Wednesday, September 16, 2009

4 Hari 3 Malam di Uxbridge, London.


Alhamdulillah tertunai sudah hajat di hati mahu menziarahi sepupu yang mengikut suaminya menyambung pengajian di Brunnel University. Sudah lama keinginan ini tertangguh sehingga bila dihitung kembal
i sudah hampir setahun dia menetap di sana. Nak kata sibuk tu takdelah sangat cumanya saya ni suka ambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguhkan hajat walaupun disoal oleh mak berulang kali. Soalan yang sering diajukan macam ni rupanya.

'Ma dah jumpa kak linda belum?'

'Ma ada telefon kak linda tak?'

'Kak linda apa khabar?'

'Jauh sangat ke rumah kak linda dengan rumah kak ct?'

Inilah soalan yang kerap ditanya mak bila saya menghubungi dia. Nak kata rimas tu takde la. Cumanya bila kerap kali diasak dengan pertanyaan bermakna selagi saya tidak pergi selagi tulah soalan tu akan ditanya.

Maka setelah dipertimbangkan segalanya maka dengan keizinan kak ct saya pun bertolak ke Uxbridge pada petang Jumaat jam 5.30 petang selepas memasak kuah mee kari. KUAH je tau. Yang lain kak ct buat. HaHa. Terima kasih kak ct. heheh. Ayat bodek. Bluweekk..!!

Dengan berbekalkan tawakal kepada Allah saya pun memulakan perjalanan dengan senang hati. Dalam kepala dah plan nak naik DLR kat Woolwich Arsenal tukar naik tube Jubilee Line kat Canning Town menghala ke Stanmore dan berhenti di Wembley Park untuk tukar ke Metropolitan Line menghala ke Uxbridge. Pheww.. kalau tak biasa memang boleh tersilap macam saya. Konon-konon dah terer la sangat kan. Ada ke masa kat Canning Town tu ambil Jubilee line menghala ke Stradford. Sepatutnya menghala ke Stanmore. Haha. Dah duduk dalam tube baru perasan. Cepat-cepat keluar kat West Ham nak ambil tube menghala ke Stanmore. Hehe.

Dah naik tube yang betul konon-konon dah legalah kan. Tunggu masa nak sampai je. Semakin lama hari makin gelap baru saya perasan kredit hp saya dah elek. Sedangkan kedai kat sini seawal jam enam dah tutup. Matilah saya macam ni. Dalam kepala dah terfikir nak patah balik kalau tak dapat nak hubungi kak linda. Sebelum berpatah balik saya dengan slumbernya pinjam hp seorang wanita Afrika nak sms kak linda. Alhamdulillah dengan muka sedih ni dapat juga sms kak linda. Memang muka tak malu betul. ekekeee.

Dah sampai Uxbridge kedai memang dah tutup semuanya. Cuak betul saya bila fikirkan macamana nak hubungi kak linda. Sms saya tak dibalasnya. Dengan keadaan sekeliling yang sibuk dengan muda mudi berkeliaran dan bakal mabuk di tengah malam membuatkan jantung saya berdangdut perlahan. Kaki melangkah dan otak ligat mencari jalan camana nak hubungi kak linda. Dalam duduk mata melilau nampak la kelibat telefon awam terpacak tegak berdiri menanti pengguna yang bertuah. Aduhai, nasib dalam kocek dompet ada duit syiling. Sekali masuk 40 pence sama dengan RM 2.24. MAHAL betul. Kalau kat Malaysia 20 sen dah cukup. Err. Ye ke. HAHA. Terus dail no hp kak linda tapi yang sadisnya tak berjawab. Dalam hati dah bertambah cuak dan jantung mula berdangdut rancak. Orang makin berkurangan di stesen. Tinggal saya dengan penjaga kaunter saja.

Dalam duduk ulang dail no hp kak linda sempat lagi dail no husna nak minta dia top upkan kredit. Dia pun dalam duduk bersiap nak ke masjid sempat lagi bantu saya. Jazakillah Husna. Bila Husna dah hantar no top up satu masalah lagi timbul. Saya TAK BAWA PEN nak salin no top up. Ya Allah. Selalu dalam beg sandang saya ni memang ada pen saya tinggalkan. Nak jadi cerita saya keluarkan sebelum ni bila nak guna. Adus. Memang ujian betul malam tu. Sampai saya terfikir nak salin nombor guna concealer yang ada dalam beg. HAHA. Gila punya kerja.

Sebelum saya buat kerja gila tu sekali lagi cuba mendail no hp kak linda menggunakan telefon awam. Alhamdulillah kak linda angkat. Tak lama kemudian cik din pun datang membawa saya berjalan kaki ke rumah mereka. Syukur dalam berjogging. hihii.

Empat hari tiga malam di Uxbridge memberi pengalaman baru kepada saya melihat lagak dan keletah anak-anak sepupu saya yang terdiri daripada tiga LELAKI dan seorang perempuan. Memang tak menang tangan dan mulut saya melayan seorang demi seorang tetapi yang perempuan tu dah hari terakhir baru nak mesra. Yang tak tahan tu kan dari hari pertama saya sampai ketiga-tiga anak lelaki mahu tidur dengan saya. Awal-awal dah naik atas katil tapi bila memikirkan mereka lelaki jadi saya tak mahu biasakan diri tidur dengan mereka. Puas la mama dia pujuk suruh naik tidur kat atas. Lama kelamaan mereka beransur naik ke atas.

Nak jadi cerita tengah malam sedang saya lena tidur tiba-tiba saya ternampak bayang hitam cuba naik ke katil. Isk.. saya ni dah kecut perut duk fikir HANTU. Tapi apasal hantu ni kecil ja. Dalam duk takut tengok jugak kot-kot orang. Lama tu saya dengar suara. ' Hakim nak tidur dengan kakak.' Ya Allah, anak sulung kak linda rupanya datang tengah malam nak juga tidur dengan saya. Malam kedua pun begitu juga. Tak dapat tidur awal malam boleh dia turun tengah malam datang landing sebelah saya. Nak marah pun kesian. Biar je la.

Ingatkan habis la setakat tu. Rupanya tidak. Malam terakhir tu si adiknya pula Hazim datang mengadu tak boleh tidur. Sakit kepala. Saya kata naik la atas tidur dengan abang dengan adik. Nanti kalau Hakim tahu Hazim takde mesti dia nak tidur bawah juga. Puas la memujuk nak suruh naik. Nak tak nak dengan hati yang berat Hazim naik juga tidur di atas. Selamat katilku. HAHAHAAA.

Banyak lagi cerita best sepanjang bermalam di sana. Tak semua boleh dicerita. Bukan rahsia tetapi malas nak menaip. akakaa. Tengok gambar je la.

Berjalan di pekan Uxbridge.

Ikan Cencaru Sumbat Belakang. Bukan sedap dah. Up sikit lagi. Mabeles..!!

1st time buat lasagna.

Sempat lagi buat cookies.

Dah malam terakhir baru la si kecik ni mesra pelanggan. Kalau tak duk cebek je muka. Takut. Haha.

Air yang TENANG jangan disangka BOLEH mandi. SEJUK ooo...!!!

Yang penting HALAL. Dah setahun lebih duduk sini dapat la merasa KFC HALAL.

Ni kes rancak sangat bersembang sampai tak sedar kuih dah hangus. ahaha. Rupa memang TAKDE. Rasa kalah Millies Cookies. Ceewaahh.. PERAH SANTAN cair nampak..!! haha.

Ok. Dah habis cerita. Jom balik.

4 comments:

Mrs. Ishamizu said...

cantik sungai tu..sguh tng. lme lg irma kt london?:)

Fazlinil Irma said...

kak izu..tenang dan bersih..nampak dasarnya..

insyaallah xde aral hujung tahun depan sy balik terus :)

nurulezzah said...

kak ema! btul ke kfc tu halal?

Fazlinil Irma said...

betul..ini caw kat hounslow...