Thursday, September 29, 2011

Scotland. Impian yang tertangguh.

Assalamualaikum wbt.

Dah 12.43 tengah malam. Saya tengah tunggu kek karamel masak dalam oven. Ada 1 jam lagi baru boleh tidur.

Boring ah tengok tv. Walaupun tv memang sediakala terbuka. Luxe.TV tengah tayang dokumentari tentang Athens, Greece. Tak minat. Lain la kalau dia tayang pasal London. Terubat gak rindu tengok Big ben. ;P

Ehmm... nak cerita apa pun tak tahu nak mula kat mana. Macam-macam perkara yang berlaku dalam seminggu ni. Cerita best. Cerita sedih. hukhuukk. Cerita mengujakan. Cerita mengenyangkan pun ada. hehe.

Semestinya cerita yang best ialah Jumaat lepas saya dapat tawaran kerja di Scotland. Macam tak percaya je bila baca mesej dari kakak senior di Kusza dulu. Dia tolong kawan carikan pembantu nak jaga anak dia sementara mereka suami dan isteri sedang sibuk di saat akhir menulis thesis Phd.

Dalam hati masa tu melonjak keterujaan nak pergi. Sememangnya Scotland adalah destinasi yang saya tak sempat sampai masa bekerja di London dulu. Bak pucuk dicita ulam mendatang saja tawaran ni datang pada saya.

Sambil-sambil duduk menunggu Isya' saya memikirkan siapalah pelajar Malaysia yang sedang mencari pembantu tu ya. Ada juga terdetik dalam hati satu nama yang saya kenali lewat dulu menerusi satu blog yang menceritakan kisah mereka dan anak yang menderita sakit sehinggalah dijemputNya.

Tak lama kemudian, kak A telefon. Kami bersembang dan seperti yang diteka. Memang betullah seperti yang dijangka saya tentang Kak A sekeluarga yang sedang mencari pembantu. Bertambah seronoklah saya nak membantu Kak A. Saya pun berjanji selepas berjaya mendapatkan keizinan mak saya akan segera bagitahu kak A.

Malam tu, mak sampai Rumah Danau saya pun bagitahu tentang tawaran kerja ni. Mulanya mak terkejut dan diam seakan tidak mengizinkan saya ke sana. Lama mak diam tak kata apa. Saya pulak yang cemas sambil cuba meyakinkan mak dengan alasan yang saya kira kukuh untuk mendapatkan keizinan.

Lepas tu masing-masing diam tak terkata apa. Sebenarnya mak juga mempunyai alasan yang saya kira kukuh juga untuk tidak membenarkan saya ke sana. Katanya, kenapa mahu ke sana sedangkan saya sudah ada kerja yang baik di sini. Kerja yang dimaksudkan ialah bisnes yang saya sedang usahakan sekarang. Bakeri. Pelanggan dah ada. Barang bakeri dah lengkap. Tak sayang ke nak tinggal?

Aduhh... Saya terdiam bila alasan ini diutarakan. Masing-masing punya sebab tersendiri.

Lepas habis sembang malam tu, kami diam tak kata apa-apa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kami berbual seperti biasa sambil membuat roti jala yang ditempah pelanggan. Sebenarnya saya tak tidur pun malam tu. Sibuk siapkan tempahan. Mak tidur dan sambung bantu saya selepas Subuh.

Jam 7 pagi saya bersiap untuk ke Putrajaya ada program GALIPS anjuran bekas-bekas pelajar yang pernah belajar di MATRI, Ibn Khaldun, SMASKL dan KTD. Sekali lagi di sana dua orang bekas guru saya yang tahu cerita ni turut sama menyokong saya untuk ke sana. Kata mereka 6 bulan tak lama. Pejam celik dah nak balik. Saya apa lagi... bertambah-tambah la seronok sebab dapat sokongan tambahan. hihi.

Kegembiraan saya tak kekal lama. Dalam duk seronok ada juga terselit bimbang dan rasa macam tak nak pergi pulak. Rasa sedih nak tinggalkan mak. Tinggalkan anak saudara yang dah semakin mesra dan keletah. Bila terbayang wajah mereka mula la air mata bergenang. Aarrghhh... hati berbolak balik. Banyak benda lagi yang saya tak buat kat sini. 

Tak lama kemudian saya tekad bagi jawapan pada kak A. Saya kuatkan semangat untuk menolak tawaran walau dalam hati saya memang nak sangat pegi. Lega sedikit rasa lepas hantar mesej pada Kak A. Tak lama lega tu. Lepas tu mula rasa menyesal pulak apasal tolak tawaran. haha. Tak tetap pendirian betul. 

Saya bagi keputusan kat Kak A hari Sabtu malam. Hari Ahad esoknya, Kak Jah yang duduk menyewa bilik bercerita dengan saya. Mak ceritalah dengan Kak Jah pasal saya nak ke Scotland. Kata Kak Jah, mak tak kisah saya nak pergi. Sementara saya bujang ni biarlah saya pegi. Memang tu tempat yang saya nak sangat pergi.

 T__T

Terima kasih mak kerana sentiasa menyokong setiap kerja yang saya lakukan.

Ehhmmm... kali ni biarlah saya pula berkorban. Moga ada rezeki lagi di masa hadapan untuk ke sana. Rezeki kita kan Allah yang tetapkan. Insyaallah, tak pergi kerja. Ada duit dapat pergi melancong pun boleh. :)

Dah tak jadi pergi Scotland, saya mula memikirkan nak ambil kelas menghias kek. Nak pelbagaikan jenis kemahiran yang ada. Dah bincang dengan mak. Nak lagi tambah terharu. Mak siap kata. 

" Nak pegi Scotland pun boleh. Nak pegi belajar buat kek pun boleh. Yang penting buat apa pun buarlah bersungguh. Jangan separuh jalan."

Terima kasih mak. Insyaallah, moga Allah permudahkan urusan saya. Moga Allah panjangkan umur mak juga. Saya nak mak tengok dan kritik kerja-kerja saya dan menjadi penasihat di kala saya memerlukan.

Alhamdulillah, semalam dah dapat calon pembantu Kak A. Moga Allah juga permudahkan urusan mereka.




8 comments:

Asmara said...

InsyaAllah rezeki ada dimana2 kan Irma. moga terus success. :)
*kak A dan abg F ye irma. tau jugak mereka cari pembantu. Moga mereka juga terus berjaya hingga akhirnya. Amin..:)

lina said...

salam irma pasti ada hikmat setiap apa yg berlaku....Bersabar dab redha Insya ALLAH...ALLAH akan gantikan dengan lebih baik mengikut perancanganNYA yg kita tidak ketahui.

Zack said...

salam Irma..

sabar ye Irma..bukan rezeki kita. apapun alhamdulillah, sanggup korbankn kepentingan diri utk mak tersayang. kalau sy jd mak Irma mesti sy pun terharu :)

marinahunny said...

xpe lah irma, rezeki ke scotland itu nanti pegi dgn duit hasil buat kek..

fasheeha said...

salam kak. xpela akak tak pegi kali ni. lain kali kalau ade rezeki sampai juga scotland tu. InsyaAllah.

Saya tertarik nak try resepi pavlova akak. hot betul kek tu skrang ni :DD

mama... said...

kita hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya. Insyaallah, ade rezeki nnt boleh akak pegi ye ;)

salam perkenalan..

Nadiah Sidek said...

insyaAllah ada rezeki lain untuk ke Scotland nanti :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kak irma..

Dah lama tak membaca blog akak..sekali baca, berpage-page nak khatamkan. Saya senyum sorang2 aje baca entri-entri akak. :)

Rasa seronok tengok perkembangan bisnes akak. Dari sehari ke sehari ada aje kek2 baru :)Saya tumpang gembira.

Kesungguhan akak sedikit sebanyak terkesan pada hati saya.

InshaAllah, moga ada rezeki untuk akak ke Scotland nanti. Betul la kata akak, kalau tak bekerja datang melancong.

All the best for you business, life and imaan.

Really miss u :)

Kirim salam kat mak akak :)

-husna-