Sunday, June 27, 2010

Berbudi Pada Tanah.

Assalamualaikum wbt.


Hari ni cuaca dah mencecah 28'C. Pheeww... kalau berjemur kat luar rumah memang sah-sah terbakar. Bukan takat tu ja. Mahunya berpinar mata dek silau yang terik. Tak sanggup la nak keluar. eceh. ALASAN. Sebenarnya dah malas nak keluar. heh. Jadilah hari ni satu hari mengadap pc. Dah boring duduk depan pc masuk bilik baca novel. Sedar-sedar dah tarik duvey. Ahaa. Berdengkur. 


Petang tadi Maryam turun bawah bagitahu. "Kak Irma, ummi suruh siram pokok." Jadi meh layan gambar anak dara Kak Ct ni tolong saya siram pokok.




Sambil siram pokok sempat lagi posing. 




Pokok yang Maryam siram tu bunga matahari. 




Ahaaa... datang dah hero pujaan rumah 57 Battery road. Siap pakai boot lagi.

 Macam nak masuk kebun betul. heh.




Aaaaa... terjerit Maryam bila kena siram dengan Fatih. 

Seronok sebenarnya tu. Main air.




Sukanya dia. Masa ni duk terjerit panggil ummi dia kat tingkat 2.




Yeaahh... giliran saya pulak nak siram pokok. Masa ni Maryam dah masuk dalam rumah. 

Tak nak dah siram pokok lepas baju basah. Ngelat.


Jom layan pokok apa yang ada dalam kebun ( err.. kebun ke? ) kak ct. 



Cherry yang sedang seronok berbuah.



Coriander atau daun ketumbar. Adik beradik daun sup. 

Bezanya kat bau. Bau coriander lagi kuat. 

Tu yang ada orang tak suka. 

Siapa? eheh... Yang duk taip entry ni lah. agagagaa.



Haa. Siapa tak tahu memang sajalah.

 Daun kesum. 

Tak dak daun ni memang tak lengkaplah kuah laksa. 

Daun kesum saya tak cukup gemuk macam tukang siram. ;P



Saya rasa ni pokok timun. Ya ka? :?

Tak tanya pun kak ct.



Ada lagi pokok lain. Belum keluar buah lagi. Duk ada daun saja. Nanti saya tunjuk ada satu bunga yang tengah berputik. Insyaallah.






Ni dia. Sapa peminat bunga mesti tau. 

Cuba teka? 

~ teka lagi ~


Hadiah bagi peneka yang tepat.

Siapa betul dia dapat. =)


10 comments:

mahmudah said...

tuberose?

Ummu~Ishak said...

alaaa,susahnya pokok yg nak diteka tu.
err, awak, betul ke yg atas tu pokok timun?nampak cam petola je.. haishhh~ apa yg saya merepek ni

kacap terlabik said...

bukan bunga lily ker?

shayyidah said...

salam..kak irma..idah tauuuu...bunga lili kan??..heheh..

shayyidah said...

kak..hubby idah ckp kalau nk g london..dok umah akkm je boleh x?..hehehe..

Queen of The Desert said...

Salam, saje nak teka, I'm not sure but since I can teka, maybe amaryllis.

Anonymous said...

Irma...ana tau...bunga kesukaan ana..lily flower..:))~fathiyah~

marinahunny said...

kalu x silap bunga lily...betul x?

Lady of Leisure said...

bunga lily kah itu?

Wasatiah Gurlzz said...

byknya pokok...bestnya...hijauuuu...huhu