Saturday, February 6, 2010

Mak Di London- London Eye...


Cerita bergambar lagi semasa Mak Di London. Rindu dekat mak jadinya keluarlah entry tentang mak. Yolah tu. Kalau hari-hari rindu takkan keluar entry mak hari-hari. HuaHuaHua. Saja je saya simpan cerita tentang mak. Rasa macam nak simpan sampai bulan 10. Boleh ke..? :D


Tarik nafas yang sarat dengan rindu sebelum memulakan cerita.

Hari ni saya bawa mak jalan-jalan naik The London Eye. Asalnya mak tak nak naik atas alasan 'Kan kita dah naik kat Malaysia. Sama je.' Mak.. mak.. cakap macam saya jalan berdua saja dengan dia. Kalau berdua takpe lah juga. Ini makcik dan opah dah tanya sejak kali pertama nampak London Eye. 'Bila kita nak naik benda ni ma..?' Nak tak nak kena la naik jugak kan. Nak jadi anak yang solehah kena SABAR melayan kerenah mereka. Lagipun saya yang bayar. Mak naik je. Muahaha :)



Alhamdulillah, dengan bantuan kak ct, kami dah siap sedia beli tiket secara online. Kalau tidak mahunya jenuh nak beratur panjang. Dengan tiket online tak sampai 15 minit dah selesai urusan di kaunter. Nak jadi cerita masa saya nak ambil tiket di kaunter, Fatih mengamuk dengan Syakirah. Jenuh Syakirah pujuk tapi tak jalan. Kemudian bila saya sampai dia masi
h mengamuk. Saya biarkan dia berjalan sendiri. Nak kata beraninya dia. Dari pintu masuk kaunter tiket London Eye sampailah ke McDonald Fatih berjalan. Ambooii. Sakan betul anak bujang saya ni kalau mengamuk. Tak padan dengan kecik lagi.


Rupanya nak naik London Eye tak perlu ikut masa yang ditetapkan. Asalkan ada tiket, terus tunjuk pada pengawal dah boleh naik. Hampeh. Kami ni punyalah kejar masa takut terlambat. Sambil duduk makan cucuq udang dekat tepi Thames River, saya nampak sekumpulan wanita sedang solat dalam bangunan County Hall di khalayak ramai. Ehhmm, dalam hati saya terdetik. Bukan tak boleh solat. Orang seperti saya saja yang takut nak solat di khalayak ramai. Takut kena tangkap atau disoal. Kalau tengokkan mereka takda apa pun
yang terjadi. Pengajaran untuk saya. JANGAN TAKUT UNTUK MENGAMALKAN ISLAM DI MANA SAJA. Inikan bumi Allah. Apa pun yang terjadi, yakin dengan pergantungan kita padaNYA. Ingat tu..!! :P


Masa ni Syakirah cuti sekolah. Tu yang boleh bawa dia sama. Ada juga peneman Fatih ketika berjalan. Oh ya. Teringat pertanyaan Ain di entry yang lepas. Siapa Fatih..? HeHe. Ingatkan semua pakat dah tahu. Rasanya banyak cerita tentang Fatih dalam blog saya. Mungkin tak jelas kot. Saya main aci sembunyi. KuiKuiKui.


Fatih anak majikan saya yang bongsu. Saya di sini bekerja sebagai pembantu rumah merangkap pengasuh Fatih sepanjang ketiadaan ummi dan abahnya keluar bekerja. Kan selalu je saya sebut 'bibik' dalam entry lepas. Bibik tu sayalah. :D

Lebih manis kalau dipanggil Nanny Mc Irma. Konon-konon macam Nanny McPhee la kan. Pheewiiitt. Perasan betul...!! Ini nanny versi makan belacan tapi tak makan tempoyak. Ikan salmon masak tempoyak boleh makan. Ada-ada ajelah kamu ni BIBIK. Kah Kah Kah...



Cuaca semasa kami menaiki London Eye sangat BEST. Langit cerah ditemani awan gemawan. Ceewaahh. nasib dalam kapsul kami takda pasangan baru kahwin ka. Tak kahwin lagi la. Minta simpang. Kalau tak mahunya kami dapat tengok wayang FREE. Dorang mana reti malu. Namanya pun London. Kurang sikit romantik dari Paris. Kan..? :D



Ini namanya kapsul ya. Eja dalam omputeh CAPSULE. Kenapa namanya capsule..? Kerana bentuk yang mirip kepada rupa ubat atau lebih tepat lagi bentuk telur. Satu capsule boleh memuatkan 25 penumpang pada masa sesak. Kalau takda orang nak naik sorang capsule pun dorang bagi. Tapi mustahil la kan. Kalau setahun 3 juta orang yang teruja nak naik. Berangan la sampai jadi anak raja. Boleh la naik capsule VIP.



Dah nak sampai bawah dah. Satu capsule membuat putaran sekali dalam masa 30 minit. Jangan berangan nak pusing sampai tiga kali. Melainkan kalau beli tiga tiket berasingan. Boleh la duduk lama-lama. Rupanya ada 32 capsule yang mewakili setiap London Borough. Nak tahu lebih lanjut silalah layari Cik Puan Wikipedia - London Eye.
Bibik tak larat nak taip banyak. Malas sudah..!!


Oh ya.. Ini gambar Big Ben dan House Of Parliament dari puncak London Eye. Duduk dalam capsule tak henti berjalan ke sana ke mari. Nasib ramai je orang. Kalau tak boleh main lari-lari pusing kerusi. Mula-mula malu juga dengan yang lain sebab mereka diam menikmati pemandangan dari kerusi atau satu tempat ja. Saya jangan harap la nak duduk diam. Mahunya saya manfaatkan sebaiknya 18 pound yang kak ct hadiahkan. Rugi la kalau tak ambil gambar.



Ini versi capsule dah makin rendah. Nampak tak awan gelap tu. Haa.. cuaca London memang sukar dijangka. Kalau korang tengok gambar di bawah ini cuaca cantik dengan awan cerah yang melatari langit. Awan cerah di sebelah Barat manakala awan gelap di sebelah Timur. Mana-mana pun kita layan je lah.

Dari arah Barat kelihatan Charing Cross Railway. Yang menariknya di sini bagi saya awan tu kelihatan dekat untuk dicapai dek tangan.Ehmm.. tak habis dengan angan-angan kamu. Hujung tu Waterloo Bridge.



Masa ni mak tak nak diambil gambarnya. Takut dia dengan pengawal yang jaga pintu keluar. Bahaya sebenarnya di situ kerana tiada penghadang sebagai benteng dari jatuh ke dalam air. Jadi, keluar sahaja dari capsule kami perlu segera beredar keluar. Saya pula cepat-cepat suruh mak berdiri tegak sebab nak ambil gambar. Hehe. Dapat juga sekeping walaupun mata mak menjeling. :D




Kalau anda bijak. Teka apa yang pelik dalam gambar di atas..?? Kalau rajin tekalah. Kalau ada yang teka betul. Ada la hadiah yang akan saya sediakan. :)



Pemandangan dari atas Westminster Bridge. Boleh buat poskad. Sekarang dalam angan-angan. Aiikk.. angan-angan lagi..? Yelah. Angan-angan ni tak mustahil untuk menjadi kenyataan. Itu pun kalau ada teman. Kalau tak memang jadi angan-angan Mat Jenin je la. HukHukk. Insyaallah, andai diizinkan saya mahu mengambil gambar London Eye pada waktu malam atau senja. Saya tengok kat Google Images memang cantik.



Macam ni. Cantikkan..?

No comments: