Tuesday, June 29, 2010

Pemenang Teka Nama Bunga.

Assalamualaikum wbt.


Terima kasih kepada pembaca blog saya yang sudi meninggalkan jawapan pada soalan 'Teka Bunga'. heh. Sebenarnya... idea untuk buat soalan tu secara spontan. Takda fikir-fikir pun. Masa nak tutup entry tu boleh pulak saya buat tanda soal (?). Pastu terus masuk bilik. Duk belek-belek apa la nak bagi sebagai hadiah. Dalam banyak-banyak souvenir yang saya beli. Saya pilih plate yang ada gambar  beberapa tempat menarik di London. Yang penting RINGAN. heh. 

Ambil gambar. Transfer. Edit. Upload. Taraa. Punyalah SPONTAN

Jadi. Dalam ramai-ramai yang menjawab. Saya pilih SATU sahaja PEMENANG. Maaf. Sebab kuiz ni takda  syarat yang pelbagai. Jadi jawapan yang pelbagailah yang saya terima. Kalau ikut skema jawapan peperiksaan SPM (eceeh). Mana boleh soalan dibalas dengan soalan. HaHa. Lawaklah korang ni. Senyum-senyum saya baca jawapan sorang-sorang. Macam pemeriksa peperiksaan la pulak. 

Tu pasal saya ambil masa dua hari nak tentukan pemenang. Alahai, Macam ramai sangatlah yang meneka ye.  

Dengan ini, saya memohon maaf kalau ada yang berkecil hati sebab tak dipilih sebagai pemenang. MAAF YA. Ada rezeki saya kongsi lagi hadiah. Masa tu siap ada syarat yang lengkap. Insyaallah.

Buat pembaca yang menggunakan nama Kacap Terlabik. Sila emailkan NAMA dan ALAMAT saudari untuk saya uruskan soal penghantaran ya. Terima kasih. 

Saya pilih Kacap Terlabik sebagai pemenang kerana jawapan dia yang pertama sekali dalam senarai jawapan berbentuk soalan. heh.

email saya : niel_2203@yahoo.com


Meh nak tunjuk gambar bunga yang sedang berkembang.






Lily Kuning.




Lily Merah Jambu. eceh. 


Ini gambar yang diambil tahun lepas. Tahun ini masih dalam bentuk kudup lagi. Dalam seminggu atau dua nanti. Kembanglah dia.

Buat sahabat saya Fathiyah yang dikasihi. Anti baru balik dari sinikan. Jadi ana bagi peluang pada yang lainlah ye hadiah ni. Ana tak pasti samada anti perasan atau tidak bunga ni masa di rumah kak ct ni. Harap anti tak kecil hati. =)


Dalam kepala dah tahu nak buat kuiz apa. TUNGGU. ;D

Wassalam.

5 comments:

nieda said...

cantiknya bunga..nida x kenal jenis2 ni..hehe

Ummu~Ishak said...

saya kalau tak join/tak menang contest pun awak tetap kena wak balik souvenir utk saya kan? :p (ayat paksa)

Fazlinil Irma said...

cantik. sy pun tahu yg biasa2 ja nieda. yg detail jenuh jgklah sy nak cari nama =)

ummu.. ahaaa. TUNGGU sy balik. ;D

Anonymous said...

ala... apesal buat sehari jer?
tak sempat akak nak join, nanti buat lagi ye?

Fazlinil Irma said...

kak fa10..

gelak sy kat sini. sy tunggu jgak sampai hr isnin. xde sapa nak jawab lg. tu pasal sy publish jwpn. heh.

insyaallah. nanti sy buat lg =)