Assalamualaikum wbt...
Waahh... apasal tajuk macam kena dera je. :)
Sekarang dah ok. Sebelum, semasa dan selepas buat kek ni, emosi saya kurang stabil. Asyik teringat pada arwah yang dah pergi.
Kek ni ditempah oleh isteri kawan arwah abang saya yang sama-sama meminati motor besar. Dia tempah rainbow cake dengan gambar motor Ducati.
Masa nak order Edible Image tak rasa apa lagi. Bila dah sampai, tengok sendiri dan pegang gambar tu, perasaan sayu datang. Nasib masa potong gambar, air mata tak menitik. Naya kek orang rasa masin!
Masa buat kek ni teringat dekat arwah. Dulu masa saya dekat London, pantang nampak saya online mesti ada saja barang yang dia dah sedia untuk saya beli. Arwah jugaklah orang yang perkenalkan Ebay Uk pada saya. Ajar saya macamana nak bid. Pastu saya jugak kena bayar. Eh.. sebenarnya Kak Siti yang bayarkan. hehe. Saya mana ada akaun Paypal.
Apa yang tak dibeli. Helmet. Kasut boot. Sensor helmet. Glove. Nasib jaket je saya tak sempat belikan. Kadang saya nampak jugak jaket motor dekat car boot sale. Saja malas nak belek. Masa ni la saya yang tak tahu apa langsung pasal jenama barang semua dah boleh jadi tahu. Sekarang dah lupa la semua. ;P
Alhamdulillah... walau arwah dah pergi meninggalkan kami semua. Ingatan pada dia tak pernah padam. Lebih lagi, sekarang saya tinggal di rumah yang dibeli arwah. Kadang terbayang angan-angan, macamana kalau dia masih ada bersama kami.
Al-faatihah. Moga arwah aman dan tenang di sana.
Untuk Ekin... terima kasih kerana menempah kek dengan saya. Nanti kita bekerjasama lagi ya..! :)
3 comments:
Lawanya kek. :)
Salam Irma.
Salah satu sebab saya selalu baca blog ni pun sebab nak teruskan silaturrahim dgn Irma juga memandangkan kami sekeluarga pernah beraya di rumah Mak Irma masa arwah masih ada. InsyaAllah kita sama2 doakan arwah Abang Wadi ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman. Amin. Nanti saya nak tempah cupcakes untuk Ayin ye. Apa2 saya email Irma nanti.
sabar ye irma. saya pun doakan arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, amin..
Post a Comment