Hari ni dah masuk hari ke lapan saya berulang alik ke sekolah mengambil anak-anak pulang dari sekolah. Ehm, kak ct ada kerja di mahkamah. Kena jadi juri. Tak tahu bila habis. HuHu. Mesti korang hairan kan. Apasal doktor kena jadi juri pulak. Ehm, nak buat macamana. Dah orang pilih. Sapa orang tu. Kerajaan Britain la kot. Err, ye ke. Hantam saja lah labu. Kalau tak pergi boleh masuk penjara tau. Huhuhu.
Saya tak nak cerita pasal juri atau penat naik bas turun bas. Yang tu dah memang kerja saya. Jadi kena la buat.
Ini adalah entry menikmati keindahan alam yang dianugerahkan ILAHI. Ya, alhamdulillah. Saya di beri kesempatan untuk menikmatinya. Tapi.. apasal tajuk marjerin daisy. Hahaha. SAJA je. Tajuk tak boleh blah namanya.
Sekarang kan musim bunga. Err, tak tahu lagi kah. Takpa, saya tak kisah ulang tulis banyak kali pun. Hehe. Jadi mana-mana ada aje bunga penyeri jalan. Salah satunya bunga daisy ni. Merata tumbuh meliar di atas tanah.
Inilah bunga daisy. Betulkan kawan-kawan. Rasanya betul dah. Sebab saya dah google gambar daisy. Sebijik macam ni. Kalau silap jugak tolong betulkan saya. Ini adalah lokasi pengambaran saya pada hari ini. Ewaah, macam nak berlakon pulak. Eh, memang. Pelakonnya ialah bunga daisy yang tak bergerak melainkan di tiup angin atau dilibas oleh mesin rumput. Oh, kesian-kesian. Hukhuk. Pengarahnya adalah saya lah. Saya pengarah merangkap jurukamera. Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Dah banyak kali saya ambil gambar bunga daisy ni. Sebelum ni dekat St James's dan Hyde Park. Kali ni ni kat tepi jalan saja. Arah pulang dari sekolah menuju ke perhentian bas. Saya singgah sekejap di tepi jalan. Dah tak peduli orang lalu lalang atau kereta yang berhenti di lampu isyarat. Bukannya mereka nampak saya. Sebab saya membelakangkan mereka. Mereka nampak belakang saya sajalah. Hohoho. Tak peduli dah.
Nasib saya tak duduk bersila masa ambil gambar ni. Kalau duduk dah banyak angel saya ambil. Kesian kat anak dua orang tu. Dah la baru balik dari sekolah. Nak melayan kerenah saya pula. Jadi ada dua puluh angel saja yang sempat saya ambil. Sikit je bagi saya. Keh Keh Keh. Hai. Ini lah yang buat saya lebih bersemangat untuk berangan-angan membeli DSLR. Canon Eos 450D. Ya ALLAH moga kau murahkan rezeki hambamu ini. Ameen. Mari sama-sama ameenkan doa saya. Hehehe.
Ada lagi bunga daisy yang lebih besar tumbuh meliar di tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan ke sekolah. Kalau nak ambil juga kena pergi awal sekolah esok. Hehe. Tak pun, tak payah balik rumah lepas hantar Maryam ke nursery. Ambil gambar bunga daisy dulu. Kemudian patah balik ke sekolah ambil mereka semula dan balik rumah. Hehe. Bijak. Bijak. Erk, angkat bakul sendiri ya. Kah Kah Kah.
Alahai, comelnya dia. Ecehh, puji lagi anak sendiri. Hahaha. Tengok apa yang dipegang tu. Saya tak suruh ye. Dia yang petik sendiri. Lepas sekali snap gambar ni terus dia tak nak bergambar. Sebab Fatimah dan saya suruh dia relax. Badan dia nampak sangat tegang. Tak chantek bila saya nak ambil gambar. Tak nampak semulajadi. Huhu. Punyalah sentap sampai suruh saya delete gambar dia. Hohoho. Mana boleh. Saya pun terpaksa tipu sunat buat-buat kononnya detele gambar. Nah, kan dah kena tayang gambar ni. Hehehe. Tapi sekejap je. Tak sampai dua minit pun. Tak lama lepas tu ok balik. Buat la sentap lama-lama. Saya tinggal kang dekat perhentian bas. Err, berani ke? Hehehe.
Balik dari sekolah singgah sekejap TESCO. Ehm, itu sahaja kedai yang paling dekat dengan rumah. Saya tahu ada yang akan cakap. Irma pergi kedai Israel. Terpulang pada anda. Saya pun tak nak huraikan panjang-panjang di sini.
Cumanya saya nak cakap, tengok apa yang anak saya sedang lakukan. Membaca majalah dengan slumbernya. Mula-mula Maryam siap duduk bersila atas lantai. Tak sempat nak snap gambar. Kalau di Malaysia habis dibalutnya buku dan majalah. Nak baca kena beli. Memang tak semua kedai macam tu. Kebanyakan ya kan. Maaf kalau info saya salah. Mana lah tahukan dah setahun lebih di sini, kedai buku di Malaysia dah terbuka minda. Memberi peluang kepada pelanggan membaca tanpa membeli. Sila betulkan kenyataan saya sekiranya salah.
Kemudian, nampak tak pekerja di sebelahnya itu. Dia sedang susun majalah dan suratkhabar baru di rak buku. Mana ada dia marah anak-anak saya membaca. Tak kisah pun. Cuma dia minta laluan saja bila anak-anak saya menghalang kerja dia mahu menyusun majalah.
Ehm, itulah yang saya nak cuba sampaikan. Betapa berbezanya kedai buku di Malaysia dan di sini. Itu dari satu sudut. Dari sudut yang lain, ibu bapa memberi peranan yang besar dalam memupuk minat anak-anak membaca. Kalau dah ibu bapa langsung tak berminat mahu membaca, bagaimana anak-anak mahu mengikut. Bukankah ibu bapa contoh yang paling dekat dengan anak-anak.
Oh, ada pula yang memberi alasan harga buku mahal. Ehm, itu tak dinafikan kalau di Malaysia. Tetapi kalau kita boleh menghabiskan duit untuk perkara yang kurang berfaedah. Err, anda fikirkan lah sendiri ya. Kenapa tidak berkorban sedikit duit ke arah sesuatu yang mendatangkan manfaat. Ehm, mari kita fikirkan sama-sama ya.
Ok la. Entry pendek saja malam ni. Malas mahu fikir nak tulis apa-apa. Bagi peluang anda pembaca saya yang sudi meluangkan masa membaca tulisan-tulisan saya berehat. Berehat dari membaca entry yang panjang. Hehe.
Pendek ke entry ni. Sama je. Hahaha.
Err, sebenarnya dah mengantuk. Mahu tidur saja. Esok kalau saya bangun awal. Saya buat entry baru lagi. KALAU YA. HAHAHA.
SAYA SAYANG KAMU.
Wassalam.

Tadaaa..

1 comment:
ada blog hupenya.
Post a Comment