Wednesday, June 23, 2010

Air Soya D'London.

Assalamualaikum wbt.


Semalam saya tayang gambar di bawah kan. Pandai Sumaiyyah teka. Yeaayy. Kalau dia baca status saya di FB memang sah-sah la dia tahu apa yang saya buat. Bukan bengkang ya Ummu. Apalagi bedak sejuk. Jauh benar tekanya. :D


Ini adalah kejadian petang semalam. Dah lama saya nak buat air soya. Kali terakhir saya buat tahun lepas. Haha. Lama tak lama belum setahun lagi. Masa saya buat tahun lepas yang lecehnya sebab buat sorang-sorang. Part yang paling susah ialah bila nak perah. Mana nak pegang blender. Kain napkin lagi. Tu yang jadi nak buat. Asyik bertangguh. Nantilah.


Lagi satu. Rasa air soya kat sini sumpah tak sedap. Boleh nangis air mata darah. Ceh melampau. Kenyataan. Rasa dia serupa macam susu. Tapi susu sini sedap. Fresh milk lagi. Tak main susu tepung. Budak-budak je minum susu tepung. heheh. Sapa yang pernah rasa tahulah macamana. Bukan macam susu soya dalam kotak kat Malaysia. Jauh benar bezanya.


Sampailah semalam. Tekad ni. Nak buat air soya. Pukul 10 pagi saya siap rendam soya. Biar je sampai petang. Dah selesai masak. Solat Asar. Rehat sekejap. Pukul 7.00 petang lebih kurang saya masuk balik ofis. Siap sedia nak buat air soya.




Siap semua peralatan. Saya pun mula kisar soya. Kisaran pertama saya guna penapis sahaja. Masuk kisaran kedua, dengan izin Allah datang idea baru. Pling...! Saya ambil kain napkin. Saya ikat dengan getah. Biar kain tu tak bergerak. Hujung tangkai periuk saya letak senduk. Tak nak bagi tangkai tapis bergerak. Pemegangnya pula saya alaskan dengan bekas tupperware. Tadaaa. Inilah mesin penapis soya bibik yang terbaru. YES! Suka. Suka. Senang kerja saya.


Sambil mengisar dan menapis saya boleh buat kerja lain. Kemas dapur. Basuh pinggan dan periuk. Memang syoklah buat air soya kali ni. Dalam hati dah siap berkata-kata. "Habis air ni boleh buat lagi." Eceh. 






Buat air soya ni saya takda sukatan langsung. Saya gunakan satu bungkus kacang soya. Rendam sampai kembang. Saya rendam dari pukul 10 pagi sampai 7 petang. Dalam pukul 3 saya salin air baru sebab saya nampak air tu dah bertukar menjadi sedikit kekuningan. Keruh.  Bila kulit soya dah mengelupas. Kira oklah tu. Dah boleh kisar. Lebih tepat. Bila anda dah bersedia nak buat. Apa lagi jangan tunggu lama-lama. 


Saya kisar soya sebanyak 3 kali untuk satu kisaran. Makanya 3 x 3 = 9 kali kisaran yang saya lakukan. Saya tak boleh nak kisar lebih sebab periuk saya cukup-cukup sahaja dengan 9 kali kisar. Boleh je nak kisar lebih. Nanti akan jadi 2 periuk. Hasilnya pula sedikit cair.


Bila ada mesin air soya ni. Kerja saya lebih mudah. Bila dah siap semua baru saya perah saki baki pati yang masih ada di kain. Senang kan!






Dah habis kisar semua kacang soya. Terus  letak atas dapur. Saya gunakan api sederhana perlahan sahaja. Sebabnya saya ada kerja lain masa tu. hehe. Jadi saya tinggalkan je atas dapur. Sekali sekala saya jenguk. Tak nak bagi mengelegak sangat. Bila masak tu masukkan dua helai daun pandan. Biar wangi air soya tu nanti.


Bila dah 30 minit masak baru saya letakkan gula 5 senduk. Saya tambah setengah sudu teh garam nak bagi rasa lemak-lemak manis. Tunggu barang 10 minit lagi. Pastu boleh la tutup api.


Esoknya bila air dah sejuk. Saya tapis sekali lagi dengan kain napkin yang dilipat dua. Kasi tebal sikit sebelum dituang ke dalam botol. Masa ni memang nampak banyak serdak yang tertinggal. Kalau kat Malaysia beli je penapis teh tarik yang jenis kain tu. Lagi mudah kerja. Ini duk jauh. Kenalah pandai-pandai sendiri. 






Malam tu jugak saya rasmikan segelas soya panas. Pergghh.. nikmatnya tak yah cakaplah kan. Teringat air soya Wak dekat rumah saya. Kalau balik rumah bercuti memang beli punya. Yang tu pun tak sesedap ini. Yalah. Nak berniaga kan. Mestilah cukup-cukup rasa ja. Tak sama dengan buat sendiri. Ada kasih sayang yang mengalir di dalamnya. Ewah. Sengal. Tapi betulkan?


Esok nak cuba buat Tau Fu Fah pulak. GDL pun dah ada. Semangat sila datang. Phuhhh! =)

16 comments:

p!nkerton said...

whoaaa mesin penapis soya rupanyaaa! hebat inovasi ni hikhik! (punya la clueless nak teka entry before ni ;p) sedap nye irma rupa air soya tu. slalu fatih beli aje, nak try buat jugak lah :D mcm fresh sgt kan buat sendri ;)

marinahunny said...

waaahh kagumnye...serbi serbi pndai..

Fazlinil Irma said...

fatih..

tak terjangkau dek akal ye. hikhiikk.

betul. rasa dia mmg lainlah dgn yg beli. sbb ada kasih sayang kita. hee.

marinahunny..

duk jauh ni serba serbi kena bg pandai. nak balik msia. JAUH. :)

Ummu~Ishak said...

nasib baik cek tak bape gemo minum soya.mau pening kalau minum soya paneh *_*

iu rf said...

leh wat biz nt nih...ehehhe.. cayalah ma...!

za salehan said...

duduk jauh memang kite jadik independent, dan jadik kreatif gak heheh

peace peace (n_n)

Fazlinil Irma said...

ummu..

rugi la.. sedap oo. lg yg sy buat. hehehh.

iu..

insyaallah. pembekal susu utk ibu2 mengandung. hehehh.

za salehan..

betul. harap2 kekal sampai msia rajin ni :)

Marsha~ said...

mak saya selalu buat masa kecik2 dulu... mmg best. dia pun tapis pakai napkin.. hehe

Chik Att said...

Salam....
wah menarik .... boleh cuba ni

Miss Moon said...

wah rajin nyer n sgt creative ...terus je moon rasa nak minum soya jugersssssssssss

Fazlinil Irma said...

marsha..

waahh.. serupa. pakai napkin. hehe.

chik att..

cuba. mmg berbaloi.

Fazlinil Irma said...

moon..

jom buat sendiri. hehehh.

Ummu~Ishak said...

irma.. kalau taruk air batu banyak2 saya nak la minum :p
yang panas tu saya tak daya nak menelan.. gulpp

Fazlinil Irma said...

oh.. heheh. ni kes x dan nak tunggu sejuk. panas pun layan. hikhikk.

-sumaiyah- said...

yeayy..betul..!!!mane ade tgk fb kak irma la..lom add lg..heh..teringat masa wat air soya..susah nk tapis sbb xde kain jarang2 tu..hampas dia blh wat masker tau..blh jgk campur sket ngn isi ayam hancur ngan tepung jagung sket..jadilah nugget ayam..heheh..

Fazlinil Irma said...

loorr.. sumaiyah lain rupanya ni. hehe. akak dah compius. ramai sungguh sumaiyah yg akak kenal. eceh.

wahh.. 1 petua.. 1 resepi. terima kasih sumaiyah.