Monday, September 28, 2009

Hadiah Hari Raya


Esok dah start sekolah semula di Malaysia. Ramai kawan-kawan yang bergelar cikgu masih belum puas berhari raya. Pelajar Malaysia yang belajar di sini pun dah mula kembali dan sibuk berpindah rumah. Nanti boleh la lepak rumah korang kan. Ecece. Bila entah nak p sana. :)

Kalau budak-budak seronok dapat duit raya saya pula seronok dapat novel raya. HiHi. Seronok tak tau nak cakap la. Tak sabar bila tahu Ezzah dan Wani boleh bawa novel yang mak kirimkan. Bila cakap balik dengan mak dia pun risau fikirkan jumlah novel yang saya kirimkan semuanya tebal lebih dari seinci. Mak kesian kalau beratkan beg mereka dengan novel-novel saya saja. Heheh.

Punyalah tak sabar sampaikan bila tahu Ezzah dan Wani dah sampai London siap boleh pesan kat Husna minta bawakan semua novel bila nak datang rumah nanti. Bila Husna sampai je soalan yang ditanya bukannya sihat atau tak. Boleh saya tanya pasal novel. 'Ada ke tak? HaHa. Tengok Husna pun senyum ja maknanya ada la tu. Hoooreeyyyy... seronok. seronok.

Seronok punya pasal sampaikan nak makan berbuka puasa pun dah tak heran. Dok fikir novel kat bawah. HaHaHa. Habis pecah rahsia. Kalau ikutkan hati nak je turun tengok novel dulu. Tahan diri ni dari turun. Teman dulu Husna makan dan saya pun berbuka puasa dahulu.

Habis je selesai semuanya terus turun tengok novel. Waarrgghh. Memang dasaat lorr. Dengan tebal dan beratnya sampai timbul rasa kesian kat Husna mengenangkan dia membawa novel-novel tu dari rumah sewanya. TERIMA KASIH HUSNA. Tak lupa juga yang menerbangkan novel-novel saya dari Malaysia singgah di Dubai tiba di Heathrow dan melepak sekejap di Holloway sebelum tiba kepada tuan empunyanya. EZZAH dan WANI. Terima kasih daun keladi tahun depan boleh kirim lagi. akakakaa. Eh taun depan mahu balik la kan. Yea. Yea. Rasa-rasa macam tak payah tapi macam nak. Isshh.. macam-macam la kamu ni bibik. Lama lagi tu. Habiskan mana yang ada dulu. Kalau panjang umur boleh difikirkan kemudian.

Bila dah banyak sangat novel sampai tak tahu nak baca yang mana satu. Semuanya best-best belaka. Pegang ni best. Pegang tu pun best. Pegang semua memang la dah sah-sah best. Haha. Lima daripadanya dari penulis Norhayati Berahim tetapi saya lebih suka( baca:pilih) Noor Suraya dengan novelnya Panggil Aku Dahlia bila membaca komen dari kawan-kawan tentang buku ni yang MEMANG BEST. Nak kata bestnya sampaikan semalam tidur pun dah dekat pukul 3 pagi. Punyalah teruja membaca.

Ehhmm.. sepuluh novel ni merupakan bekalan selama tiga bulan sebelum sampai bekalan baru kalau diizinkan Allah hujung tahun nanti. Moga Allah permudahkan la hajat mak saya nak datang ke mari. Insyaallah.

Ok. Nak sambung baca novel balik. Tak boleh baca laju-laju. Nanti cepat habis. HaHa. Dah la susah payah nak dapat stock baru. So kenalah ENJOY...!!

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Dan Batin.

10 comments:

Unknown said...

salam aidilfitri irma.
amboi... banyaknya novel raya dia.
enjoy sakan la menghabiskan kesemuanya.
kakchik sejak 5 tahun lalu dah tak bagi duit raya kat anak-anak sedara tapi bagi novel atau buku2 yang sesuai untuk kanak2 dan remaja.
alhamdulillah, sekarang ni diorang dah tak tanya bila nak dpt duit raya tapi, "ada novel raya tak tahun ni?" hehehe

Fazlinil Irma said...

wsalam...
salam eid mubarak utk kak chik jugak..
banyakkan..suka..suka..dah lama tak baca..hihii

ehmm..bagus jugak idea kak chik bg buku2 utk ganti hadiah raya..
manfaatnya bukan sementara tp selamanya..
boleh jd ikutan utk raya seterusnya :)

Ayu said...

salam irma...

1st time masuk blog irma ni.slalu tu baca je komen irma kat blog k.min @ LG.

ekceli sronok baca kisah irma diperantauan.byk panduan yg boleh dijadikan rujukan.hm...rasa umur irma n ayu tak jauh beza.btw nice knowing u!

Ayu said...

salam irma..

slamat b'kenalan & slamat hari raya! 1st time masuk blog irma ni.slalu tu baca je komen irma kat blog k.min @ LG.

sronok baca kisah irma diperantauan.byk yg boleh dijadikan panduan & rujukan.hm...rasanya umur irma & ayu tak jauh beza.btw nice knowing u!

Ayu said...

salam irma..

slamat b'kenalan & slamat hari raya! 1st time masuk blog irma ni.slalu tu baca je komen irma kat blog k.min @ LG.

sronok baca kisah irma diperantauan.byk yg boleh dijadikan panduan & rujukan.hm...rasanya umur irma & ayu tak jauh beza.btw nice knowing u!

ummu said...

salam Irma
wah buanyakkknyer novelll.

Mrs. Ishamizu said...

Slmt hr ray irma...;)

Wah best btul dpt novel ry dn dpt bc novel byk tu...jeles2 huhu...akk pon minat novel..tp skg dh limit sket nk mbaca...huhu lg.:D

Okla hepi reading!

Fazlinil Irma said...

wsalam ayu..

selamat hari raya..
selamat berkawan-kawan...
terima kasih sbb sudi baca bebelan sy..hihii

nanti sy g terjah blog awk ;)

Fazlinil Irma said...

wsalam kak asma..

ini baru 1/3 dr yg mak beli..kalau bawak semua mahunya ada 30 buah..
sy kumpul sejak tahun lepas..
pastu mak banyak beli masa pesta buku..

kalau ada org dtg sy kirim sikit2..

Fazlinil Irma said...

selamat hari raya kak izu....
memang suka sangat bila kawan bawak..
dah lama tak baca kak..
ni pun baru warming up balik membaca..dah tak boleh baca laju2..
dulu 3 jam dah habis..skrg 3 hari setengah pun x sampai..hihi

thanks..!!