Tuesday, October 16, 2012

Hari Pertama di Kuantan.

Assalamualaikum wbt...


Yeaayy... dah sampai Kuantan jam 3.30 petang tadi.. Macam jauh bebenor je kamu bercuti Irma..! :)


Ada yang ingat saya bye-bye nak pegi London. Kan Mama Zharfan kan.. heee.


Kenapa Kuantan..? Eehhmm... saja. Nak cuba explore apa yang ada di Kuantan dan sekitar. 


Tadi lepas mandi dan solat, saya dah berjalan kaki ke Kuantan Parade. Niat asal nak pergi Teluk Cempedak. Entah macamana tangan tak telefon pulak pakcik teksi. Turun dari hotel terus je jalan kaki pergi Kuantan Parade. 


Teluk Cempedak esok pagi kut kalau rajin. heh.. Almaklum lah cuti kan.. Takut-takut tilam dan selimut tak bagi tinggalkan dorang. ;P


Pertama kali pergi Kuantan Parade. Eehhmm... biasa je kut. Kedai memang banyak. Saya tak masuk pun semua. Semestinya kedai pertama yang saya cari adalah kedai buku. Nak cari novel Melur Jelita yang pertama, Awak Suka Saya Tak..? Eerrr.. malu tau bila cari buku ni dekat rak takde. Then bila tanya dekat kaunter kena pulak pekerja dia lelaki. Tanya dekat pekerja perempuan takde la malu sangat. Heee..! :D


Cari dekat MPH Jusco pun habis. Dekat Kuantan Parade pun habis. Waaaa... boring la cuti saya takde novel. Sebenarnya.... ada je buku lain. Buku motivasi. Kunun target kena habiskan baca. Ni dah cari buku Melur Jelita. Tak tau la saya sentuh ke tak buku tu. 


 Buku yang dicari takde. Saya pun merayau cari kedai makan. Nak isi perut siap-siap. Kang dah balik bilik, saya malas dah nak keluar makan. Terperuk dalam bilik mengadap tv atau laptop. Macam sekarang ni.. duk mengayat dalam blog sendiri. 


Perut dah kenyang. Alhamdulillah... 


Saya sambung jalan-jalan masuk The Store cari bekalan makanan dan minuman. Tarik tu tarik ni. Bayar. 


Saya dah malas nak merayau sebab rasa macam bosan pun ada. Barangkali sebab hari ni bukan hujung minggu kan. Orang tak ramai. Lenggang je. 


Kee... sebab dah banyak shopping mall. East Cost Mall. Berjaya Mall. Kompleks Teruntum... Jadi dah banyak pilihan sampai tak tahu nak masuk yang mana. heh. Pandai je kamu Irma..! 


Dah habis goreng entry. Saya pun tak tau nak cerita apa lagi. Tu je la aktiviti saya hari ni. Kira baru panaskan kaki dekat Kuantan Parade. 


Gambar...? Nan adoo. Makcik korang ni sekarang dia malas sungguh nak keluarkan kamera dari beg. ;P


Tengok la esok. Saya ingat nak jalan-jalan dekat Teluk Cempedak. Tengok matahari terbit. 


Jumpa lagi..! 



2 comments:

Mama Zharfan said...

happy holiday irma!! u pegi holiday dgn saper?

nanonano said...

mesti ade tujuan penting asik turun kuantan ni kak, tp xnk bgtau tu ehh