Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday - Aku Terima Nikahnya. (32)

Assalamualaikum wbt...




Fakta 1 - Saya dah habis idea nak pusing Berjaya Megamall. Nampak GSC. Saja la tengok ada cite apa. Jam masa tu pukul 11.30 pagi. Nampak cerita Aku Terima Nikahnya pukul 12.30 tengahari. Beli tiket. Pastu sengeh sorang-sorang macam tak caya beli tiket wayang. Muahahaa..!!


Fakta 2 - Turun bawah balik, cari McD nak sarapan. Errr.. konon nak makan Hash Brown. Tanya dekat penjaga kaunter. 'Hash Brown takde ke..?' Kakak tu jawab, ' HB pagi je dik.' Aduuhh.. melepas HB.


Fakta 3 - Perut kenyang masuk panggung. Duduk. Kira orang sekeliling. 12 orang. Gelak lagi. Hahaha. Macam tak caya masuk panggung lenggang. Apa pun bagus jugak. Takde la sakit hati.


Fakta 4 - Bila perut kenyang mata dah start bagi signal. MENGANTUK tak sangka-sangka dah ni. Saya tak tau lah samada cerita yang tak best. Atau saya yang memang mengantuk. 30 minit pertama boleh tahan lagi. 45 minit seterusnya dah memang sekejap-sekejap terlelap. Jaga. Lelap. Dah nak habis 15 minit akhir, masa Adi Putra jatuh masa nak makan ubat baru lah mata segar sikit. Pastu ada la feeling-feeling sikit. Terharu..! ~Bleerrrghhh..~


Fakta 5 - Sekarang baru saya tau betapa sakitnya hati bila ada pengulas tak bergaji duk buat ulasan sepanjang cerita berjalan. Gggrrrrr.... rasa nak je bangun cakap kat pakcik tu. 'Pakcik kan ke tadi Dr dah cakap, ingatan Johan setakat umur dia 31 tahun je. Masa tu kan dia tak kenal Arlisa lagi.' Haaisssshhh.. dah la mengantuk. Dengar pulak suara pakcik duk ulas cerita kat depan. Tension makcik..! 


Fakta 6 - Nora Danish memang comel. Tak yah cakap banyak lerr. Lagi-lagi part mata dia. Cekelat..!!


Fakta 7 - Jalan cerita Aku Terima Nikahnya ni biasa je. Saya suka (baca 6 harakat yaa..!) tengok dapur rumah dorang yang mengadap hutan tu. Subhanallah... cantiknya. Dalam hati...'bestnya kalau hari-hari buat kek kat situ..' :)


Dah la... tu je kut Fakta entah ke Auta yang saya sempat rumuskan untuk hari ni. hehee. Ni memang sah-sah dah tak jadi WW. Menceceeeehhh je dah berjela.. :)


Almaklum laaahh.. orang dalam suasana bercuti. Memang syok...! ;D


Byeeee... 



Eehhh.. satu lagi fakta. Tambang teksi Kuantan mahal ye.. RM10 dari Berjaya Megamall sampai Shahzann Inn. Tambang teksi kat KL dari rumah saya sampai PWTC yang jauh tu memang RM10. Pakai meter tu. 


Keee.. saya kena pau dengan pakcik teksi..?? ~ Eehhmmm....~


Ok... Bye sekali lagi..!! 

3 comments:

Eliss said...

boleh pulak mcm tu yer. saya tak sabar nak tengok gak.bila la nak tayang di asteruk first ni.

Amie said...

He he heh... banyak juga faktanya, jadi satu cerita ye...

kathy said...

citer tu mmg slow lah kak..huhu..tapi latar tempat dia mmg cantik2..hehe..