Tuesday, June 8, 2010

Royal Albert di Harrods.

Assalamualaikum wbt...


Meh kita cuci mata kejap. Siang tadi sempat ke Harrods bersama Madihah sebelum dia pulang ke Manchester. Sajalah. Dah alang-alang satu jalan dari Science Museum. Kami pun gagahkan kaki ke Harrods. Tengok gaya orang-orang kaya shopping dan orang-orang macam saya cuci mata. =)


Salah satu tempat yang saya pergi ialah bahagian Dining Room. Jeng... Jeng.. Jeng...




Royal Albert dining set. Takut ooo.. nak ambil gambar ni. Sorok-sorok je ambik. Sebenarnya takda sapa pun marah. hehehehh.



Ni pun adik beradik Royal Albert tak silap kan. Cek bukan gheti sangat bab pinggan mangkuk ni. Saya suka hiasan meja makan dia ja. Nampak mewah. Ikan bilis kalau dihidangkan dalam bekas RA pun nampak mewah. ;P



Saya suka hiasan bunga tu ja. Pinggan mangkuk tak mau. Tak mampu la cek nak beli.


Saya kompius sebenarnya. Pinggan mangkuk yang diperbuat dari Bone China tak boleh dipakai kan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai katanya dibuat dari tulang bab*.


Jadi... apa guna membeli. Perhiasan sajakah..? Andai pembaca boleh berkongsi pendapat. Silakan...

5 comments:

khairussulhi said...

Kenapa perlu beli klu kita dah tau asal usulnya? Kenapa perlu nk letak benda yg dah confirm najis dalam rumah? Berbaloikah sekadar untuk hisan n untuk bermegah2 walaupon sekadar untuk koleksi?? Malaikat nak ke masuk rumah klu ada benda2 cam tu? hehehe~~ :) tanya jer...jawab sendiri~~~~

fazlinil irma said...

khairussulhi..

soalan muahasabah diri ni..

NORHAYATI BERAHIM said...

Fazlinil masa akak selalu berulang alik ke China, jurujual tu cakap..kebanyakkan tulang lembu sebab tulang lembu ni dia kuat dan lebih cantik, tapi mungkin juga ada tulang babi. Tahu sahajalah China ni, ramai yang suka menipu..
sebenarnya tulang tu tak banyak campuran dia..wawahualam..
Tapi akak tak minat china bone ni..he he..akak minta pinggan mangkuk.jatuh tak pecah.ha.ha

nieda said...

shoping kt tempat org kaya2..cuci mata pun best jugak

fazlinil irma said...

kak yati..

sy pun tak pasti lg. tu kdg2 jumpa yg murah dekat car boot pun x beli. was-was.

ahaaa.. betul. lg2 kalau anak2 kecil yg bawak. :)

nieda..

ada ja yg berkenan. tu pun mahal lg. kena tunggu sale la kalau nak beli :) buat kenangan..