Thursday, September 15, 2011

Kepada anonymous, Saya dah tahu... Saya dah ingat...!

Assalamualaikum wbt.

Subhanallah... sepanjang minggu ini saya dihantui dengan komen anonymous sampai tak boleh nak tulis entry disebabkan rasa yang kurang enak tentang komen dari dia. Rasa serba salah.

Antara sebab saya duk teringat-ingat lagi pasal hal ni sebab selepas komen pertama ada lagi komen kedua yang dihantar. Saya tak publish sebab rasa tak sesuai. Ini masalah antara saya dengan dia. Jadi pembaca yang komen entry tersebut memang tak tahu hujung pangkal. Mereka memberi pendapat berdasarkan apa yang saya tulis.

Selepas dua tiga hari duk fikir. Perah otak nak ingat balik, siapa pelanggan yang saya pernah tolak tempahan pada saat akhir. Tak ingat. Fikir lagi tak ingat. Sampailah masa, saya duduk sambil buat tempahan muffin. Allah beri saya ilham siapa gerangan pelanggan yang saya dah tolak tempahan dia di saat akhir.

Masa tu memang saya tak tahu nak kata apa. Bila dah ingat siapa tuan punya badan. Mulalah saya ingat apa yang berlaku pada hari tersebut. Saya ingatkan hal ini dah selesai bila saya hantar sms hari tersebut. Rupanya dia berkecil hati dengan saya.

Begini ceritanya...

Pada hari Ahad kejadian, saya hanya ada satu sahaja tempahan. Pelanggan nak kek karamel sebiji untuk diambil pada jam 3 petang. Saya terima tempahan tersebut kerana tak ada apa program dan tempahan lain. Dia dah tempah sejak awal minggu lagi. Lebih dari 3 hari seperti mana syarat biasa tempahan.

Nak jadi cerita sampai hari Jumaat, mak saya datang untuk bermalam di Rumah Danau dengan saya. Memang dah jadi rutin mak setiap minggu. Sebab saya tak duduk Rumah Keramat. Saya tinggal di Rumah Danau. Rumah arwah abang saya. Jadi, malam tu dia cerita pasal program Ihya Ramadhan di Masjid Hulu Klang. Saya tak cakap apa. Diam. Sebab saya tahu hari Ahad tu saya ada tempahan. Saya tak berani nak kata setuju untuk temankan dia. 

Esoknya Sabtu, mak masih bercerita tentang program Ihya Ramadhan. Dalam diam saya faham, mak mengharapkan saya menemani dia untuk bersama pada hari Ahad. 

Akhirnya.. tak mahu menghampakan mak. Saya tanya tentatif program macamana. Dari kata mulut mak, program habis tengahari. Jadi, kalau tengahari sempatlah saya nak balik buat kek karamel.

Seawal pagi Ahad kami dah keluar untuk ke Masjid Hulu Klang. Dari awal saya ok lagi. Dah masuk pukul 10 pagi saya tak nampak program ni boleh habis tengahari. Saya dah risau. Duk teringat pasal tempahan kek. Tak lama lepas tu saya sms dia (pelanggan yang nak kek karamel). Tanyakan kalau boleh kek karamel tu ambil lewat sikit. Nampak gaya tak boleh. Sebab dia nak balik Penang lepas ambil kek karamel pukul 3 petang.

Nak tak nak saya terpaksalah kensel tempahan kek karamel dia. Sebab saya memang tak dapat balik tengahari. Saya bagi alasan ada perkara yang tak dapat dielakkan. Perkaranya itulah. Saya masih berada di program Ihya Ramadhan sampai selesai solat Zohor. Jam 2 petang. Mana nak sempat buat kek dalam masa 1 jam.

Bila dah ingat balik siapa orangnya. Bila berlaku hal ni. Memanglah benar kata dia. Bukan sahaja pelanggan takde rezeki. Saya juga takde rezeki bila tempahan tak dapat dilakukan dan diambil pelanggan.

Maaf... Maaf... Maaf dari saya pada anonymous yang merupakan pelanggan saya pada tarikh tersebut kerana terpaksa menolak tempahan di saat akhir. Saya dah cuba untuk buat yang terbaik. Saya nak menemankan mak ke masjid dan dalam masa yang sama, cuba jugak nak menyiapkan tempahan kek karamel. Nampaknya apa yang saya rancang tak secantik aturan Allah swt pada diri saya. Dari satu pihak, saya berjaya gembirakan hati mak. Pada pihak dia pula, saya dah mengecilkan hati pelanggan. Maaf sekali lagi dari saya.

Selepas apa yang berlaku, memang jadi pengajaran buat saya. Pengajaran untuk masa akan datang juga. Bila tempahan dah penuh, saya akan tolak tempahan yang datang di saat akhir. Saya tak nak kejadian tak menang tangan dan menolak tempahan di saat akhir berlaku. 

Harapnya dengan penjelasan ini, anonymous dapat memaafkan saya di atas apa yang terjadi. Moga di masa akan datang tiada perkara sebegini berlaku lagi. Hikmah yang Allah nak sampaikan supaya saya belajar dari kesilapan ini. Walaupun rasa sedih. Ini adalah asam garam dalam perniagaan. Kena hadapi.

Syukur saya diberi peringatan/pengajaran melalui tulisan. Cuba bayangkan kalau pelanggan datang sembur depan mata. Masyaallah. Saya tak dapat nak bayangkan keadaan saya masa tu. 

Anonymous... Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.




9 comments:

CT Delima said...

Assalamualaikum

Selalunya begitulah, segala yang kita rancang hanya Allah yang menentukan. setelah membaca isi kandungan ini harap 'dia' mengerti.

Salam perkenalan dari kak ct dari Dapur CT :)

isya said...

assalamualakum...

kita hanya merancang Allah jua yg menentukannya..
kami ada pengalaman kena marah dgn customer . bukan saja kena marah malah dia keluarkan kata2 yg xsepatutnya di keluarkan . kes kami minta yuran anak dia. dah la dia xbayar berbulan2, malah kami di makinya . mmg nak nangis waktu tu tp , xtau la kekuatan mai dari mana, kami boleh handle customer tu. lps dia balik baru nangis puas2 . hehehe.. mcm lawak pun ada . baru kami rasa, sampai tahap tu manusia ni , so.. xmustahil la bila hati sakit dan xda hubungan dengan Allah manusia boleh bertindakan mcm2 .

Cho Zila said...

harap semuanyer dalam keadaan yang baik belaka selepas ini... mungkin kalau saya di pihak customertu rasa terkilan amat kot iyalah mungkin dia nak balik bagi family diakan.. tapi harap dia boleh memahami setiap kejadian pasti ada kebaikannya.. kebaikannyer duit selamat.. kui.. kui...

umiawadah said...

hmm..saya rasa tentu akak serba salah yang amat sangat waktu tu...itulah takdirNya...takpelah akak,kita perbaiki keadaan sebaik mungkin,

hana said...

perancangan Allah adalah sebaiknya..
semua yg berlaku boleh jd pengajaran...
=D

syidah - xiao hong said...

Salam,

kagum ngan Irma sbb sedaya upaya cuba gak mencari siapa si anon. harapnya si anon tak serik. nak buat mcm mn kita semua cuma insan biasa yg x sempurna.

p/s teringinla nak belajar ngan Irma, Irma x mo buat kelas ke?

azza said...

sbg pelanggan dia juga harus memahami...dia juga akan melakukan perkara yg sama andai dia berada di situasi itu. sama2 redha dan memaafkn bkn kah itu lbh baik...

eLLy said...

Selamat hari raya maaf zahir batin :p

anumuchan said...

kadang2 mmg terjadi kejadian tak menang tangan tu..xpela kak perkara dah berlaku pun..harap customer tu dapat paham dan terima :) mmg serba salah dibuatnya lagi2 bila melibatkan mak sendiri..