Thursday, June 17, 2010

Roses @ Regent's Park.


Assalamualaikum wbt.


Selepas berjaya mengelakkan diri (horeey) bersama Husna, Atikah, Syakirah dan Fatimah melaburkan duit di car boot sale. Saya pun dengan senang hatinya bersiap-siap untuk ke Regent's Park. Memang semangat tu jangan cakap la. Dah berkobar-kobar sejak dua tiga bulan sebelum rose ditanam lagi. Macamana pun Regent's Park mesti ditawan. Cewaaah!


Malam sebelum tu saya siap study lagi macamana nak ke sana. Tak nak pisang berbuah bertandan-tandan. Cukuplah pengalaman sebelumnya. Akibat tunjuk terer. Kononnya ingat Primrose Hill tu adalah tempat bunga-bunga ros ni ditanam. Bila sampai, apasal takda sekuntum bunga pun yang tumbuh. Waaaa... saya dah silap tempat rupanya. Jadilah hari itu namanya 'Hari Naik Bus Turun Bas'. TAKPA. PENGALAMAN. 


Pagi tu dengan semangat yang melimpah ruah. Hati pun tersenyum girang. Saya pun bersiap dengan lambatnya. HaHa. Buat apa nak keluar awal. Jam pun baru pukul 6.30 pagi masa hantar (baca : tengok) mereka ke CBS. Saya sempat gosok baju ( selama ni main sarung je baju. malas nak gosok. tudung je BERKECUALI.) dan bersarapan bihun sup semangkuk, karipap sekeping dan pisang goreng dua keping. ALHAMDULILLAH. KENYANG. Tak payah dah fikir pasal nak makan kat mana. Memang TAKKAN ADA William's kat sini. 


Dah bersiap semua bagai nak berperang. Pukul 9.20 pagi saya pun keluar rumah selepas selesai solat dhuha. Alhamdulillah. Keluar je rumah, bas 380 menuju arah bandar lalu dengan tenangnya. OK. Takpa. Jangan risau. 15 minit lagi ada bas lain pulak. Kita tunggu bas sambil baca Jaja & Din. Tengok. Dah berapa kali keluar diheret jugak Jaja & Din tak nak tinggal. Bertuah Jaja & Din dapat tuan macam saya (eceeh. tarik telinga nak!). Sampai ke Preston dibawanya. Sayang sungguh dengan laki orang. Eh, Jaja pun saya sayang. dua-dua saya sayang. =)


Sambil tunggu bas. Mata mengantuk. Huaaa. Bestnya kalau dapat tarik selimut. Dah la sejuk pagi tu. Sempat lagi syaitan berbisik. 'Baliklah Irma. Tidoq.' Haaiipp.. P main jauh-jauh. Jangan berani bertenggek di mata aku.' Syiooohhh... Tak lama kemudian bas sampai. Dalam perjalanan pun sempat lagi syaitan main lompat bintang di mata saya. Sampai sempat terlena (baca : tersengguk) sekejap. 

Aduhai... tak boleh jadi. Ni nak kena beli COSTA ( oh. jangan percaya dengan bibik. Itu ALASAN dia sahaja. Memang dia nak beli pun kalau tak mengantuk. agaga). Kali ni Roasted Hazelnut Latte menjadi pilihan. hehe. Sebelum ni saya punyalah TAK RETI. Lepas je dapat COSTA. Saya akan keluar menonong bawa air panas turun ke bawah nak naik DLR. Saya hairan. Apasal air saya tawar.  Depa tak bubuh gula ka? Nasib la masa tu saya beli Hot Chocolate. Jadi kononnya jaga badan la. Tak minum manis. Ceehh. Rupanya selepas fikir punya fikir. Minda pun dah bijak sikit. Rupanya gula kena bubuh sendiri. Ya ampun. Manalah saya tahu. Biasa kan kat Malaysia lori gula tumpah bila kita beli air. Tak payah dah nak fikir berapa sachet gula nak letak. 


Bila beli Roasted Hazelnut Latte. Saya dah tahu. Oh. kena letak gula sendiri. Eceeeceee. dengan lagak 120% yakinnya saya pun mula mengoyakkan 3 peket kecil gula. Kacau-kacau. Rasa. Eerrkkk. Apasal pahit lagi. Tambah lagi dua peket. Kacau lagi. Rasa lagi. Ya ampun. Pahitnya. Macamana ni. Takkan nak minta tambah susu. Ni bukan cafe kat St James's Park yang ada susu tambahan boleh kau nak tuang sesuka hati. Ini COSTA bibik. Taubat lepas ni tak nak order dah sebarang kopi. Memang saya bukan peminat kopi pekat. Saya minum kopi ceroi. 


Dengan muka masam pahitnya. Saya pun turun nak naik DLR sambil memegang kopi panas. Nak minum memang panas lagi. Kalau nak rasa mulut melecur minumlah. huhu. Jadi sambil tunggu kopi suam. Saya pun menjamu mata melihat pemandangan di luar. Saya ni 10 kali naik DLR pun takkan sekali saya lepaskan peluang melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Lagi-lagi bila sampai dekat London City Airport. Kapal terbang kecik pun boleh mengujakan saya. heheh.


Nak dipendekkan bebelan saya ni. Masa naik tube Bakerloo Line. Mata saya mula mengantuk balik. Baca buku pun tak jalan. Tengok peta pun langsung tak bagi makna. Nak lena kang terlepas station. Nak tak nak tahan la mengantuk. tahan punya tahan. tiba-tiba saya terlelap. Puuupp.. tiba-tiba saya tersengguk. Apalagi. Tertumpah la air COSTA yang tinggal sikit sayang nak buang. Adusss. malunya. Tak tahu nak nyorok muka kat mana. OK. Cool bibik COOL. Sambil mengelap air. Mata duk tengok couple kat depan saya ni. Dorang buat dek je. Eerrr.. buat dek memang tak nampak atau buat dek sebab dah nampak. haha. 


Malas nak layan malu. Biarlah. Bukannya jumpa lagi esok. haha. Boleh pulak lepas adegan air tumpah. Mata ni jadi segar bugar. Sikit pun tak mengantuk. Aiyooo. Memang nak jadi cerita betul. Takpa. takpa. Teruskan cerita. 

Sampai je kat Regent's Park Station. Tak payah la nak pandang couple tu lagi kan. Terus saya keluar tak toleh-toleh dah belakang. Lepas scan oyster card terus saya cari jalan keluar. 


Alhamdulillah. kali ni dengan persediaan yang betul. Saya dah tahu ke mana hala nak di tuju. Naik tangga sampai kat simpang tu saya mula berkira-kira mahu ke kanan atau kiri. Berpandukan peta yang saya lukis sendiri. Dengan lafaz bismillah saya mengambil tangga di sebelah kiri lagi. Jalan ke depan lagi dengan izin Allah saya nampak papan tanda Regent's Park. Ya Allah. Syukur alhamdulillah. Tak terkata tapi mulut tak henti mengucap alhamdulillah sambil kaki mengayun langkah. Begitu mudahnya urusan kalau semuanya dilakukan dengan cara yang betul. 


Bila dah jumpa papan tanda Regent's Park maknanya saya dah berada di laluan yang betul. Tinggal lagi nak cari jalan yang seterusnya. Lepas je melintas jalan. Mata ini terus tertancap pada papan tanda seterusnya. PARK SQUARE WEST. Jalan lagi terus sampai anda akan nampak Park Square Garden di sebelah kanan. Ehh. ni macam nak bagi arah kat orang je. Ya lah. Sapa yang teringin pergi Regent's Park. Gunalah petunjuk yang saya bagi ni. Insyaallah takkan sesat. Wah. Yakin nampak. Dengan izin Allah. Sambung.


Dari Park Square Garden, saya terus berjalan sampailah nampak pintu masuk nak ke Avenue Garden. Yeaaayyy.. alhamdulillah. destinasi yang di tuju dah nampak di depan mata. Apa lagi meh la jamu mata dengan gambar bunga-bunga.




























Cerita idok habis lagi ye. Insyaallah nanti saya sambung. Oh ya. kalau suka gambar ni. Jangan lupa ucapkan Subhanallah. Maha Suci Allah Yang Menciptakan bunga-bunga ini.

Wassalam.

14 comments:

Lady of Leisure said...

subhanallah... cantiknya ciptaanNya... ni la bunga kegemaran lady tapi sekali jer pernah bebetul kene time rose masa pi obesi.. lain dari tu rose tengah tidur hehe... skrg rose tengah senyum la semuanya ya... leka lady tengok pic2 ni semua tima kasih sudi kongsi... pejam mata terbayang diri ni macam dok dalam rose garden...
dalam banyak2 bunga ini lah bunga kegemaran lady...

fazlinil irma said...

oh.. ya. alhamdulillah. lady kalau ada kesempatan dtg lg. musim roses sekitar bulan june.

skrg ni roses mmg sdg mabuk berbunga. mana-mana taman ada ja ditanam.

Ummu~Ishak said...

amboi...layout baru nampak.

cun melecun gitu

tapi cam berat skit la awak..

fazlinil irma said...

ummu..

ala layout ambik kat blogger bukan cari sdiri. hikhiikk..

err.. sapa berat. blog le owner dia? hahahaaa.

ravishingpeacock said...

cntikne..taruk lor byk lg gmba nt yek ;)

fazlinil irma said...

ravishingpeacock.

baik. ada masa nanti sy kongsi lg ye :)

Nadiah Sidek said...

hihi..kelakar la baca :D

fazlinil irma said...

nadiah. sy malu bila ingat balik. hihi. =)

marinahunny said...

waaah seronok baca blog irma..akak amik masa 3 hari utk habiskan dr awl..

bila irma balik msia..?? rs geram tgk novel2 terpakai yg murah di car boot sale tu..

Fazlinil Irma said...

kak marina.

terima kasih tak terhingga sanggup baca cerita sy dr awal.

rancangnya hujung tahun ni. tp dlm hati ada lg rasa nak duduk sini. hihii.

akak baca novel siapa? sy ada ja beli tp belum jual lg :)

Ummu~Ishak said...

nak tau apa yg berat?
blog ke owner eh..
hmm... hmmm... hmmm..
ekekekee
saya cite pasal blog la
scroll pun jadi terhegeh2 skang ni
maybe template dia sama berat ngan tempe satu lori tanah

Fazlinil Irma said...

ummu..

ala. baru tgah syok layout baru. hehe.

fa10 said...

akak gelak terkekek la bila baca kopi awak tumpah tu.... hhehehe...
oppps...tergelak lg, mintak ampun yer
hhehe... gelak lg!

Fazlinil Irma said...

kalau akak jd couple depan sy tu mahunya tahan gelak kot. haha.