Wednesday, May 20, 2009

Impianku Menggunung Tinggi

Assalamualaikum wbt


Tajuk macam nak buat karangan UPSR je kan. Ehm, saja layan angan-angan petang macam ni. Sekarang siang panjang. Pukul 8.30 baru masuk maghrib. Kerja menggosok tak habis lagi. Kalau fikir kerja memang tak habis. Buat tak tau je. Kejap lagi habis tulis entry ni saya sambung menggosok. Nak tolong? Meh la. Tiket beli sendiri. Kah Kah Kah.


Apa kena mengena tajuk entry dengan gambar yang ada. Memang langsung tak de kena mengena. Tapi kalau bab berangan ni memang best kalau disertakan dengan bunga-bunga. Bertambah besar lagi angan-angan. Jom baca angan-angan saya sejak kecil.



Masa sekolah rendah kalau cikgu tanya nak jadi apa. Jawapan yang glamer masa tu DOKTOR. Semua orang nak jadi doktor. Termasuklah yang menaip entry ni. Kononnya kerja doktor tu hebat betul. Takde kerja lain yang sehebat doktor. Lagipun masa tu takde banyak sangat pendedahan kerjaya. Yelah budak darjah satu. Tulis apa yang dia tahu sajalah. Bila dah besar sikit, baru la faham kerjaya lain. Masa tu dah pandai tulis pensyarah. Tak nak kalah tu. Mana main cikgu-cikgi. Nak yang hebat je. Hahaha



Bila dapat keputusan UPSR, mak hantar saya sekolah berasrama. Masa tu memang susah nak masuk asrama. Semua orang berlumba-lumba main kejar-kejar buat surat rayuan nak masukkan anak ke sekolah asrama. Termasuklah mak saya. Semua anak mak kena duduk asrama. Kecuali Abang dengan adik. Dorang tu anak manja. Kua kua kua.


Masa tu ada dua pilihan yang mak ada. Satu sekolah Maahad Muhamadiah Perempuan Kelantan dan satu lagi MATRI Perlis. Dengan izin Allah, saya diterima masuk ke tingkatan satu dengan hanya melalui panggilan telefon. Ceewaah, terror la tu konon. Hahaha.


Jadi bila dah masuk MATRI memang secara automatik terkubur sudah impian mahu bergelar doktor. Sebab kat MATRI takde aliran sains tulen. Masa tingkatan empat saya ambil akaun, syariah dan quran sunnah. Masa tu saya sangat kagum dengan Ustaz yang mengajar subjek syariah dan quran sunnah. Itu sebabnya saya isi borang KUSZA dengan meletakkan Usuluddin sebagai p
ilihan pertama. Sedangkan keputusan SPM saya melayakkan saya mengambil TESL. Hua hua hua. Masa tu tak tahu apa kebendanya TESL ni.



Sementara menunggu keputusan SPM keluar saya bekerja sementara di ZOO NEGARA. Tengok tu, saja je nak bagi orang nampak. HAHAHA. Masa tu kawan abah pengarah zoo negara. Jadi guna orang dalam la ni. Kalau ikutkan mana boleh. Nak jadi cerita, kakak kerani tu siap pesan lagi. Kalau orang tanya saya kerja sementara atau tetap. Jawab tetap. Nak kukuhkan lagi bukti cakap SPM pangkat tiga. Tak boleh sambung belajar dah. Tak layak. Yang layak cuci kandang badak je. KAH KAH KAH. Nama je keeper. Tapi saya kerja bahagian perpustakaan. Dengan kak Anne. Ingat lagi dia. Hari-hari ke
rja saya susun buku dan slide gambar untuk kegunaan bahagian pendidikan. Waah, hebatkan. Semua binatang ada dalam kepala saya. Habis semua saya sumbat. Tu pasal besar je kepala ni. HAHAHA.


Masa kat zoo saya kerja tak lama. Sebulan je. Pengalaman kat sana sangat menyeronokkan. Dua minggu terakhir kak Anne suruh saya ambil tapak kaki binatang untuk tujuan pendidikan. Bayangkan ya murid-murid semua.. Ceh, berlagak jadi cikgu pulak bibik ni. Kalau tapak kaki monyet ok la lagi. KECIL. Tapi bayangkan kalau tapak kaki gajah. Ya Allah. Besar besen pun tak muat. Dah la kena ambil tanah liat yang 100% tak bercampur batu. Dah penuh satu besen pun masih lagi tak cukup. Sampaikan nak kena angkut dengan van masa nak buat tapak kaki.


Selain dari gajah, saya kena buat tapak kaki zirafah. Ni memang kes nak suruh bayang ajer. Zirafah tu dah la tinggi. Ingat senang-senang boleh angkat kaki dia. Pakcik yang jaga bahagian gajah pun tergelak bila saya nak ambil tapak kaki zirafah. Kami pun fikir camana nak suruh dia pijak. Pakcik suruh saya letak papan tu atas tanah. Nanti dia suruh zirafah tu jalan dekat papan tanah liat. Jadi agak-agak dia dah dekat, saya pun tolak bagi kena betul-betul tempat dia nak melangkah. Hoooyeeiii.. Berjaya. Walaupun tak cantik. Takpe, saya pun pandai-pandai baiki sendiri.



Ada lagi. Ingat zoo ada seekor dua je ke binatang. Ni nak cerita yang best ajer lah. Yang biasa-biasa tak best nak cerita.Buat memanjangkan entry ajer. Eh, bukan entry ni dah sediakala panjang. Wahaha.


Hari lainnya, tak ingat hari apa. Cerita ajer lah. Saya pergi ambil tapak kaki beruang. Wahahahaa.. Nampak ganas tak kerja saya. Eleehh, bukan saya yang buat pun. Saya suruh pekerja yang jaga bahagian beruang la
buat. Tapi ni nak cerita adegan sebelum dapat tapak kaki beruang. Nama keeper tu pun saya tak ingat. Tapi budak India. Saya bagitau dia nak ambik tapak kaki beruang. Dia pun sibuk tanya nak buat apa. Lepas saya terangkan, dia pun kata Ok. Tapi tak boleh la nak dapatkan mak atau bapak beruang. Sebab dia pun tak mesra dengan beruang yang dah dewasa. Yang dia boleh pegang pun anak beruang. Yang ni saya ingat namanya. Honey. Ceehh, boleh ko ingat nama beruang lepas 10 tahun kerja. HAHAHA. Budak India ni kata masa Honey lahir dia yang tukang sambut jugak. Jadi anak beruang tu dah mesra dengan dia. Konon keluar dari perut mak dah nampak budak india ni. terus terpikat. Haha.


Nak pendek cerita lagi, malas nak merepek panjang. Honey tak nak pijak tanah liat tu. Lagi dia main ada la. Dia ingat tahi najis dia. Eerr, buat pengetahuan anda semua. Beruang main dengan najis dia ok. Bukan saya r
eka cerita. Budak India tu yang bagitahu di samping bukti yang sah.


Haa, ada satu insiden yang separuh ngeri. Membuatkan jantung saya luruh sekejap. Nasib tak bergolek je jantung kat tanah. Masa budak india tu nak suruh Honey pijak tanah liat tu, saya tunggu kat luar kandang. Dekat dengan pagar kandang. Dalam kawasan kandang tu gelap. Saya heran apasal ada benda yang berbulu berdiri depan saya. Betul-betul depan saya. Sekali saya perhati betul-betul. Maaakk, bapak beruang tengah berdiri la. Betul-betul depan saya. Nasib tangan dia tak menggagau je. Rupanya ada keeper lain yang tengah bersihkan kandang. Bila dia bersihkan bahagian depan, dia akan alihkan beruang ke bahagian belakang. Hoho
ho. Nasib umur saya masih panjang. Kalau tak dah masuk suratkhabar "Seorang Pekerja Zoo Negara Mati di Terkam Beruang". Waaa.. Tak sempat nak jadi bibik London. HAHAHA.


Pengalaman bekerja kat zoo memang sangat BEST. Saya masuk semua kandang binatang kecuali harimau, singa dan buaya. Yang lain semua saya masuk. Err, termasuk juga kandang tikus yang dipelihara sebagai makanan ular. Ye
eaarrkk..! Meremang bulu roma melihat beratus-ratus tikus putih suci bersih bermain-main di dalam sangkar.


Ehm, banyak lagi kenangan yang best kat sana. Kalau cerita memang tak jadi cerita pasal impian. Ini cerita pasal pengalaman kerja pulak. Hohoho.




Bila tamat sahaja diploma, habis sahaja belajar saya mula memohon sebarang kerja yang boleh mengisi masa saya sementara menunggu majlis konvokesyen. Nak dipendekkan cerita lagi saya bekerja sementara di White Petals Taman Permata. Kedai menjual barang-barang perkahwinan. Sapa yang duduk area Permata dan Melawati serta seantero AU mesti tau kedai ni. Memang femes la. Kerja ni mak yang carikan sebab dia kenal dengan auntie Grace tu.


Tapi yang sedihnya bila saya kerja. Setiap hari saya mesti tertinggal solat maghrib. Zohor dengan Asar saya solat sekali dekat-dekat waktunya. Bila maghrib masa tu la pelanggan ramai.Ralit kerja sampai terlepas solat. Lagi buat saya benggang masa mula-mula masuk kerja auntie bagi saya sejam rehat. Dia kata awak habiskan la lima kali sembahyang awak tu. Memang terperanjat. Tapi nak buat saya lagi terperanjat. Mesti semua budak yang kerja kat situ tak sembahyang. Yelah, semua Melayu. ISLAM. Tapi kalau tengok gaya dorang. Memang sah-sah tak sembahyang. Kalau tak, takkan Grace nak cakap macam tu kat saya. Bukan nak tuduh atau berlagak alim. Dah memang kenyataan sepanjang dua minggu saya bekerja.


Lepas dua minggu kerja saya demam. Memang demam yang bukan sehari dua. Seminggu. Tu pun tak baik-baik. Suami Grace dah benggang. Dia ingat saya nak main-main kerja. Dia bagi pilihan. Antara kerja atau berhenti. Saya kata berhenti la. Buat apa kerja kalau solat saya tinggalkan. Tak berkat duit yang saya dapat. Memang sedih. Sebab saya suka sangat kerja tu. Gubah bunga, hantaran, bunga telur. Bla.. bla.. bla... Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Huhuh.


Lepas tu saya memang dah tak kerja. Duduk rumah tolong mak buat persiapan kenduri kawen akak.




Habis kenduri akak, saya pun konvo. Masa tu la makcik Aya tawarkan kerja kat SRIQ. Masa tu dah bulan tujuh. Jadi kerja mengajar memang takde la. Jadi saya diserapkan untuk menjadi pengganti warden yang akan berkahwin. Waahh, jangan main-main. Warden. Bukan senang nak disiplinkan pelajar. Lagi-lagi dorang dah biasa dengan warden yang baik. Kena sekali dapat warden yang memang GARANG. Hahaha. Panas punggung korang. Eh, dah masuk U dah yang 1st batch. Rindu kat mereka semua.


Nak pendekkan lagi cerita, saya mengajar di Terengganu dua tahun setengah. Semua subjek saya bantai ajar. Hahaha. English, Math, Science, Arabic dengan deeniah. Semua campur. Kadang-kadang pening jugak. Baru lepas ajar English kena ajar bahasa arab pulak. Berbelit lidah nak tukar bahasa.


Selepas Terengganu saya pindah Klang. Pun dua tahun saya mengajar. Masuk tahun ketiga, bulan Febuari saya dapat tawaran jadi bibik di London. Masa tu memang seronok gila. Sapa nak lepaskan peluang datang London. Dah la memang berangan nak naik kapal terbang. Sekali dapat naik pergi jauh pulak tu. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.



Ok, itulah serba sedikit tentang cerita saya dulu-dulu. Sekarang dah ada di London. Kerja sebagai bibik. Hehehe. Alhamdulillah, syukur saya mendapat majikan yang baik. Err, dulu pun masa mengajar majikan saya baik juga. Kalau tak, takkan setiap hari Jumaat saya boleh balik pukul 12.35 sedangkan sekolah habis pukul 4 petang. Tak ke baik namanya tu. Terima kasih Cikgu Halim. Aik, nama Cikgu Halim pun ada ka. Hahaha.



Sekarang sambil saya bekerja di London ada satu lagi kerja yang saya buat secara sambilan. Memandangkan akhi Fauzi suka pergi car boot sale. Jadi dulu masa mula-mula saya pergi, beli buku dan mainan untuk koleksi sendiri sahaja. Bila ada seorang kawan berminat nak buat bisness dengan koleksi yang saya ada. Terus saya melipatkaligandakan usaha membeli barang. Tapi, dah bukan rezeki dia. Saya terpaksa melupakan dia untuk urusniaga bersama. Bisness tetap berjalan. Alhamdulillah, saya buat dengan kakak senior di MATRI. Insyaallah, lepas ni ada rezeki saya akan mencari lagi sesiapa yang berminat untuk berniaga dengan saya.



Lepas ni, balik Malaysia apa kerja yang saya nak buat. Ehm, ni yang tengah saya fikir dan rancangkan.


Dulu saya sangat berangan-angan. Tengok tu. SANGAT ok. Memang tak salah la. Kaki berangan betul. Hehehe. Saya nak ada sebuah tadika. Sesiapa pun cakap atau tanya. Saya selalu cerita yang saya nak buka tadika. Suka sangat dengan budak-budak punya pasal. Lepas diploma saya ada bercadang nak ambil kursus pendidikan kanak-kanak. Dah survey merata-rata tempat. Tapi sampai sekarang tak ambil-ambil lagi. Err, ni dah sampai London, nampak gayanya tertangguh lagi nak belajar. Huhuhu.



Bila dah kerjanya berangan. Memang tak sah kalau sikit sangat angan-angannya. Haha. Sambil duduk dalam bilik, kemas buku-buku yang banyak sangat ni, terkeluar idea yang sangat best kalau menjadi. Idea ni terkeluar pun sebab novel saya kat Malaysia dah banyak sangat. Mahunya kalau dibeli secara berterusan memang akan menjadi sangat banyak. Ni saya takde kat Malaysia pun boleh lagi suruh mak tolong belikan. HeHe. Terima kasih mak. Eceh, tengok. Nak mengampu mak lagi. HaHa.


Ok. Saya nak buka kedai buku. Atau secara bestnya nak buka kedai sewa novel. Kedai ni maybe mula-mula buka secara kecil-kecilan dulu. Buat secara online. Jual kat rumah. Err, tak berani nak buka kedai lagi. Huhu. Bila dah stabil dan yakin baru kita melangkah lebih jauh. Moga-moga Allah permudahkan rezeki hambanya. Insyaallah.



Nak mempelbagaikan lagi kemahiran yang saya ada. Saya nak buka Pusat Membaca Kanak-Kanak. Semua bahasa saya nak buat. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Saya berhajat sangat nak buat di KAMPUNG. Apasal kat kampung. Ada apa-apa yang kami ( lebih kepada kawan-kawan yang membaca entry ini ) tak tahu ke? HeHeHe. Saya nampak aktiviti ini lebih menyeronokkan sekiranya dibuat kepada kanak-kanak yang sangat berhajat kepada ilmu dan kemahiran yang saya ada. Seperti yang semua sedia maklum. Kanak-kanak di bandar sudah terdedah dan tersedia dengan pelbagai kemudahan berbanding dengan di kampung. Kalau dapat seorang kanak-kanak pun itu dah cukup memberi kepuasan kepada saya apabila dapat mengajar dia membaca dengan baik.


Lagi kuat angan-angan saya kan. Saya nak tempat tu di tengah-tengah sawah. Konon macam pondok la kan. Pondok yang boleh di buka tutup dindingnya. Waah, Ya Allah. Tingginya angan-angan. Ada sesiapa arkitek yang membaca entry ini nak design dengan percuma pondok saya. Moga Allah melimpahkan rezeki yang murah kepada anda. Ameen. Sambung lagi angan-angan. Kalau takde dinding, habis la buku-buku saya lesap. HuHuHu. Takkan saya nak buka dan jaga pusat tu 24 jam kot kan. So saya nak dinding tu boleh dibuka tutup. Err. Ada ke? Hai, takkan dunia serba canggih ni takde kan. Mesti ada.


Ehm, dah la. Saya tak nak angan banyak sangat. Eceh, ye la tu. Cukup lah kalau ada yang berminat nak belajar dengan saya. Erk, saya garang. Ada ke yang nak jadi anak murid saya. Keh Keh Keh.


Ada satu lagi angan-angan. Tak habis lagi. Huhu. Kan best kalau kat Malaysia ada rancangan Extreme Makeover- School Edition. Eceh, pandai je. Kat US Home Edition. Saya kalau tengok rancangan ni kadang-kadang sampai boleh menangis. Huhu. Ratu airmata ke? Seronok tengok rumah dorang sebelum dan selepas di makeover. Ya Allah, sangat cantik.


Sambung balik cerita. Huhu.


Tapi konon nak sesuaikan dengan angan-angan saya. Mesti la School Edition. Saya akan buat permohonan supaya Ty dengan geng-geng dia akan bina pondok yang saya impikan. Kalau dah masuk Extreme Makeover mesti la gempak pondok saya. Hebat semestinya. Ya Allah, apasal tinggi sangat angan-angan ni. Eh, bukankah murni impian saya ni. Nak melihat anak melayu kita yang ketinggalan dalam membudayakan membaca ni boleh sama-sama setanding dengan masyarakat Jepun dan Eropah. Saya yang sedang melalui kehidupan di sini sangat malu dengan diri sendiri. Melihat masyarakat di sini yang sentiasa membaca walau di mana sahaja. Err, tapi saya tumpang bangga. Anak-anak saya di mana pun dia membaca. Nak balik rumah sambil berjalan pun boleh membaca.



Ya, impian saya sangat tinggi. Mahu melihat anak kecil dibiasakan dengan buku dan terus membudayakannya dalam kehidupan seharian. BOLEH sekiranya kita MAHU.


Ehm, dah panjang entry saya ni. Tahniah kepada ANDA yang sanggup menghabiskan membaca impian saya ini. Doakan semoga impian saya tercapai. INSYAALLAH.


Saya Sayang Kamu. Tak Pernah LUPA. Err ada orang perasan saya tak tulis dalam entry sebelum ni. Hehe.


Entry ini bukan ditulis dalam masa sehari. Dan bertangguh. Baru hari ni dapat habis menulis. Hehehe.


Wassalam.

1 comment:

-MsZaRa- said...

waaaa...bestnya baca impian irma..hehehe...mcm baca buku cerita..:D