Wednesday, July 25, 2012

Easter Holiday : Torquay, Devon England.

Assalamualaikum wbt...

Semalam saya bercerita tentang Hari Terakhir di London. Korang dah baca..? Sudah. Terima kasih. Hari ni nak cerita lagi. Bila saya belek-belek album (baca: folder) gambar. Banyak lagi rupanya cerita yang saya tak kongsikan. Ada juga gambar yang dah dikongsi separuh jalan. Pastu berhenti. Tak sambung sampai hari ni.


Rugi rasanya bila tak kongsi. Bukan nak riak atau bangga diri tau. Sekadar perkongsian cerita dari saya semasa di sana. Best sangat..! Korang ada rezeki duit lebih, gunalah untuk berjalan melihat bumi Allah ni. Banyak manfaat dan ilmu yang boleh kita dapat. Sangat banyak bagi mereka yang berfikir.


Kali ni saya nak sambung cerita tentang percutian kami bersama-sama rakan-rakan dan pelajar Malaysia yang bekerja dan menuntut di sana. Saya dah pernah cerita sedikit tentang Torquay ni. Ada di sini. Meh la baca kat sini. :)




Pembuka gambar cerita kita. Budak comel hensem ni nama dia Fatih.  Bagi sesiapa yang baru jadi kawan saya barangkali tak tahu. Dulu masa di London saya jadi pengasuh. Gambar kanak-kanak empat orang di header atas ni bukan anak saya ya. hehe. Siang tadi ada yang menyangka mereka anak-anak saya. hikss. :)




Hari ketiga, kami menyambung perjalanan menuju ke pantai. Lupa dah nama apa pantai dia. Almaklumlah... dah lama peram gambar. Sekarang baru nak cerita. Apa pun pantai ni masih dalam kawasan Torquay. Saya masih lagi memegang jawatan pembantu juruterbang. Ahakksss. Perasan!


Depan tu, mini bas yang dibawa oleh suami Kak Siti.











 Gambar ni nak bagitau betapa lajunya akhi Fauzi bawa mini bas tu. Mula kami boleh follow lagi. Tak lama lepas tu dah hilang. Sampaikan kena telefon beritahu jangan laju sangat. Ingat anak dan isteri duk ikut dari belakang. hahaha. :P

Cuaca hari tu elok je panas ada matahari. Baru la best nak ambil gambar walaupun dari dalam kereta saja. heh!




Masa ni awal musim bunga. Masa cuti Easter. Jadi pokok pun takde daun lagi. Gondol...!!!




Yeayyy... dah sampai pantai. Alaaa... bukannya boleh masuk pun dalam air. Sejuk ketaq. Takat main tepi ja. Buat syarat jumpa pantai. Mandi lagi la, memang takkan.



Subhanallah... cantik sangat bumi yang Allah ciptakan untuk kita semua.Sambil dengar lagu Maher Zain tajuk Open your eyes memang boleh buat nangis sorang-sorang. Insaf sekejap!



Tak dapat mandi, main-main pun jadi la kan. Ini pun saya duk ulang cakap, 'hati-hati Fatih.' Takut dia terlebih excited ke depan. Anak orang weiii. Bukan anak patung!




Main-main kamera atas pasir. Kat sana pasir pantai dia lebih kasar. Boleh kata macam batu-batu halus.



Tengah kami seronok bermain, ada sebuah helikopter mendarat. Semua pakat sibuk panjangkan leher nak tahu apa yang berlaku. Rupanya dekat hujung pantai ada orang sakit. Kecoh la sekejap.



Dekat hujung pantai sana berlaku kecemasan sampai kena panggil helikopter. Memang patut pun helikopter datang sebabnya kawasan pantai ni jauh dari bandar. Ada kebarangkalian pesakit boleh mati dulu sementara nak tunggu ambulans datang. ;P

Perasan tak awan  dalam gambar di atas. Rasa macam nak capai dengan tangan. Rendah sangat..!



Rumah rehat entah siapa yang punya.


Lepas habis beraktiviti di kawasan pantai, kami bergerak ke kawasan tebing tinggi pulak. Alahaaiii.. memang lupa sungguh la nama tempat ni. Nak lagi best... bateri pun dah nak habis masa sampai sini. Gambar memang sangat terhad.






Kata-kata dari Imam Syafi'i : "Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iatu menghilangkan kedukaan, mencari rezeki, faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia."


Belum habis lagi gambar. Nanti saya sambung lagi.








10 comments:

nieda said...

subhanallah.,.cantiknya. Kalau ada rezeki teringin nk mengembara

Allene said...

teringin gak nak mengembara.... :(

mama tisya said...

sronok dpt pegi negara org

Nur Ilham said...

Sangat cantik gambar yang letak kamera atas pasir tu.

Eliss Mie said...

alahai seronoknya tengok gambar tmpt orang. hubby saya pun ingat gambar tu anak irma. ada ciri keibuaan gitu :)

none said...

salam, kalau gi london jangan lupa ya akk nak ikut sekali...hehe


puan sri,
labuan

kose said...

suka tgk gambar2 pengembaraan irma. cantik2 belaka.

IntaNBerliaN said...

org ada kamera mahai syoklah ambik gambo... cantik je :-)

miss cloudy said...

salam ramadhan.. best nyer dpt merasa dok d negara org..

wisata outbound malang said...

salam ramadhan :)
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...