kerja katanya..kak ct plak kata singgah la London…so,ada peluang la nak beli novel lagi..he..he…then,sy pun kirim barang abang dengan wawa jhah..moga2 Allah permudahkan barang tue sampai..takut jugak kalau helmet kena tahan…nauzubillah…

Itulah cerita hari nie..so,saya nak start baca novel..tak tau la pukul berapa nak tido..
Sekarang pun dah pkul 12.21 tgahmalam..he..he..

Jumpa lagi…wassalam…

Wednesday, July 16, 2008

Cuti Sekolah Bermula

Hari nie hari terakhir maryam di nursery..esok dah start cuti musim panas..dan tadi jugak adalah hari terakhir hantar maryam naik bas..lepas nie kalau naik bas pun bukan ke sekolah..mungkin jalan2 je..he..he..

Bulan september nanti baru naik balik 244…lama jugak tue..masa tue ateh dah boleh jalan..so, tak payah la nak bawak push chair lagi..boleh g sekolah lambat sikit..he..he..kitorang pernah tunggu sampai bas yang ke-4 baru boleh naik disebabkan oleh push chair..nasib bas kat sini setiap 10 minit..tak la penat menunggu..

Pastu tadi last day untuk miss sherrin kat sekolah..lepas nie dia takde setahun sebab nak g melancong..best giler..! tak tau la setakat mana yang dia boleh sampai dalam setahun tue..

Ok..jumpa lagi…!

Monday, July 14, 2008

IslamExpo-Olympia,London

Alhamdulillah..rancangan nak ke islam expo dapat diteruskan walaupun ateh x sihat sepenuhnya lagi…pukul 10 kitorang bertolak..ikutkan ‘en tomtom’ 1 jam dah sampai…tapi ikut jalan yang dibagi 2 jam baru sampai..termasuk la jammed sekali..sampai2 org memang dah ramai.. ahad la katakan..

Ehm,apa nak citer pasal islam expo nie..pertamanya,nie kira pameran yang pertama saya g guna bahasa inggeris..sebelum nie x penah pun..jadi memang payah sebenarnya nak faham sepenuhnya apa yang saya tengok..he..he..
Kalau pameran biasa sekali imbas dah boleh paham..ini nak kena benti baca..dah tengah2 baca kena tegur pulak dengan dorang..aduh..nak kena sembang pulak..memang lenguh lidah nie nak bercakap..otak pun lenguh nak pk apa yang nak cakap…last sekali tak nak la singgah lama2.. just tengok dari jauh..he..he..camana nak improve bahasa..alahai irma..! ; )

Pastu jalan lak dengan family..memang x g semua booth..jalan2 tengok sekali imbas ja..yang lamanya layan anak2 dekat tempat mainan..sempat la amik gambar..yang seronok sekali maryam la..setiap booth ada gula2..jadi pesta gula2 la untuk dia hari nie…ateh pun buat pertama kali makan gula2..sengeh je dapat gula2…

Antara booth yang sempat saya ‘nampak’ ialah aljazeera network, palestine solidarity campaign, islamic human rights commission, muslim hands, palestinian childhood exhibition, hj noor deen calligraphy, books plus… pastu banyak booth yang jual pakaian dan tudung…kalau nak senaraikan memang ada lebih 100 booth yang buat pameran..tapi kitorang tak g semua…kalau saya g sorang2 memang semua booth akan saya lalu.. LALU saja okeyh..bukan singgah dan sembang dan mulut becok tanya itu ini.. tak kose nak paham slang omputeh yang macam-macam..he..he..tapi besa la kan..anak jagaan 4 orang…apa pun seronok g sampai balik bawak pening kepala..he..he..
Tak abis pun round kitorang decide nak balik je..balik akhi tanya nak jalan2 lagi tak kat central..ikutkan memang nak jalan tapi dah pening kepala..balik je la kata kat akhi..next time la kalau nak g…lagipun cuti sekolah dah dekat..sure g jalan lagi..tadi masa makan pun sempat lagi sembang pasal bluewater..he..he..

Alhamdulillah,kitorang sampai rumah pukul 4.30..balik rumah tengok2 ada orang nak ym..sian ‘dia’ tunggu sampai 2 jam xde orang..he..he..afwa jiddan.. ; )

Gambar akan di post kemudian..insyaallah…

Wassalam..jumpa lagi..!

Sunday, July 13, 2008

Fateh Masuk Hospital

Semalam ateh tak sihat..petang muntah2 kuar lendir kahak..kak ct plak tak de kuar bawak syakirah dengan fatimah swimming lesson.. balik dari swimming,malam tue kak ct bawak g klinik..lama jugak…
Saya kat rumah dengan anak dara 3 orang…lepas maghrib kak ct tak balik2 jugak..yang dorang dah bising..why ummi x balik lagi…saya pun saja la cakap..entah2 ateh kena dok hospital…
Rupanya betul..dalam pukul 10 kak ct call..ateh kena tahan kat hospital sebab sukar bernafas…apa lagi anak dara 3 org tue melompat la kesukaan…sedihnya sekejap..suka yang lebih…sebab apa..? sebab nak tido dlm bilik sy..hu..hu..alamatnya tido bawah la lg…

Sebelum tido sibuk suruh cerita…huh…bukannya nak cerita nabi ke..ada suruh cerita hantu…ha..ha…mula la mereka cerita…sampai 1 part dah fatimah tak nak dengar…takut..! yang kakak dengan maryam nak dengar lagi…maryam nak takut apa..dia dah siap peluk saya..yang kat atas katil terjerit2..tengok jam dah pkul 12..sy kata to be continue…ha..ha..
Sebenarnya dah tak de idea nak kelentong dorang…he..he…saya pun suh dorang tido…kakak yang 2 org xde masalah..suruh tido dorang tido..masalahnya maryam..bila suruh tido..nak ummi..nak tido dengan ummi..jenuh jugak la memujuk sampai tertido..nasib tido jugak…

Pagi esoknya tengok2 akhi fauzi balik ambil barang..ateh tak tau lagi boleh balik ke tidak…jadi dalam pkul 10 kitorang g melawat ateh..

Sampai sana…tengok2 ateh ok je..tak la terbaring..dah ok..cuma masa ambil bacaan nadi dengan bagi sedut gas dia nangis..

Pukul 12 kitorang balik..petang tue akhi kata ateh dah boleh balik..

Dalam dok sedih ateh tak sihat sebenarnya ada lagi yang sedih..sepatutnya hari nie kitorang g coventry…PKS buat hari terbuka dorang…nak buat camana…Allah dah susun semuanya…ada hikmah..redha dalam pasrah..uhuk..uhukk..

Ehm..esok ada lagi 1 peluang nak jenjalan…ISLAM EXPO dekat olympia london..moga2 Allah permudahkan urusan..amin..

Wassalam…jumpa lagi…!

Thursday, July 10, 2008

Boring Lagi

Boringnyer…
Hari-hari mengadap kerja yang sama…kemas umah + masak + tenet..cuaca pulak mendung…kadang2 gerimis..lagi la susah nak jenjalan…kadang2 hantar maryam pun dalam hujan..sebab dia nak gak g nursery..hu..hu…nasib dapat anak yang memang rajin..he..he…

Lamanya nak tunggu husna balik…bulan 9…na,akak rindu nak jalan2 dengan awk. Akak dah survey banyak tempat nak g jenjalan nie.. kak ct pun i.allah nak balik malaysia hujung tahun nie..dalam kepala dah plan nak g ’somewhere’…he..he…

Hari Jumaat sampai Isnin ada ekspo islam kat olympia london..kak ct kata i.allah akan g..harap2 semua berjalan dengan lancar…nak kuaarr..!

Snowdonia..menghitung hari untuk summer camp sahabat…masa spring terlepas..moga2 kali nie Allah permudahkan urusan…dah surf tempat nie..memang cantik..

Minggu depan novel2 ku sampai..he..he..tak sabar nak baca surat untuk nuha..
esok ada sports day kat sekolah…lecehnya kakak pagi fatimah petang…alamatnya berkampung la dengan fateh dan maryam kat sekolah…he..he…

Minggu nie minggu memanggang..hari2 panggang ayam..boring dah dengan menu yang diulang2..leceh la sikit..pagi2 dah kena masuk dapur…nak perap ayam..tapi yang best bila anak2 balik je dah tanya masak apa.. belum makan dah kata sedap..he..he…

Tue aje la…jumpa lagi…wassalam…

Wednesday, July 2, 2008

Santan v Mutiara



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,

Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..Diparut..Diperah..Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang…


Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

Hanya orang yang bertuah..

Berusaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehnya..

Harganya mahal sekali..

Dan ia akan tersimpan selamanya..


Jadi..Kamu pilihlah samada

Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..

menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..

dengan mudah jatuh menjadi titisan..

akhirnya habis kari dimakan..

pulut panggang sisa habis ditelan..

dan santan hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..

orang tak kenang jasa santan..


Mutiara..

tertanam di dasar yang paling dalam..

sukar andai mengharap jadi perhatian

kerana dilapisi kulit yang keras menghadang..

namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi permata hiasan..

terletak tinggi di cincin idaman..

atau di leher nan jinjang..

atau di lengan menawan..

makin lama mutiara tertanam..

makin tinggi nilaian..


OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..


Menjadi santan..

mudah jadi perhatian..

tapi hanya sebentar jadi santapan..

kemudian hilang segala nikmat dan pujian..


Menjadi mutiara..

sukar ditemukan..

namun bila dihias indah gadis perawan..

hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Monday, June 23, 2008

Calon Soleh


Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA utara ini, bermusafir menjejak ilmu perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini. Malah bukan perkara yang ajaib jika tidur pun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input ekonomi untuk dihadami. Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Fakulti Ekonomi yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Zairy adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah!

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu."Khabar apakah Zaid di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya.Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah zaid pada husna?

Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, maahad johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas kuatur langkah menuju ke utara, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini. "zaid, maafkan husna. Husna masih menyayangi zaid. Perasaan husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas".

Aku tersenyum membaca sms yang ke2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku,seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

"Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan".Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling ‘bengkeng’ dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan. Ini semua,Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh."Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana?" Sibuk sungguh kau perempuan.

Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?!Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati, tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu. Benar aku insan dhaif yang lemah..lemah dengan cinta manusia yang sia-sia. Aku tertunduk lesu."Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya,Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?!Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah!"

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung. "Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang… Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya dirembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

"Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!" Aku mencebik dan tersenyum sinis. "Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini". Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal kuraih pada keluargaku. "Kau terlalu naif!" Aku tersentak, benarkah? "Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!" Mendatar kalimah itu. "Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!" Aku meneliti bait-bait yang terlontar. "Aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah.

Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya." Dia melepaskan satu keluhan.Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah… sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah kulihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu. "Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah," terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan.Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini... Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah. Benar, kata-katamu itu terlalu benar.Itulah kisah tiga tahun lepas.

Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi. Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah… terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui.Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.Sms husna ku balas…"

"Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,"

Saturday, June 21, 2008

Boring + Bosan

Assalamualaikum.

Malam dah semakin larut. Tapi mata nie tak jugak mengantuk. Tetiba teringat esok nak buat sarapan apa. Tadi dah ambil resepi kuih cara manis dengan cara berlauk. Pastu dalam kepala dok ingat nak letak sardin ja dalam cara berlauk.
Nak jadi cerita, mula la berangan sedapnya kalau tengahari esok leh masak kari sardin atau sardin buh kentang. Pastu ada telur dadar. Ada sambal ikan bilis. Ada timun. Kena lak dengan nasi panas buh kicap. Perrgghhh…! meleleh air liur tengah-tengah malam nie… Haiyooo…!

Tak pun kalau lagi best dapat makan sambal jawa dengan nasi panas buh kicap…Waaa..maunya tambah 3 kali…

Bukan pe.. Hari-hari makan ayam. Dah naik jemu tengok ayam. Ayam tue pun kalau leh bersuara lagi. Dia akan cakap. Tak de lauk lain ke..? ha..ha..ha…

Dah seminggu selsema. Tak baik-baik lagi. Jauh tau virus nie datang. Dari kedah…he…he…

Esok akhi fauzi nak g Manchester. Ada meeting untuk summer camp nanti. Tak leh ikut. Minyak naik. So, akhi g naik train je. Tak pe2,len kali ada rezeki leh g. Kak zue ada gak ura-ura ajak g sana.

Tadi,sempat sembang dengan Fatimah..macam-macam citer kuar…
Minggu nie tak call pun mak lagi. Tak pa la, esok call. Nak bagitau duit bulan nie amik by hand dengan kak nab.

Ok la semua. Selamat malam.
Aceli malaysia dah masuk pagi… he..he..

Jumpa lagi…

Monday, June 9, 2008

Ku Merindu



Ku merindu,

Merindu cinta yang tulus dari hatimu

Selalu ku impikan hidup bersamamu

Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ku berjanji,

Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku

Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku

Agar kau dapat menerima cintaku


Ku selalu,

merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku


Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Usah kau ragui cintaku

Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata

Ku tunggu jawapan cintamu

Ku tetap merindu


Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku

Yang selalu setia menunggu dirimu…

Thursday, June 5, 2008

Kari Yang tak Menjadi

Assalamualaikum…
Salam rindu buat semua terutamanya keluarga di Malaysia. Rindu sangat-sangat. Tak tau nak cakap tapi air mata dok bergenang. Patut la ezzah nak sangat balik. Bengong jugak dok lama-lama kat London nie.

Alhamdulillah hari nie cuaca cerah sangat. Dah 3 hari cuaca mendung. Kalau kat Malaysia mendung pasti akan diikuti dengan hujan. Tapi bukan di sini. Kalau mendung, mendung la seharian. Jadi kalau dah 3 hari mendung, automatik perasaan kita pun akan berubah. Mendung macam cuaca jugak.he..he..
Tue sebab kebanyakkan orang sini akan pergi bercuti kalau cuaca macam nie. Dorang tak suka. Ada pulak cerita, di Ireland, antara sebab bunuh diri ialah cuaca mendung. Kalau dah ada masalah. Pastu dengan cuaca yang mendung setiap hari lagi la jadi tekanan. Tetapi bagi kita umat ISLAM ini adalah nikmat yang perlu di syukuri juga. Syukur...syukur...syukur Ya Allah..

Aceli nak citer pasal kari.. Tapi tue la melalut dulu..he..he…

Dulu masa kat Malaysia boleh kira dengan jari berapa kali masak kari kalau mak suruh. Sebab selalunya kalau kari memang surrender tak reti. Dah la tak reti pastu malas la pula nak belajar..hehe..
Ingat lagi kalau balik kampung suka makan kari arwah Tok Lang dengan kari Ucu. Memang sedap. Tak minta dah lauk lain. Setakat nie memang takde sapa lagi leh lawan kot. Sebab tak makan lagi kari yang lagi sedap dari yang depa nie buat..he..he..

Nak jadi citer bila datang London nie. Nak tak nak kena la masak jugak kari. Buka internet cari resepi. Ikut la satu persatu. Tapi still juga tak jadi. Minyak tak naik. Mungkin sebab kurang minyak. 2 3 kali juga masak lepas tue tak jadi. Geram juga sebenarnya. Semalam masak lagi kari. Ehm..ok jadi tapi lidah nie still tak puas hati. Tak rasa macam yang Ucu dengan arwah Tok Lang masak. Rasa macam ada something yang tak cukup. Rasa macam halba. Tapi takut nak buh. Halba kak ct nie macam pelik je. Sebenarnya saya pun tak tahu rupa sebenar halba.. KAH KAH KAH

Moralnya, dulu tak nak belajar walaupun tak suka. Sekarang bila dah dok kena masak baru menyesal..he..he..

Sesiapa yang baca entry nie, ada resepi kari yang memang WORLD. Leh la bagi kat saya ye…

Wassalam…

Thursday, May 22, 2008

Cerita Hari Ini

Assalamualaikum…

Salam sayang buat semua yang sudi membaca…

Hari dah larut malam sebenarnya. Sekarang dah pukul 12.12 tengah malam. Badan dah penat sangat sebenarnya. Tapi mata tak mengantuk. Jadi nak tunggu mata nie mengantuk,saya tulis sekejap cerita-cerita yang boleh dikongsi sepanjang hari-hari yang berlalu.

Semalam dan hari nie saya perlu hantar dan ambil anak-anak di sekolah. Kak ct ada kursus di Central London. Pagi tak perlu hantar sebab anak-anak tumpang mak Ruby..Selamat la sangat-sangat. Kalau tidak, saya perlu berulang alik 6 kali ke sekolah. Jadi tolak pagi, saya perlu ke sekolah sebanyak 4 kali. Tengahari dan petang. Bas kat sini tak de masalah sebab setiap 10 minit sekali. Yang menjadi masalah ialah push chair hanya dibenarkan 2 sahaja dalam 1 bus. Jadi masa balik dari ambil anak-anak, kami perlu tunggu sampai sejam. Nak tunggu bas yang kosong atau ada 1 ruang untuk kami masuk dengan push chair. Semalam anak-anak mengadu lapar. Saya tak bawak apa-apa ingatkan sekejap je. Sian tengok dorang. Biskut yang sekeping dikongsi berempat. Maryam sampai menangis-nangis ingatkan ada lagi biskut. Hari nie saya dah sedia. Macam-macam bekal yang saya bawak. Biskut, Alpen, gula-gula, limau. Semua cukup. Nak jadi citer hari nie pun macam semalam. Kena tunggu sampai bas yang ke-4 baru kami boleh naik. Nasib ada bekal, kira kami berkelah sementara tunggu bas datang.

Tadi...dalam dok check email dan update friendster. Tetiba kawan saya Ajib masuk ym. Terkejut gak. Dah la halimunan. Rupa-rupanya dia keja shift malam. Banyak jugak yang kami cerita. Termasuk la cite dia dah bertunang. Dah nak kawen bulan 8 nie. TAHNIAH AJIB…!

Cerita fateh. Sian kat dia..Adus...! Sapa yang baca entry nie dia tau la..he..he..2 hari berturut-turut jatuh. Hari Isnin jatuh dari katil bilik saya. Sekelip mata ja. Saya nak masukkan baju dalam almari. Pusing-pusing tengah susun baju dengar bunyi benda jatuh..gedebuk..! Ya Allah..Fateh jatuh..kepala dulu..nak pengsan saya..selawat dan mengucap tak payah cakap la. Dia pulak menangis siap mengelupur lagi. Saya sapu muka dia dengan air. Bagi minum. Ok tak de pape,alhamdulillah.
Nak jadi citer semalam pun jatuh jugak. Nie fatimah pulak. Dok main acah-acah dalam buai masa kawan tue nak tido. Buai letrik tak payah enjut. Tapi dia dok kacau jugak fateh. Tetiba jatuh dengan buai-buai sekali. Saya pulak kat dapur tengah masak. Dengar Syakirah panggil. Nak kata apa dah. Angkat fateh pujuk je la. Hari nie terus demam. Tak sihat..

Last sekali. Dalam dok ghalit dengan tenet. Tetiba terkeluar novel2 terbaru di Malaysia. Waaa…rindunya nak baca. Cari punya cari..ada banyak jugak la yang best2…ehm..Macam nak suruh je mak beli bagi kat Dr Borhan atau kak nab…dorang nak balik mesia…he..he…

Esok sehari je lagi anak-anak bersekolah. Lepas nie CUTI…best-best. Nak jalan2..he..he..
Yang penting nak p CAR BOOT SALE..he..he…nak p Central London tak tau la jadi ke tak…tgok la..
Ok..panjang umur kita jumpa lagi..
Jaga diri baik-baik..
Wassalam…

Sunday, May 11, 2008

Musim Bunga Dah Bermula

Assalamualaikum…

Salam sayang dan rindu buat semua ibu-ibu di Malaysia..terutamanya mak. Lama dah rasanya tak menulis…( sebenarnya membebel..) wakaaakaa…

Alhamdulillah…diri ini sihat seadanya dalam keadaan cuaca yang semakin panas..perubahan cuaca dari sejuk ke panas adakalanya menguji diri ini jugak..semua itu pengalaman yg mematangkan diri..insyaallah..

SELAMAT HARI IBU..hari ini hari ibu di Malaysia tapi bukan di UK..kami di sini menyambutnya pada bulan 3 sudah tak silap..apa pun diri ini merindukan "bau" mak yang dah lama tak dicium..tangan mak yang dah lama tak dipegang..wajah mak yang tak mampu di pandang. Ujian bila mana rindu itu hadir. Doa sahaja yang mampu di pohon moga dirinya diberi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan hidup ini. Insyaallah..

Ehm..dah masuk bulan ke 4 diri ini berada di London. Apa yang dilalui dan dirasai memang tak mampu nak dizahirkan dalam bentuk penulisan yang sempurna. Sebabnya diri ini tak la bagus dalam bidang penulisan. Berleter bagus la kot..he..he..

Alhamdulillah..kami di sini sudah berada di awal musim panas. Ini baru awal.Belum lagi pertengahan yang mana panasnya memang mengujikan diri. Bagi diri ini ujian panas insyaallah dapat di lalui. Ujian yang sebenar adalah untuk menyempurnakan solat 5 waktu tanpa terbabas dari waktunya. Bagi diri ini yang baru pertama kali merasainya memang menuntut kekuatan yang total untuk menyempurnakan kewajipan pada Allah swt. Kerana apa..? Bila musim panas bermula, siang akan menjadi semakin panjang dan malam pula semakin singkat waktunya..5 pagi sudah nampak cahaya siang dan beransur pergi pada jam 8.45 malam. Bayangkan kita perlu bangun jam 3 pagi untuk menunaikan solat subuh. Di saat mata memang sedap terkatup. Tanggungjawab pada ilahi menuntut pengorbanan untuk bangun dari lena yang panjang. Dan diri ini perlu bersabar seketika sebelum mampu melelapkan mata kerana isya’ di sini masuk pada jam 10.45..memang mengujikan. Tapi ini baru permulaan..nanti bila masuk pertengahan insyaallah,lagi la mengujikan. Isya’ dan subuh hanya beza jarak masa 4 jam sahaja. Betul-betul menguji diri..

Selain tue yang best musim panas tak payah pakai baju tebal-tebal la..he..he..kot memang dah kena simpan je la…nak kuar pun bila-bila masa je…takde la halangan sejuk lagi…wuuuhuuu…

haaaa…yang best lagi musim panas nie ada CAR BOOT SALE…apa lagi, shopping la…nanti diri ini akan cerita bila dah p sana ok..

ehm..apa lagi nak cerita..pasal masak..ehm…kalau dulu tak pandai masak kari..alhamdulillah sekarang kalau suruh buat kari.. insyaallah boleh..he..he…macam-macam belajar masak kat sini..ye la,nak tak nak kena gak belajar..kalau tak,takkan nak makan ayam goreng je hari-hari..tapi yang lawaknya..baru sekali je goreng telur untuk maryam makan tengahari…biasanya memang dorang tak pernah makan telur..kecuali telur rebus untuk nasi lemak..satu sebab dorg nie alergi..jadi,macam-macam tak boleh makan..kalau dengan ayam..macam-macam resepi dah cuba..kadang-kadang tue sampai dah buntu nak rotate balik menu.. alhamdulillah,dorang tak cerewat pasal makan..lagi mudah la keja..

Sekarang kak ct dengan akhi fauzi sedang giat megusahakan kebun di belakang rumah..yang kak ct nak tanam bunga..akhi nak tanam pokok sayur..jadi nanti kita tengok la hasilnya melalui gambar-gambar ok..

Banyak lagi cerita sebenarnya…insyaallah,panjang umur bertemu lagi…

Akhir kata sambut la salam sayang dan rindu dari diri ini…

Wassalam…

Wednesday, April 30, 2008

Antara Kesalahan Kaum Hawa

Antara kesalahan kaum HAWA yang nampak tapi entah
Kenapa kaum Adam tak sempat nak tegur..?

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja.
Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT! DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.
Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena
itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas .a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbahkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat.

Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan- perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah
HARAM..

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan…

Wallahua’lam…

Sunday, April 6, 2008

Salji Turun Di Musim Bunga



Assalamualaikum…
Salam sayang buat semua….

Lama dah tak tulis dalam blog nie..sibuk..semua org sibuk..apa la yang disibukkan kan…? Sibuk mengejar tuntutan dunia…wallahua’lam…

Sekarang sepatutnya musim bunga di sini…tapi,nak dijadikan cerita, hari nie salji turun…turun bukan sedikit..tetapi turun yang membuatkan semua orang teruja….apa lagi buat saya yang baru pertama kali berada di London…

Ceritanya begini….pagi Ahad…macam biasa selepas usai solat Subuh…saya layan email dan friendster sebelum naik ke atas utk buat sarapan…macam biasa..tak dak apa yang istimewa..nak naik awal pun dorang dok tido lagi…dalam pukul 8..naik atas…rutin biasa bila naik atas..selak langsir…pagi nie…bukak je langsir…waahhhh,salji turun ma…lebat lak tue…dalam kepala betul ke nie…?memang tak percaya..bukak lagi langsir kat dapur…memang betul la….salji turun…excited tue jangan cakap la…tapi tak leh nak kongsi dengan sapa2..semua orang tido lagi…hu..hu….

Apa lagi…turun bawah..ambik kamera..pakai jaket..keluar nak ambik gambar…keluaq ja…huhuuuuu…sejuk…tapi tak kira nak jugak ambik gambaq…tangan ketaq dah sejuk…lepas snap 10 keping…masuk balik umah…senyum sorang2..sambil bersila kat tingkap.. koyak ayam nak buat nasi goreng..nampak la,masa tue ramai gak jiran-jiran yang keluar ambik gambar dalam salji…sapa nak lepaskan peluang…!

Pukul 10..dengar bising kat atas…maryam menjerit…"kak yah,its snowing today…"pastu dengar bunyi orang turun tangga…rupa-rupanya fatimah nak bagitau salji turun…saya sengeh je…bila saya bagitau saya dah ambil gambar…dia macam tak puas hati…dia kata kenapa tak kejut dia…he..he…sian pulak bila tgok muka dia..sebab masa tue snow dah tak lebat macam pagi tadi….

Lepas je breakfast…saya ajak dorang p main salji…apa lagi..melompat la semuanya….mula-mula kitorang just main salji kat atas keta ja..kutip..buat snow ball..baling…habis salji atas keta kitorg kerjakan…ajak dorang jalan-jalan…maryam dah kesejukan…tapi still lagi nak ikut…kitorg jalan-jalan kat tasik…
Wahhhh…!putih ja rumput semua…kat situlah kitorang main snowball….lepas main ingatkan nak naik bukit..sebab atas bukit ramai orang main salji…tapi,sebab maryam dah tak tahan sejuk…kitorang pun balik…sampai rumah,maryam menangis sebab sejuk…he…he…

Kiranya..hari nie memang tak sangka salji nak turun…sebab tak sejuk pun semalam..tapi yalah..kerja ALLAH..kita sebagai manusia bersyukur dan menikmatinya…

Jumpa lagi…..


Thursday, March 20, 2008

Salam Maulidur Rasul

I WONDER …
If the Prophet Muhammad visited you just for a day or two,
If he came unexpectedly I wonder what you would do.
Oh, I know you’d give your nicest room,
To such an honoured guest,
And all the food you’d serve him would be the very best,
And you would keep assuring him,
You’re glad to have him there,
That serving him in your home,
Is joy beyond compare...
But… when you saw him coming,
Would you meet him at the door,
With arms outstretched to your visitor?
Or… would you have to change your clothes before you let him in?
Or hide some magazines and put the Qu’ran where they had been?
Would you still watch the same movies On your T.V. set?
Or would you switch it off Before he got upset?
Would you turn off the radio And hope he hadn’t heard?
Or wish you hadn’t uttered that last hasty word?
Would you hide all your worldy music,And instead take hadith books out?
Could you let him walk right in,
Or would you have to rush about?
And I wonder if the prophet spent A day or two with you,
Would you go right on doing,
The things you always do?
Would you go on saying, The things you always say?
Would life for you continue, As it does from day to day?
Would your family squabbles,
Keep up their usual place,
And would you find it hard each meal To say a table grace?
Would you keep up each and every prayer
Without putting on a frown?
And would you always jump early For prayer at dawn?
Would you sing the songs you always sing?
And read the books you read?
And let him know the things on which ,Your mind and spirit feed?
Would you take the Prophet with youEverywhere you plan to go?
Or, would you maybe change your plans,just for a day or so?
Would you be glad to have him meet Your very closest friends?
Or, would you hope they stay away Until his visit ends?
Would you be glad to have him stayForever on and on…
Or would you sigh with great relief When he at last was gone?
It might be intersting to know,
The things that you would do…
If Prophet Muhammad, in person,
Came to spend some with you….

Friday, February 29, 2008

Semakin Hari Semakin Rindu

Assalamualaikum…
Semoga berada dalam lindungan ilahi hendaknya… Alhamdulillah, hampir sebulan saya berada di London. Semakin hari semakin dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan hidup di perantauan. Semakin hari jugak semakin rindu pada Malaysia. Rindu. Rindu. Rindu kalbu.
Apa perasaan saya sekarang..? ntah,besa jer kot.. Yelah, hari-hari berada dalam kesejukan..wakakaka…dok umah..kemas umah..jaga Fateh dan Maryam.. masak..( best la masak..nak masak apa..tekan jer internet..kalau tekan ayam..ada berpuluh2 resipi ayam..pilih ja…SAMPAI TAK TERPILIH..menu di hujung jari…so jangan risau bagi sapa yg tak reti masak..pastikan umah anda ada talian internet…anda cari jer lah..macam-macam yang anda akan jumpa…DON’T WORRYYYY…!) cuci baju..layan internet..tapi yg best keja tak tension..hahaha..tak yah gosok baju..dah sebulan baru sekali pegang seterika..gosok baju nak jalan..sebelum tue p jalan tak gosok baju..takjub…ema tak gosok baju..hahhaaa..nasib kat london..tak dak sapa kenal..huhu.. tak yah tulis ringkasan ngaja..tak yah tanda buku..takde pening2 buat soalan peksa..takde TEKANAN…tp masih jugak bekerja dan yg penting dapat gaji..hehee..sebenarnya kalau kat mesia tak nak la keja cam nie..hahaha.. nie kat london..peluang la kan..leh tgok tempat org..

Tapi tue lah bila dah kat London jauh dari keluarga, kawan2, anak murid… Jauh dari semua yang dikenali…apa yang ada internet penghubung silaturrahim… Waa, sedih sebenaqnya… Apa taknya.. 24 jam macam ayam berak kapur.. Tunggu email.. Tunggu sesapa yang on9 YM.. tido pun tak nyenyak.. sat2 terjaga..memang giler..sampaikan bila bangun pagi memang sakit kepala la..tido tak cukup..bila dpt on9 ngan sapa2 mula la meleret2 sampai 2 3 pg.. hahaha..memang giler..betul kata kawanku.."nanti bila ko dok sana baru ko tahu betapa pentingnya internet…" huhu…la benda nie jadi kat saya… Memang dasyat..!

Apa pun itu semua sebagai pengalaman untuk mematangkan diri… Insyaallah kita jumpa lagi….
Tingkatkan hubungan kita dengan ALLAH swt…

Monday, February 18, 2008

Sejuknya Sampai Ke Tulang

Assalamualaikum kepada semua yang di sayangi…Harap-harap kalian semua berada dalam lindungan Allah swt hendaknya…

Alhamdulillah saya di sini sihat dalam kesejukan.. Wah, rindu pada peluh yang mengalir…rindu pada ketiak yang masam…wakakaaaa….kat sini cuaca sudah sampai kepada -3 C pada petang sabtu yang lepas….anda dapat bayangkan keadaan saya yang menggigil kesejukan walaupun lemak memenuh tubuh badan…he…he… bayangkan..bayangkan.. Mari kita sama-sama bayangkan.. Badan nie jangan cakap la.. Berbungkus dari hujung kepala sampai hujung kaki..heater banyak membantu untuk memanaskan badan..kadang2 bila kak ct bukak lambat heater,alamatnya kesejukan la sekejap…di Malaysia toto digunakan sebagai tilam tapi kat sini toto saya gunakan untuk selimut..kalau boleh lagi tebal lagi bagus..

Hujung minggu cuaca amat baik sekali..matahari memancar garang tapi tak bermakna kesejukan berkurangan…sejuk tetap sejuk…tapi bila matahari memancar terik, penduduk London mengambil peluang untuk keluar menghiburkan hati…

Semalam Prof Abu Azam dan Dr Abdullah Sudin datang ziarah rumah kami sebelum balik Malaysia petang tadi.. pagi tadi Dr sempat menyampaikan halaqah cyber bertajuk '10 Sifat Hati yang Keji dan 10 Sifat Hati yang Terpuji'.. Tapi saya tak attend halaqah sebab sibuk di dapur menyediakan sarapan…he..he…he…

Sekarang anak2 cuti sekolah seminggu….jadi esok meriah la rumah dengan keletah anak2…kalau ada kelapangan insyaallah, pagi esok nak jalan2 kat tepi Sungai Thames…

Jumpa lagi… Jaga diri baik-baik…

Monday, February 11, 2008

Makan...Makan...Makan..Its Yummy..!

Assalamualaikum...

Jumpa lagi….ehhm,nak citer pasal makan…sebelum datang sini mase kat sekolah kalau beli makanan..kak rahmah mesti cakap,beli..nanti kat sana tak jumpa laksa…saya pun senyum jer..mungkin jugak…tapi bila sampai je sini sangkaan mereka sume jauh meleset…tak boleh pakai langsung..he..he..nak tau kenapa…ini adalah senarai menu saya selama seminggu…



1. nasi ayam
2. nasi lemak
3. kambing masak prun,kambing masak palembang
4. ayam masak kurma,ayam masak kicap,ayam percik,ayam bakar
5. LAKSA PENANG…heeee..heeee….heee..!
6. LASAGNA,PIZZA N GINGER BREAD…jangan jeleesss….!
7. masak lemak sotong
8. kek pineapple coklat up stair down…
9. puding roti
10. TIRAMITSU….yuuuuummmmyyy….!
11. air soya akhi fauzi buat sendiri..
12. fruit koktel..


Sampai2 jer saya malam tue kak ct dah masak nasi ayam..tapi tak makan sebab penat sangat2..baring jer terus zzzzzzz….sampai pg..bangun pkul 4 pg..baru solat jama’ maghrib n isya’..jadi pagi tue lah naik jer atas ( rumah town house..bilik saya kat bawah..ruang tamu kat tingkat 2 dan bilik dorang sume tingkat 3…) dah bau kak ct menumis..rupanya buat sambal nasi lemak…ayat pertama saya untuk kak ct.."macam kat malaysia jugak la..ada nasi lemak.."dia senyum ja..itu baru hari pertama..


Esoknya bermulalah episode masak memasak..dan makan-makan saya kat London nie…saya tak masak sangat..kak ct yang masak..kalau tengok buku resipi dia..Phuuuhhh,berderet-deret tersusun kat almari dapur…COMPLETE..cakap nak masak apa..thai,india,sup,italy..ntah apa-apa lagi..tue baru buku..yang dalam internet lagi la berlambak-lambak..taip nak masak apa..keluar la macam-macam style resipi…yang bertulis tangan pun ada jgak…(tapi..tulisan doktor la..sikit2 je paham..kalau nak salin balik kena tanya dia…heee…he..he…)


Jadi nak kata kat London nie susah nak cari makanan halal..ehm,tengok sendiri la apa yang saya makan seminggu nie..tue belum citer pasal air..bukan air masak..tapi juice..berkotak-kotak dalam peti ais..nak jus apa..rasberry + apple..manggo + apple..pineapple..orange…ribena.. macam-macam ado..! ada lg..ha..ha..ha..yogurt..macam-macam rasa ada…ada lagi…COKLAT..kalau kat Malaysia coklat Nestle setakat Kit Kat pastu ntah apa2 ntah lg..yang pasti bukan pilihan saya la..tapi kat sini coklat nestle antara yang tersedap sekali..kalau cadburys tue jangan cakap la..memang sedap..!


kadang-kadang pikir balik..eh,macamana nak kurus..? Tadi je makan lasagna..k.nana lasagna kat sini sos dia dah siap..tinggal nak beli jer..jadi tadi masa buat,kak ct masak meat tue..pastu terus bubuh sos tomato dengan sos putih yang dia beli kat Sainburry’s semalam..dah bubuh lasagna,atas dia bubuh cheese parut…tue je lah..tak tahu sama tak dengan akak buat…balik pada kurus..kat sini ok la,makan nasi sekali je sehari..tue pun petang pukul 4.30..tengahari makan apa yang ada..buah banyak kat dapur..kalau anggur kat Malaysia kena buang biji..kat sini SEEDLESS..he..he…kalau kena gaya boleh kurus..kuangggg3! tgok la macamana…he..he….


Bila tengok resipi2 kak ct yang banyak tue,nanti ada masa nak je salin balik..bukan senang nak dapat..bayangkan setahun 365 hari..2 tahun dah 730 hari..bayangkan betapa banyaknya resipi..tue pun kalau makan masakan yg berlainan la…ha…ha..ha…kira boleh bukak restoran la kot..he..he..ahaaa,kat sini susah nak dapat daging lembu..tak pun mahal harga dia..tue sebab kalu korang tengok,dah 2 kali saya makan kambing..kat sini kambing seekor 35 pound..kira-kira rm245 duit kita..kira murah la lagi..tue sebab akhi fauzi kalau beli kambing seekor terus..kat umah kitorang ada freezer..senang nak simpan bahan2 mentah..kalau ayam pulak jangan kata la..boleh buat jual kot..memang banyak..rumah kak ct nie kira macam rumah persinggahan untuk sahabat2 kalau datang London..tue sebab dia selalu beli barang banyak2..senang kalau sahabat datang tak yah la nak beli lagi..lagipun kalau ada program ramai2 dorang antara tukang masak la kat sini..


jadi nak kata saya nie bertuah jugak la kan..he..he..dalam dok keja boleh jgak mahirkan diri dalam bidang masak memasak..ha..ha.. Ok,insyaallah kita jumpa lagi dengan citer2 yang menarik mungkin..

Jaga diri baik2 dan sentiasa tingkatkan hubungan kita dengan ALLAH..