Tuesday, September 20, 2011

Lama dah pemandangan KL tak secerah hari ini.

Assalamualaikum wbt.









Alhamdulillah... best je pandang luar hari ni. Panas. Takde jerebu. Terima kasih Ya Allah. Moga pemandangan begini kekal untuk satu tempoh yang lama.

Bila pandang awan hari ni. Teringat awan di England. 


Bradford, Autumn 2010


Liverpool, Summer 2010


Regent's Park, Summer 2010


Greenwich Park, Spring 2010

Sejujurnya, bukanlah sepanjang tahun 365 hari cuaca cerah dan langit menceriakan penghuninya. London terkenal dengan jolokan nama 'cuaca yang tak menentu'. Sekejap mendung. Lima minit kemudian panas. Langit biru. Nanti seminit kemudian mendung balik. Tak boleh nak jangka. Di sana ramalan cuaca sangat boleh dipakai. Memang 80 peratus boleh pakai. Ada masa saya tengok ramalan cuaca pada malam sebelumnya kata esok mendung, berangin dan ada kemungkinan hujan renyai. Esoknya bangun pagi selak langsir. "Subhanallah. Cantiknya pagi ni.' Segalanya berbalik pada Dia yang menentukan alam ini.


Tonle Sap, Cambodia. Kredit gambar kepada : Siti Noor Syazwana.

Untung sapa-sapa yang selalu dapat melancong ke luar negara. Tak kisah la atas urusan kerja atau memang kerana bercuti. Banyak hikmahnya. Bila pergi negara maju, ada kebaikan yang boleh kita ambil untuk memperbaiki diri. Pergi negara yang mundur, kita akan jadi lebih bersyukur dengan segala nikmat yang ada di negara kita. Bila semua nikmat tu kita ambil, insyaallah... kita akan jadi manusia yang lebih baik.

Minggu lepas abang ipar tanya, 'ko dah 10 bulan balik sini. Apa yang ko rindu kat sana? Sana tu maksudnya London.

Saya jawab satu je. Bila fikir balik. Boleh jadi satu entry nanti. Tunggu lah ada masa saya kongsikan.




6 comments:

Hanih Borhan said...

tingin nak p London tp masih belum ada rezeki...

suka cuaca yg indah...rasa syukur tu, feeling dia tu mmg xdpt nak describe...

subhanAllah...

Fazlinil Irma said...

hanih..

insyaallah. ada rezeki nanti boleh sambung belajar kat sana.

Nadiah Sidek said...

semua gambar cantik! paling suka gambar di bradford & regent's park

Ain SSB said...

Lawa gambar2 akak! Nnt kalau dtg sini balik, beritau la! :)

blackcardomompods said...

Kerinduan yg tak terungkai dan ada sesuatu yg akn terus mngamit rindu ;)

Akak tgu that special entry-bru smlm auto publish entry langit kt sana

Asmara said...

kalau akak pasti akan rindukan salji! ;D malaysia takde. hehe..