Thursday, June 10, 2010

Blueberry Yogurt & Strawberries.

Assalamualaikum wbt...


Tengahari tadi sambil duk fikir nak masak apa untuk makan malam ternampak strawberri yang dibawa oleh Ezzah semalam. Nak makan macam tu saja. MASAM. Jadi dengan kepakaran untuk menderhaka yang ada dalam diri ni. Saya pun memanipulasi bahan-bahan yang sedia ada dalam fridge. heheh.


Asalnya resepi yang dicadangkan menggunakan buah blueberry, blueberry yogurt dan kekacang. Memandangkan buah blueberry dah memang takda dalam stok. Saya gunalah strawberry sebagai pengganti.

Dalam kepala kalau dapat ABC kan best. Berangan ja lah ye Irma :)


Sedap di makan bila waktu panas. Rasa sejuk tekak bila ditelan. Oh ya. Satu lagi yogurt memang bagus untuk memudahkan penghadaman. Strawberri pula ada unsur-unsur anti oksida. Memandangkan sekarang memang musim buah berries. Jadi kena makan puas-puas. Nanti balik Malaysia jangan mengidam pulak :P


Teringat masa pergi kedai Asia di Preston. Saya nampak ada dijual buah betik yang memang elok masaknya. Bila tengok harga. Mak aaiii... 3.90 pound tak silap. Waaaa... telan liur je saya. Memang kensellah nak beli. Dalam kepala ni cepat aje buat kira-kira walaupun tak diminta.


Memang mentaliti saya tak pernah berubah sejak datang ke London. Bila nak beli apa. Mesti nak tukar dengan duit Malaysia. KECUALI beli barang di car boot sale. keh keh keh.


6 comments:

nieda said...

strawberi oh strawberi...sedapnya..Kalau kt Mesia betik murah, strawberi mahalnya..hehe

fazlinil irma said...

itulah kan.. terbalik. nak tukar pun jauh :)

Ummu~Ishak said...

uooohh... ngantuknye pepagi ni..

erkk.. apesal nampak strawberri pagi2?

dam dam dum.. bunyi perut

fazlinil irma said...

ummu...

jom sarapan dgn yogurt dulu.. biar sihat perut kita.. ;)

Nadiah Sidek said...

kitorg duk sini pejam mata je. mmg takleh la nak convert ke duit malaysia. tak mkn nnt :p

fazlinil irma said...

nadiah..

betul2. kdg2 tu kalau dah nak sgt pejam mata hulur duit jugak.