Saturday, June 5, 2010

JOM MENDERMA...

Assalamualaikum wbt...


Bismillahirrahmanirrahim...





Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


PENJELASAN HADITH :

Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai matlamat yang tertentu iaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.


Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 , berbunyi :


وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون


Kira-kira maksudnya:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.”



Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:


1) amal jariyah

2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.


Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.



AMAL JARIYAH


Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik.


Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai wakaf iaitu menahan sesuatu yang bolah dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.


Hukum melakukannya adalah sunat.



Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :



لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم


Yang kira-kira bermaksud :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)



Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:



''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah
.'' (HR Ibn Majah).



Fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :


1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.

2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.

3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.

4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.

5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.


Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerna ianya bukan sahaja memberikan maslahat kepada masyarakat amnya.Bahkan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 262 yang kira-kira bermaksud :


Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.


Dan sabda nabi yang berbunyi :


لا تستحيوا من إعطاء القليل فإن الحرمان أقل منه

Maksudnya :
Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya.



Sumber asal di sini.


Jangan lengah lagi. Peluang di depan mata. janganlah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi..


MARI MENDERMA...




No comments: