Sunday, October 7, 2012

Tutorial - Cara Memotong Kek Karamel.

Assalamualaikum wbt...

Perghhh... tajuk macam dah tererrrrr je kan. Baru pertama kali potong kek karamel. Dah berani nak buat tutorial. Wa... wa... waaa...!


Meh la tengok gambar dulu... Layak tak korang rasa saya bagi tutorial. ~ sambil buat tangan gedik. PANG sekali..~




Saya nak kongsi ilmu ni. Biar semua orang terer potong kek. ;)


Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim...


Peralatan yang diperlukan :

1- Pisau panjang. Lagi bagus pisau panjang plus nipis plus tajam.

2- Air panas dalam bekas tinggi. Biar habis besi pisau kena celup dengan air panas.

3- Sabar dan sabar dan sabar yang banyak. Buat keja ni tak boleh kalut.

4- Fokus. Abaikan suara-suara yang akan kata, 'alahai... lambatnya anak dara ni buat keja..'

5- Lupa satu benda. Tuala bersih.


Cara -cara :


Berdiri tegak. Bukannya nak nyanyi lagu Negaraku ok. Dapatkan posisi yang selesa.


Masukkan kek dalam peti ais sekejap sebelum potong. Nak cepat, lepas keluar dari loyang. Biarkan sekejap dekat luar. Masukkan dalam peti beku. Dalam 15 minit dah cukup. Sedia untuk berkhidmat.


Jeaaaa.... Mari mulakan.


Celupkan pisau ke dalam air panas. Tunggu sekejap. Keluarkan.


Kesat pada tuala bersih.


Lengan rapat ke ketiak. Hanya tangan saja bergerak.. Paham dak..?


Sebelum potong, korang plan dulu nak potong besar mana. Macam saya, arahan sudah diberi. 'Potong comel-comel. Makanyaaa... sehabis comel lah saya potong. Ketaq weii... takut hancuq kek orang.


Mulakan dengan bismillah. Selawat. Lalukan pisau dengan yakin. Jangan lupa. TANGAN RAPAT DEKAT KETIAK.


Benamkan pisau pada sudut 45 darjah. Lebih kurang tak pa. Tarik pisau sampai hujung. Make sure hujung  pisau kena sampai papan kek. Tarik sampai hujung jangan angkat pisau.


Sampai hujung belah sini. Benamkan pisau sampai bawah dan tarik perlahan - lahan. Ini untuk elakkan serdak kek terkeluar atau belemoih dekat pisau.


Untuk potongan seterusnya, celup pisau dalam air panas. Lap atau ketuk manja pisau pada tuala bersih. Nak buang titisan air ja.


Potong lagi dengan cara yang sama. Sampai la habis.


Tips penting :

Tak yah baca yang atas pun tak pa dah.

Tips dia senang ja. Air panas. Jangan angkat pisau masa tengah potong. Tu je.


Hat lain hampa pikaq la lagu mana pun. Dua ni je yang penting pun.


Oh lagi penting... Super duper paling penting. Jangan putus selawat. Istighfar. Zikir. Bismillah.


Insyaallah, bila hasilnya tak seberapa pun kita redha. Tambah lagi hasilnya cantik seperti yang dihajatkan. Bertambah-tambah pujian dilambungkan untuk Dia.


Tips ini juga sesuai untuk potong segala jenis kek. Bukan kek karamel saja.


Selamat berhujung minggu. Moga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk diguna pakai.



7 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kalo akak yg potong mesti belemoih la kek tu...hehehehe

lemongrass said...

Itu sebab I tak boleh jadi pembuat kek mcm you sbb surenya sememeh segalanya and tak sabar, hehehe.
kalau nak potong cheesecake pun kena pakai air panas and pisau tajam and towel kan :-).

kathy said...

patut pun kalau sy potong kek karamel x cantik..sbb sy main potong je..xde nak celupm pisau dlm air panas pun..so, tq kak sbb kongsi tips ni :)

Nur-nba said...

Tq for the tips.. Barulah saya tahu caranya.. :)

Mamasya said...

Tq Irma kongsi tip potong kek.

Mama Zharfan said...

suatu hari nanti i nak order kek karamel dari u...memang dlm my wish list pun....

Hanis Azla said...

terima kasih kerana berkongsi ilmu.. lepas ni bolehlah potong kek karamel cantik2..