Saturday, June 12, 2010

Dalam Dilema...

Assalamualaikum wbt...

Salam hujung minggu. Mesti ramai yang pakat tarik selimut balik kan. Almaklumlah, cuti. Tak perlu nak mengadap kesesakan lalu lintas di pagi hari. Tak perlu nak terkejar-kejar hantar anak ke sekolah. Apatah lagi nak sediakan sarapan pagi. Yang penting. SAMBUNG TIDUR. Best. Best.


Yang kamu ni dah pukul 1.21 pagi tak tidur lagi. KENAPA?


Saya tunggu Subuh dulu. Dah alang-alang berjaga. Baik selesaikan solat dulu. Kalau tak ada yang Subuh Dinosour kang. :P


Ehm... sebenarnya. Saya dalam dilema. Nak keluar atau tidak esok? Dalam kepala nak pergi Regent's Park. Dah la 2 minggu lepas tak kesampaian nak pergi. Kalau bertangguh lagi. Tak tahulah sempat atau tidak nak tengok bunga ros lagi.


Kalau diperhatikan di laman-laman rumah orang. Bunga ros dah berkembang. Ada tu yang dah gugur kelopak bunga. Bila tanya orang. Mereka pun tak pasti. Haaiiiissshhh... ini yang fening kepala.


Nak pergi atau tak?


Dah la ini tahun terakhir di sini. Rugi rasa kalau tak pergi. :P

Aiceehh... pandai kamu kelentong pembaca ya bibik. Sebenarnya dalam simpanan dah beribu gambar bunga koleksi tahun-tahun lepas kan. Apa lagi ntah nak ditembak esok. ngeee.


Eehhhmm.. bagi orang yang tak minat dengan gambar. Memang tak kisah. Ambil gambar sekeping dah cukup. Bagi saya. Setiap kali ambil gambar. Bila di belek balik. Ada ja yang tak kena. Ada saja yang kurang. Jadi nak perbaiki kesilapan kena pergi menembak lagi. Aiseeyy. ALASAN TERBAIK nampak. :P


Ini adalah koleksi gambar-gambar tahun lepas. Bila tengok balik. Haaiisshh.. geramnya. Nak pergi tengok yang real punya.


Harap-harap bangun esok pagi. Semangat nak menembak datang dengan sendiri. Kalau tidak. Apa lagi. Tidur lah. wee.



Bunga ni di laman orang. Gambar bunga ros yang pertama saya ambil pada tahun 2009.



Kemudian saya mula pergi ke taman-taman yang berdekatan. Ini di Greenwich Park.



Puas memusing mencari. Tak cukup dengan cari sahaja.

Siap tanya lagi dengan orang yang berjalan kaki.


GIGIH.



Masa ni matahari tegak atas kepala. Jadi bila ambil gambar bayang muncul di hadapan saya. Susah jugak nak cari angel yang baik. Supaya gambar yang dihasilkan seperti yang diidam-idamkan.


Gambar Satu.


Gambar Dua.



Gambar Tiga.


Gambar satu, dua dan tiga diambil oleh kakak saya di sini. Kak Zue. Masa ni kami piknik di St James's Park. Beza kan dengan gambar yang saya ambil. Nampak sangat gaya amatur. huahua. Bila tengok gambar yang Kak Zue ambil. Waaahhh... cantik. Dalam kepala tak terlintas nak ambil macam tu. Saya budak baru belajar. ALASAN. :P


Jadi... doakan saya esok ya. Biar bangun tidur terus bersemangat nak pergi Regent's Park. Bukan tarik selimut dan tidur semula. kuikuikui.

Salam.


2 comments:

Nadiah Sidek said...

duk US ni pun sy jadi gila ambil gambar bunga :p

fazlinil irma said...

nadiah.. sbb kat msia susah nak jumpa bunga2 mcm ni..

so jgn lepaskan peluang.. hehe