Friday, September 23, 2011

Kek Karamel dengan teknik Kak Azlita Aziz.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Di saat orang lain enak beradu. Saya berkelentung kelentang di dapur nak siapkan tempahan untuk hari esok.

Salah satunya ialah Kek karamel. Kali ni selepas terpegun dengan hasil kek karamel dari Kak Azlita. Dengan gigihnya saya pun menyalin teknik yang Kak Ita kongsikan di blog Masam Manis.


Tadaaa... Senyum sengih saya bila angkat loyang nampak hasilnya cantik macam ni. Ewaahhh... puji kek sendiri nampak. ;P

Berdebar tu tak tahu nak katalah. Serba salah nak angkat loyang atau nak tunggu lagi setengah jam. Selepas mengucap lafaz bismillah, dengan tawakalnya saya angkat juga loyang yang masih lagi suam-suam kuku.


Kalau sebelum ni ada jugak sompek di sesetengah tempat. Karamel melekat lagi lah. Ada pernah sekali retak dekat bahagian tengah. Mengelabah saya sms pelanggan minta ambil lambat sikit sebab nak buat balik. Pheww.. memang kalut masa tu. 

Alhamdulillah.. sekarang dengan teknik yang Kak Ita kongsikan. Maka kek karamel saya boleh bergaya tanpa malu. hehe. Perfect...!


Oraittt.... - - - - - - - -  -  -   - >  Sambung buat kerja. ;)





6 comments:

Jieda said...

cantiknya struktur kek.memang puas hati kalau tengok kek yang dibuat menjadi he3

Unknown said...

Cantik la Kak Irma, rasa pon mesti sedap ni! :)

lady lavender said...

Irma akak nak tanya..akak pernah buat kek ni tp karamel melekat @ tak smooth masa keluarkan dari loyang. Nape ye?? Nak kena tunggu sejuk betul2 baru terbalikkan ke camana? Kalo tak silap yg akak baca org2 punya cara terbalikkan lps 10 minute keluar dr oven. Irma pulak buat camana? Thanks :-)

Fazlinil Irma said...

lady lavender.

sy rasalah kan. gula awak tak serata. ada bahagian yg tak kena gula hangus. jd karamel tu melekat dkat loyang.

masa buat gula hangus, api kena paling perlahan. bila dah cair. goyangkan loyang ke kiri ke kanan. ke atas ke bawah. supaya gula kena pada seluruh permukaan loyang..

mmg masa ni leceh sikit. dgn panasnya. dgn gula cepat sejuk. jd sy akan angkat loyang jauh dr api. ratakan gula. bila ada tempat yg tak kena lagi gula. sy lalukan dkat api sekejap. pastu ratakan lg gula.

yg pasti sy rasa kalau gula tak rata. tu yg jd melekat karamel dekat loyang.

hehe.. paham ke cara sy terang..? :)

blackcardomompods said...

Thanks for sharing-pdnlh kek karamel ari tu hancus lebus sb baik sedap.ritu pki resipi azlita tp pes time kan mg rupa out but still got taste.susah rupanya kek ni no wonder kalu org jual mhl.leceh.tp sebenarnya kna sejukkan dulu lps msk or just leave it on the table?

Ajieda Ajis said...

Salam. Saya pun dah berjinak-jinak belajar membuat kek karamel. Cuma tak lah secantik irma punya. Saya juga dah mula berjinak-jinak memuatnaik gambar-gambar ke dalam blog. Kek karamel ni memang sedap dan saya balejar membuatnya hanya dari internet sahaja. Bestkan macam ni.