Assalamualaikum wbt
Salam sayang buat semua yang mengingati diri ini yang jauh di London. Amboi, ayat syahdu tangkap jiwang nampak. Apasal? rindu eh. Rindu. Rindu. Rindu. Tapi macam biasa. Ayat sambungan dia. TAK NAK BALIK. La La La. Saja je buat ayat sewel sikit.
Yelah, baru lepas menggosok 30 pasang baju dalam masa sehari. Eerrk, jangan la menipu sangat. Ikut suka la. Tak percaya sudah. Tapi memang betul. Dah dua minggu tak pegang sterika. Penyakit malas memang tahap maksima. Sampai tak boleh pandang langsung. Punya lah malas. Tu pasal bila dah jatuh cinta yang sangat membara dengan sterika, saya pegang sampai tak nak lepas. Dari malam semalam sampai malam ni kerjanya menggosok saja. Tu baru habis baju kak ct dengan kemeja tangan pendek akhi fauzi. Belum lagi kemeja tangan panjang dengan baju sekolah anak-anak. Weeii, cepat. cepat. Banyak kerja lagi tak selesai. Buku-buku yang dibeli tak habis lagi ambil gambar.
Bangkit sayang. Bangkit. Eerrrkk, apasal tetiba sayang ni. Melalut betul. Dah teruskan cerita. Tak payah menyimpang jauh sangat. Ngeh ngeh ngeh.
Eh.. tapi mengantuk la. Nak tido dulu buleh..? Hahaha.
Ok. Ok. Nak cerita. Semenjak saya bekerja di sini, saya perasan ada satu penyakit yang mula menimpa diri saya. PENYAKIT WAS-WAS. Apa yang saya was-waskan. Haaaaa, ni nak cerita. Eehhm.. bersedia kapal mahu belayar. Tak tahu bila nak sampai ke destinasi. Teruskan pembacaan anda tanpa jemu ok. Muahahahaa.
Satu - Bila saya nak keluar rumah, saya was-was pintu dah katup rapat ke tidak. Ni dah jalan sampai sepuluh langkah. Boleh saya patah balik lari terkedek-kedek nak pastikan balik pintu dah rapat atau tak. Kadang-kadang suruh Maryam check pintu dah rapat atau tak.
Dua - Bila lepas guna barang letrik, saya was-was dah tutup suis ke belum. Kalau sterika baju, saya nak berhenti buat kerja lain. Dah tutup ni suis, baru tiga langkah menapak patah balik periksa suis sterika. Aaarrghh, baru lega. Kalau suis ketel pulak dah tutup lepas masak air. Tapi bila nak keluar hantar Maryam ke nursery, berlari tak cukup kaki naik atas, nak periksa sama ada betul ke dah ditutup. Bila tengok dah tutup. Ok lega.
Tiga - Kalau pergi car boot sale. Saya akan pegang satu kunci kereta sebab senang nak letak barang kalau troley dah penuh. Bila time nak kunci kereta, saya akan pastikan betul-betul pintu dah berkunci lepas tekan punat LOCK. Kadang tu dua tiga kali saya periksa takut tak rapat. Sedangkan kalau pintu tak rapat alarm akan berbunyi kan. Huhu.
Empat - Lepas keluar tandas, saya mesti akan pastikan dua tiga kali paip air yang saya buka dah di tutup rapat. Supaya tiada air yang menitik walaupun sedikit. Huhuhuu
Cukup la contoh tu. Tak larat nak fikir lagi. Sebenarnya serba serbi kerja saya kalau melibatkan alat eletrik dan keselamatan dalam rumah ni memang saya akan bertambah-tambah menjadi was-wasnya.
MUNGKIN. Eh bukan mungkin. Kenyataan. Ni kan rumah majikan saya. Jadi saya rasa sangat BERTANGGUNGJAWAB dengan keselamatan rumah semasa saya bekerja. Masalahnya penyakit was-was ni kalau tak diubati akan melarat sampai bila-bila. Susah bila saya nak tinggalkan rumah. Dalam kepala ni terbayang kalau ada alat letrik yang saya terlepas pandang. Lagi bertambah buruk imaginasi saya. Rumah terbakar panggil bomba. Bomba datang berlumba-lumba. Ya ALLAH, Minta Allah pelihara rumah kami. Saya ni memang suka berangan. Tu yang termasuk imaginasi-imaginasi yang sangat pelik. Huahuahua.
Sebagai langkah berjaga-jaga setiap kali menggunakan barang letrik saya akan periksa tiga kali sebelum buat kerja lain. Kalau pintu rumah sebelum keluar saya akan tolak tiga kali juga untuk pastikan ianya betul-betul rapat.
Selain tu saya tawakkal pada Allah semoga saya sentiasa dalam peliharaannya dari sebarang kesulitan semasa saya menjaga anak-anak kak ct. Doa dipanjatkan semoga setiap langkah kami dilindungi. Lebih-lebih lagi dengan wabak Swine Flu. Nauzubillah min zalik.
Eeerr, tadi masa balik sekolah, Syakirah yang buka pintu rumah. Saya tak sedar langsung yang kunci Syakirah tinggalkan di pintu sebab kalut dengan Maryam yang merengek nakkan gula-gula. Tapi sampai sudah saya tak bagi. Huahuahua. Gila kau, ronggak anak doktor ni kang. Sapa yang salah. SAYA JUGAK. Biar dia menangis melolong. Asal tak salahkan saya kemudian hari. Hahaha. Sambung cerita. Sehinggalah kak ct balik dari kerja. Dia yang beritahu kunci tertinggal di pintu. Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Bayangkan kalau pencuri masuk....
Tapikan. Haaa, ada satu benda saya tak was-was. Bila memasak. Saya tak pernah was-was dah masukkan garam atau belum. Dah masuk gula ke belum. Was-was dengan masakan saya. Konfiden je bila masak. Main campak-campak je. Kalua tak bubuh pun tak palah. Selawat banyak-banyak. Biar sedap. Hehehe. Tu pasal kalau sepuluh kali buat ayam BBQ pun resepi saya tak pernah sama. Hari ni saya buat cara A. Minggu depan cara B. Nanti cara C. Tak pernah yang sama resepi. Lagi satu saya kalau bab merasa memang payah. Kadang tu main agak je garam. Kalau mood baik saya rasa. Kalau tak, memang lantak lah. Masin ke. Kurang ke. Hahaha.
Saya tahu, itu semua mainan syaitan saja. Suka mewas-waskan manusia. Apapun, saya dah berusaha, berdoa dan tawakkal. Sekiranya apa pun yang berlaku saya akan anggap itu ujian dan ketentuan dari Allah. Alhamdulillah, setakat ni semua berjalan dengan baik. Hoooyeeeeaaaa...!
Eehhmm, sudah mengantuk. Nak solat Isya' dan subuh. Pastu zzzz.
Wassalam.
Saya Sayang Kamu. Kamu dan Kamu. Wink. Wink.
2 comments:
Hehe teringat waktu nak pi manchester lebih dari seminggu dulu...brape kali ntah kak irma tolak pintu..nak bg confirm btul2 dah kunci..
Erm dulu wktu kecik2 ada tengok satu dokumentari pasal benda ni..ada nama spesifik penyakit ni..apa fobia ntah.x ingat la..
k irma gunalah khidmat mr google ye kalau rajin nk cari..akak kan suka mengoogle ni..hehe..gurau je
husna..
dalam hati Allah je yg tahu macamana perasaan nak tinggalkan rumah lama2..
alhamdulillah, semua berjalan dengan baik ;)
Post a Comment