Sempat rawat 2 komando Israel
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my
KETUA Konvoi Malaysia/wakil delegasi Malaysia-Indonesia Noorazman Mohd Shamsuddin (kanan) dan Hasanuddin Mohd Yunos (dua dari kanan) pada Majlis Syura Freedom Flotilla.
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my
Sukarelawan Turki minta doktor kita beri bantuan perubatan kepada askar Zionis cedera
KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada.
“Saya terharu apabila ada beberapa orang Turki membawa tentera yang cedera dan meminta saya merawatnya. Ketika itu beberapa orang Turki lain cuba menghampiri untuk mengasari komando Israel, tetapi dihalang petugas lain.
“Malah, pemerintah kapal menghalang kami bertindak kasar terhadap mereka. Rawatan yang diberikan juga sangat teliti dan selepas itu mereka diletak di tepi kapal. Tiba-tiba dua tentera itu sendiri terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sedangkan kami langsung tidak mengancam mereka.
“Tangan mereka juga tidak diikat. Rawatan yang diberikan kepada tentera Israel menunjukkan betapa semua sukarelawan bukan pengganas. Kami langsung tidak mengasari mereka meskipun ada peluang untuk berbuat demikian.” katanya.
Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika serangan bermula selepas solat Subuh, keadaan atas kapal menjadi huru hara dan ketika itu beliau menerima panggilan petugas Turki yang memintanya segera ke bahagian atas kapal.

“Di situ, kelihatan tiga sukarelawan cedera parah. Seorang ditembak tepat antara dua kening dengan otaknya terburai di belakang kepala tetapi gagal diselamatkan. Tiga lagi yang cedera parah perlu menerima rawatan lanjut segera, namun gagal mendapat kerjasama tentera Israel.
“Saya meminta tentera Israel membawa tiga yang cedera untuk dirawat, tetapi jawapan yang diberikan membuka pekung mereka sendiri. Kata mereka, ini adalah kawasan perairan antarabangsa dan sukar membawa pesakit keluar.
“Mereka sendiri yang akui perkara itu.
“Selepas dirunding beberapa kali, barulah pesakit dibawa keluar. Seorang daripada mereka adalah wartawan Indonesia yang cedera parah yang tertembak pada tangan.
“Boleh dikatakan, dalam masa tak sampai lima minit, kapal berubah menjadi hospital,” katanya.
Beliau berkata, dalam kapal yang disertai sukarelawan dari hampir 50 negara itu termasuk seorang bayi berusia dua bulan setengah dan warga emas berusia lebih 80 tahun.
Dr Syed Mohd Haleem berkata, ketika tiba di Ashdod, rakannya, Dr Arbaie Syawal yang sempat mencium dahi tiga mayat sukarelawan Turki mendapati mereka berbau sangat wangi seperti wangian kasturi di Uhud.

Allahuakbar... Moga syahid mereka menjadi pencetus semangat untuk kita beroleh SYURGA ILAHI. Insyaallah..
1 comment:
Allahuakbar...
Post a Comment