Wednesday, September 30, 2009

Autumn Dah Kembali...

...Awal musim luruh 09...

...Pertengahan musim luruh 2008...

...Greenwich Park Autumn 2008...



Nampak gaya saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada musim panas kerana musim luruh sudah menampakkan diri untuk tahun ini. Pagi tadi semasa membawa Fatih jalan-jalan sambil memberi itik dan angsa makan banyak sudah daun-daun gugur memenuhi bumi.

Cuaca pun dah semakin sejuk. Tadi matahari memancar panas tetapi angin sejuk yang menyapa kami. Ni baru awal musim luruh. Akhir nanti mesti lagi sejuk sebab lepas tu dah masuk winter. Oh. Nampak gaya kena la keluarkan balik coat tebal. Huhu.

Ok. Nak sambung baca novel lagi. Dah masuk hari keempat baru sampai mukasurat 128. Lambat dan lembab. HaHaHa. Kadang tu dah habis baca satu mukasurat tapi tak paham langsung apa cerita. Kena ulang balik. Masa membaca pun boleh berkhayal.

Mungkin sebab novel sendiri jugak. Tu yang tak kisah baca lambat-lambat pun. Tak payah terkejar-kejar nak pulangkan pada tuan empunya. HiHi.

Wassalam.

4 comments:

mrswongjowo said...

Salam..
Akak paling suka autummmm..love it! nanti ambik gambar banyak2 and post kat blog k....Selamat Hari Raya....

@ju said...

Salam perkenalan.
Saya sangat suka musim autumn....tapi setakat ni cuma mampu menatapnya digambar-gambar sahaja..belum ada rezeki untuk mengalaminya sendiri...

Fazlinil Irma said...

akak..nanti sy g park..sy ambil gambar byk2 lg :)

@ju...salam kenal2 jugak..
sy doakan nanti satu hari awk pun dimurahkan rezeki utk sampai ke sini :)

Liz said...

shantek nyeee daun2 tu luruh2..kaler kuning..cantek sgtttt