Tuesday, December 13, 2011

Tips sebelum ke Snowalk I-City, Shah Alam.

Assalamualaikum wbt.




TIPS UNTUK MEREKA YANG NAK KE I-City, Shah Alam.

Pakai pakaian yang sesuai. 

Bagi yang tak tahan sejuk sila pakai baju dan seluar 2 lapis + dengan winter coat yang disewa. 

Please... Please... Please... jangan pakai sandal atau kasut terbuka. 

Saya gerenti korang akan keluar tak sampai 30 min kat dalam sana. RUGI. 

Sepanjang pemerhatian saya, ramai yang pakai selipar. Ada yang pakai seluar pendek dan skirt bagi yang bukan muslim. 

Ya ampun... korang memang terer...!!!

Sesiapa yang bawa anak kecil, pastikan mereka memakai pakaian extra tebal. Anak saudara saya berzikir-zikir kesejukan masa mula-mula masuk. Dorang semua pakai sandal. Ingatkan tak sejuk la kan. Sekali masuk.  Naahhh... menggigil-gigil tak tahan sejuk. 

Untung Kak Ema pakai kasut sekolah kan Hanis..! ;P

Nak keluar terus memang rasa rugi. Jadi dorang (keluarga Pak Uda) keluar untuk sewa kasut boot. Tak silap sorang RM20. Pastu nanti dia pulangkan balik RM10. Saya belikan Najihah glove. Sedangkan kat rumah ada berpasang-pasang glove dan boot budak yang saya bawa balik dari London. 

Rupanya ada satu perkara yang saya tak tahu. Bila baca review orang lain baru tahu.

Untuk menjimatkan duit. Pergi sebelum pukul 6 petang. Tiket berharga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Banding bila pegi lepas pukul 6 petang, tiket berharga RM25 dan RM15. 

Saya pun lepas ni ada rezeki lebih nak pergi lagi. Kali ni nak pergi awal. Sebelum pukul 6 petang masuk Snowalk. Dah malam jalan bahagian luar tengok lampu yang cantik sambil main lastik. :)





Masa kat dalam Snowalk tu macam-macam pertanyaan yang keluar.

"Mak Lang... macam ni ke sejuk kat London?"

"Mak Lang... kat London ada ke rumah salji macam ni?"

"Mak Lang kat sana orang pakai macam ni ke?"

"Mak Lang.. Maryam jatuh tak kat sana masa main salji?"

Mak lang itu... Mak Lang ini... seronok melayan soalan-soalan mereka.

Jatuh tu tak yah cakap la. Bukan hanya budak kecil. Orang dewasa pun ada yang jatuh.

Memang licin permukaan jalan kalau tak hati-hati berjalan.









Kredit pics to my beloved sister ---> Kak Zurina.
Location - Southampton U, England.

Semestinya tak sama dengan salji asli ciptaan Allah swt.

Putih terhampar.

Melihatnya saja mampu membuatkan kita menitiskan air mata keinsafan.

Kerdilnya kita sebagai hamba Dia.

Pesan saya pada mereka, " belajar sungguh-sungguh. nanti boleh pegang salji betul."

Nota Comel 1 : Hari ni genap SETAHUN selepas saya balik dari London.

Nota Comel 2 : Semalam ada lagi tawaran kerja dari sana. :)

10 comments:

Unknown said...

subhanallah memang indah sekali bagi kita yg berpeluang tgk kebesaran ilahi...tapi snow kat Finland thn ni turun ciput jer maybe tak tebal sgt kot..asyik hujan jer.

Nadiah Sidek said...

terima tak tawaran kerja tu? :)

Eliss said...

tak pernah masuk snowalk tu :p padahal 3-4 kali pegi sana :p

Unknown said...

Aww comel je diorang ask Mak Lang diorang! hehe. Kat Stoke salji main-main lagi...tapi sejuk kemain dah sekarang! Brrr tak tahan...huhu.

Reflisia said...

teringin nak pg juga..thanks kak bagi tips pas ni kalau pg mesti kene bawa winter coat! =)

cik panadol said...

teringin nk p sane nnt....mekasih utk tips ni :)

-icha03- said...

best nye dapat peluang pergi sana
aduihhh ...
cemburu...

ANIES.AYU.AYOI said...

bestnyer dpt main salji betul...ntah bila ada rezki nk p men salji betul..huhuuh

::CIK LYNN:: said...

teringinnya nk p sna...=)

Tvan said...

awesome tips. thanks for the guide~