Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt



Sudah dua tahun saya meninggalkan alam perguruan. Suasana sekolah dan anak-anak murid yang sangat dirindui. Masih ingatkah lagi kalian pada diri ini. Moga terselit doa yang kalian titipkan buat kami guru-gurumu seusai sahaja kamu menunaikan solat.


Tidak ada apa yang dipinta melainkan kamu membesar menjadi manusia yang berguna. Menjadi insan yang dapat menjadi contoh buat seluruh penghuni alam ini. Betapa besar harapan seorang guru. Bukan wang ringgit atau kata-kata pujian yang dipinta. Cukuplah seandainya ilmu dan nasihat yang diberi dapat menjadikan kamu manusia yang mengenal erti kehidupan di dunia dalam mengejar kesenangan di akhirat kelak.


" Apabila manusia mati, terputuslah daripadanya segala amalannya, kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ILMU YANG BERMANFAAT dan doa anak yang soleh "



If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart,

FORGIVE THEM...
because they have helped you learn about trust and the importance of being cautious when you open your heart..!


Marah kami bukan berarti benci. Tetapi marah itu
mahu menjadikan kamu manusia yang berguna. Seandainya marah itu ditafsirkan sebagai benci. Alangkah ruginya kamu. Kerana seorang guru tidak akan begitu mudah untuk memarahi kamu melainkan marah itu sebagai wadah untuk menyedarkan kamu. Jangan dilihat pada marahnya, tetapi lihatlah disebalik kemarahan itu ada terselit rasa sayang, pengorbanan, prihatin dan inginkan kalian berjaya dengan cemerlang.


Tidak perlulah menyogokkan kami dengan hadiah di hari guru seandainya keesokkan harinya kamu menjadi pelajar yang sukar mendengar kata. Cukuplah seandainya nasihat kami kamu jadikan bekalan untuk meniti hari-hari yang mendatang.


Wahai jiwa yang bergelar pelajar, seandainya hari ini kamu masih lagi mampu menatap wajah gurumu. Tataplah dia dengan penuh rasa kasih. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari nanti .Peluklah mereka dan ucapkanlah sayang kerana mungkin pelukan itu adalah yag terakhir dari kamu. Bisikkanlah ucapan terima kasih sebagai tanda kamu menghargai setiap ilmu yang dicurahkan. Jangan esok seandainya dia pergi hanya sesalan yang mengiringi jiwa kamu yang sedih.


Hari ini kalian menyambut hari guru sebagai tanda penghargaan buat mereka. Janganlah kalian lupa. Guru itu bukannya perlu dihargai hanya pada hari ini. Pada hari yang mereka dilimpahkan dengan hadiah tetapi keesokkannya kamu lupa. Lupa pada penghargaan semalam dan menghadiahkan pula kesedihan pada hari ini.


Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai jasa guru kerana sebagus mana anda pada hari ini. Ianya bermula dengan pengorbanan seorang guru mendidik kamu mengenal ABC.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang Ulama' yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Pensyarah petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi DEWASA
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA...


Sekolah hidup, dunia menuju Akhirat.


Saya rindu guru-guru yang per
nah mendidik hati kecil ini
Saya sayang ustaz-ustaz yang pernah memarahi jiwa lemah ini

Saya kasih ustazah-ustazah yang tak jemu menasihati diri ini

Saya cinta ilmu-ilmu yang dis
ampaikan mereka.

Dengan ilmu dan nasihat yang disampaikan dengan penuh kasih sayang menjadikan saya manusia yang berjaya pada hari ini.


"Rabbana la tuzi' qulubana ba'da izhadaitana wahablana min ladunka rahmah innaka antal wahhab"

Ya Allah janganlah kau gelincirkan hati kami setelah kau beri HIDAYAH kepada kami, dan berikanlah kepada kami daripada sisimu rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang memberi segalanya.

Ya Allah semoga kau pelihara lilin-lilinku ini dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi kelak. Ameen.





Sedikit ilmu yang ingin dikongsi bersama sang murabbi...


Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan". Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :



1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.


2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.


3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.


4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.


5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.





Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).





Why God Made Teachers


By Kevin William Huff


When God created teachers,

He gave us special friends

To help us understand His w

orld

And truly comprehend

The beauty and the wonder

Of everything we see,

And become a better person

With each discovery.


When God created teachers,

He gave us special guides

To show us ways in which to g

row

So we can all decide

How to live and how to do

What's right instead of wrong,

To lead us so that we can lead

And learn how to be strong.


Why God created teachers,

In His wisdom and His grace,

Was to help us learn to make our world

A better, wiser place.





Ummi Halimaton

Semoga tenang dikau di sana. Hanya doa tulus mengiringi pemergianmu menemui Ilahi. Semoga rohmu dicucuri rahmat.



Al-Fatihah.


Wassalam.

4 comments:

Suria Azhar said...

dekbab..umi takdak dah..sedihnya...

isya said...

smga rohmu d cucuri rahmat...

umaq_eiman said...

jgn sedih sedih. Ummi bahagia di sana Insya ALlah.

syaheed said...

salam, k.irma....salam ziarah...