Tuesday, June 22, 2010

Al-Fatihah. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Assalamualaikum wbt.


Malam semalam saya mendapat berita dari status anak-anak perempuan Makcik Juma. Statusnya begini.

Bapak yang amat disayangi sudah pergi untuk selamanya setengah jam tadi...meninggal dunia di jeddah. Semoa roh beliau dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah... ~ kak reni~

Al-Fatihah kepada bapa saya yang telah kembali ke rahmatullah, Yahya Bin Ismail. ~kak reni~ 
Al-Fatihah buat ayahanda tersayang CIKGU YAHYA B. ISMAIL yg telah selamat kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Jeddah..semoga roh beliau ditempatkn bersama golongan mereka yg soleh..memang dah rasa tak cdap hati dr hritu lagi..rasa bagaikan mimpi..Ya Allah semoga Engkau tabahkn hati ini utk menerima ketentuanMu ini..semoga air mata ini dpt berenti mengalir.. ~raudhah~

Terkejut saya apabila selesai membaca status ketiga-tiga ini yang mengkhabarkan pada satu berita yang sama. Pak Ya meninggal di Jeddah. Selepas selesai menunaikan umrah bersama isterinya, Makcik Juma. 


Dengan sekelip mata terbayang kenangan sepanjang 5 tahun saya di MATRI. Pada ketika itu, arwah seorang pensyarah di UITM Arau. Manakala Makcik Juma adalah guru Bahasa Inggeris saya merangkap mentor saya di MATRI. Jadi seminggu sekali memang (baca:mesti) pergi rumah Makcik Juma untuk halaqah. Paling best bila ada halaqah ialah dapat makan SEDAP. Memang tiap-tiap minggu satu hari tak payah makan lauk asrama lah. Gerenti kenyang. Sampaikan kalau balik asrama mesti ada kawan-kawan yang bertanya. 'Makan apa hari ni?'. 


Lepas PMR, Raudhah kawan saya berpindah sekolah. Jadi semakin sukar untuk kami berjumpa apatah lagi saya yang memang suka mengusik dia. Ada aja benda yang jadi bahan usikan saya. Dah la Yah ni pemalu orangnya. Lagi sakan saya usik. Setiap pagi dan petang adalah masa yang ditunggu untuk melihat wajah sahabat kesayangan saya. Pada masa inilah Pak Ya akan menghantar dan menjemput Raudhah di sekolah. Raudhah tak perasan sebab dia akan tunduk sahaja di dalam kereta. 


Ahaa.. satu lagi. Antara kenangan di MATRI ialah apabila ketiadaan air di asrama. Rumah yang saya dan rakan-rakan tuju ialah rumah Pak Ya dan Makcik Juma. Kadang-kadang sampaikan mereka juga tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan sendiri. Kerana kasihankan kami, mereka sanggup berkongsi air yang ada.


Kalau nak cerita memang banyak kenangan bersama mereka. Lebih-lebih lagi saya yang ketegaq (baca:degil) ni. Apa yang penting doa saya sentiasa mengiringi mereka terutama Makcik Juma sekeluarga. Moga Allah berikan kekuatan pada mereka untuk meneruskan hari-hari mendatang sebelum menerima panggilan Ilahi.


Status saya di FB pagi ini...

muhasabah diri : bila mengingatkan kematian 4 orang guru di MATRI ( ummi halimaton, sir ghazali, cikgu zainuddin dan pak ya ) telah membenarkan kata-kata yang selalu disebut oleh Cikgu Halim (GB SRIK) ketika saya menjadi guru dahulu. 'kita cikgu ni takda pencen. Sampai masa MATI TU LAH PENCEN KITA'. Allahu akbar. Al-Fatihah buat mereka.


Memang sedih menerima berita kematian orang yang tersayang saat kita berjauhan dari mereka. Apa pun yang penting. Redha. Sampai masa kita juga akan pergi. Sudah cukupkah bekalan kita (baca:saya) ?


Baca perkongsian oleh Hilal Asyraf sebagai anak murid Pak Ya di MATRI. Klik SINI




Sayu hati melihat gambar ini. Wajah Pak Ya 2 minggu sebelum ajalnya sampai. Semasa di KLIA sebelum berangkat menunaikan umrah.


Wassalam.

3 comments:

Ummu~Ishak said...

semoga beliau ditempatkan bersama para solihin, amin

Anonymous said...

al-fatihah...
setiap yg hidup akan pergi jua...

nieda said...

Al fatihah..setiap yang hidup pasti akan pergi jua..semoga ditempatkan dikalangan org2 yg soleh.Amin