Assalamualaikum wbt
Allahumma barikklana fi rajab wa sya'ban wa balighna ramadhan...
Puasa –puasa SUNAT yang DISEPAKATI ‘ulamak.
oleh : Zaiemilia Mohd Rokhani
Rujukan : Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh ~ Dr. Wahbah el-Zuhaily
(Jilid 3, m/s 1639-1644)
1. Puasa sehari dan berbuka sehari .
(Jilid 3, m/s 1639-1644)
1. Puasa sehari dan berbuka sehari .
Puasa sunat yang paling afdhal adalah berpuasa sehari kemudian esoknya berbuka sehari seperti di dalam hadith :
أفضل الصيام صوم داود , كان يصوم يوما و يفطر يوما
“ sebaik-baik puasa adalah puasa Nabi Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari”.
2. Berpuasa 3 hari dalam setiap bulan.
Sebaiknya hari-hari tersebut merupakan hari-hari “putih” (hari di mana malamnya berwarna putih) iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan. Hari- hari tersebut dinamakan putih kerana cahaya bulan yang memutihkannya pada waktu malam dan siangnya kerana matahari. Manakala pahala mereka yang berpuasa pada 3 hari dalam setiap bulan ini adalah seperti mereka yang berpuasa sepanjang masa.
3. Berpuasa Isnin dan Khamis dalam setiap minggu.
4. Berpuasa 6 hari di dalam bulan syawal.
5. Berpuasa pada hari ‘Arafah.
Pada 9 Zulhijjah kecuali bagi mereka yang menunaikan haji.
Pada 9 Zulhijjah kecuali bagi mereka yang menunaikan haji.
6. Berpuasa pada 8 Zulhijjah (sebelum hari ‘Arafah) bagi yang menunaikan haji dan yang tidak menunaikan haji.
7. Berpuasa pada hari ‘Asyura iaitu pada 9 dan 10 Muharam.
Sunat digabungkan kedua-dua hari tersebut,bagi membezakan puasa yang diamalkan oleh orang yahudi. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 muharam sebublan hari ‘Asyura, mazhab syafie berpendapat disunatkan untuk berpuasa pada 11 Muharam.
Sunat digabungkan kedua-dua hari tersebut,bagi membezakan puasa yang diamalkan oleh orang yahudi. Jika tidak dapat berpuasa pada 9 muharam sebublan hari ‘Asyura, mazhab syafie berpendapat disunatkan untuk berpuasa pada 11 Muharam.
8. Berpuasa pada bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Terdapat 4 iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Terdapat 4 iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
9. Berpuasa di bulan Sya’ban.
Mari kita perbanyakkan puasa sunat. Bagi kita perempuan. Inilah masa untuk mengganti puasa yang belum selesai.
Jom puasa.
Wassalam.
2 comments:
akak belum puasa sunat...
tak tahu la mcm mana nak puasa tahun ni.... tahan ke?
insya allah... belum cuba belum tahu.
cantik la rose awak tu....
belum ada koleksi bunga rose.
kak fa10..
alhamdulillah. setakat ni sy boleh bertahan lg. cuma bila sampai pukul 6 lebih kepala start mcm berpinar.
sy dah ada koleksi rose. ;)
Post a Comment