Monday, September 5, 2011

Tahu tak.. Ketupat Pulut Periuk Kera.

Assalamualaikum wbt.

Salam Syawal bagi mereka yang dah mula bekerja. ;)

Semalam Kak Jah pun dah balik Rumah Danau setelah seminggu berhari raya di Pahang. Macam biasa bila Kak Jah balik, saya mesti tunggu kerepek buatan mak Kak Jah. Sedap sampai saya boleh makan tak ingat orang. Leka masuk mulut tak berhenti. Syukurnya setahun dua tiga kali saja peluang dapat makan kerepek sedap ni datang. Macamana la kalau dapat makan selalu. Mahu muka saya pun dah bertukar jadi kerepek. ;P

Selain dari kerepek. Kak Jah bawa menu raya yang tak pernah saya dengar dan makan sepanjang hidup saya mengenali erti raya. Ewaahh. ayat apa ni Irma...? :)

Ketupat Pulut Periuk Kera.

Korang pernah dengar tak nama menu raya ni..? Tak pernah... Kita sama gengsi la kawan. Saya sendiri semalam bila tengok kali pertama terus tak berani nak cuba. Cuak juga dalam hati tengok rupa ketupat yang luar biasa ni. 

Lama saya nak cuba. Tu pun selepas Kak Jah puas duk pujuk. Cubalah. Cubalah. Mula-mula saya cuit sedikit ja. Tak reti makan la kononnya. Dah masuk mulut sekali. Terus jadi berkali-kali. Sampai habis sebiji. Saya tak tahulah ketupat pulut periuk kera orang lain macamana. Ketuput pulut periuk kera yang saya makan ni dicampur dengan pulut hitam sedikit. 

Macamana rupa. Tunjuklah..!






Saya makan begitu saja. Almaklumlah rumah anak dara yang segan masak. Memang takde stok rendang atau serunding bawah tudung saji. Makan lah pulut saja. ~sambil cuba memasukkan bunyi latar sedih~

Harapnya... di masa akan datang, saya sendiri masuk hutan cari periuk kera untuk di buat ketupat pulut. Saya nak merasai macamana senang atau susah ke nak dapatkan periuk kera ni.

Sebabnya.... kata Kak Jah, adik saudara dia jual ketupat pulut periuk kera ni sebiji 30 sen sahaja.

Adoiiii... kenapa murah sangat..!!






9 comments:

Syazana Zainn said...

periuk kera susah nak carik..hihi

tapi awat murah sangat sampai 30sen,,

syazwani 'atiqah said...

tahu2.slalu raya jer ade sbb xde org rajin nk cr periuk kera nier...xpyh beli lemang yg mahal n kurang tradisional tue

penDragon said...

owh...pernah rasa dh ketupat periuk kera ni...officemate pernah bawak ke office dulu...mmg nampak pelik. tapi I mmg suka mencuba, terus je sumbat masuk mulut....betul2...bila sekali masuk mulut, terus jadi berkali2!!

Fiza Nordin said...

ni 2nd time tgk dan dengar...1st time dengar dan tgk pun baru kelmarin kat end buletin utama tv3...-makanan2 tradisi di bario (klu x silap-tgk pun sekali imbas je)

murahnye 30sen....

Oyis said...

eh uniknya! x pernah nmpk, dgr or rasa sblm ni. betul2 teruja.

btw, err... kita mkn skali ngan periuk kera nya tu ke, or tu sbg lapik luar aje, mcm daun kelapa yg org anyam tp x mkn? hehe.. terserlah kejahilan

Fazlinil Irma said...

oyis.. kita makan pulut ja. ;)

Asmara said...

Wah first time tau! Mcm2 kan rupa makanan kat malaysia nih. Nmpk menarik, blk msia nnti nak cuba cariklah. Hehe..

tok_chik said...

kalau di kg tc ..kami akan buang kan " bibir bahagian atas" periuk kera tersebut sebelum digunakan

Unknown said...

akhirnyer dapat juga tengok cam mana rupanyer.... pernah dengar member cerita tapi tak pernah tengok n makan......