Monday, December 19, 2011

Hujung minggu yang padat.

Assalamualaikum wbt.




Penat sebab tak sihat. Allah izin semalam badan belah kanan rasa sakit bila nak tarik nafas. Hari ni dah ok tak sakit. Batuk pulak datang. :((

Dengan tak tidur siapkan tempahan dua biji kek karamel bersambung dengan tetamu-tetamu yang datang ziarah mak. Kemudian petang datang kawan dan adik yang sama belajar di Matri dulu.

Malam sambung lagi pergi bawak diorang jalan kat KL Festival City. Masa jalan tak penat. Dah sampai rumah, semua orang dah balik. Baru penat tu datang.

Bestnya ialah seronok tengok dorang makan pavlova yang saya buat dan soto yang mak buat dengan berselera sekali. Bertambah-tambah. Pavlova tu sebiji tiga orang yang makan.

Saya tengok pun seronok. Seronok dapat gembirakan mereka. :)

Ada sorang kawan, dia ambik pavlova ni tadi, masa dia cubit sikit pavlova tu pun dah kata sedap. Seronok lagi. :)

Sekarang tuan tanah dah nak masuk lena. Esok dan lusa takde tempahan. Nak cover tiga malam yang tak cukup tidur.

Daaa.

7 comments:

mrs plain-june said...

salam irma, karamel kek irma memang terbaek! maveles sangat!! anak2 suka.. mak depa laaagi suka :D
mekasih ye irma. nanti boleh oder lagi :)
~ selamat merehatkan badan.. ~

eLLy said...

walawehhhh ... terlior beb!!

Im Back !! Today is my 4th Blog Annv Clik to Read more 

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

bila lah sy ni dpt semangat nak buat parlova ni.takut tak jd lah.buat marcoron pun dah 2 kali buat tak jd gak.parlova ni pun kira adik beradik dia gak lah kan

syu said...

salam perkenalan... saya singgah BW di sini... saya jugak pikir kamu masih di London sehingga lah saya baca nota kamu di side bar tu...he3

Intan Shafinaz said...

Bole ckp sedap jer tp x leh rasa hehe

AA said...

thanks kak irma for the lovely weekend...ur pavlova is the best in the world...(testimoni ikhlas dan jujur dr dasar lubuk hati ni)...

Fyda Alexander said...

KAK.... pavlova ni leh simpan over night x?? I nk order tp untuk hari tunang my cousins, n cousins i tu kat IPOH.. SO mcm i nak turun sana hari sabtu... n tunang nye hari ahad.. leh simpan over night x?????