Tuesday, June 19, 2012

Fondant. Hands On dan Demo.

Assalamualaikum wbt.

Penat. ~ sambil tumbuk-tumbuk leher. Picit-picit tapak kaki la kunun nak bagitau penat.~

Alhamdulillah. Rancangan yang dah lama ditulis, terlaksana juga akhirnya.

Sabtu dan Ahad, hujung minggu semalam. Saya menghadiri dua kelas fondant berlainan tempat.

Satu dengan Kak Ita Mahat, pemilik blog Gula dan Mentega. ~pi Google sendiri lekaih.~

Dua dengan Adik manis lagi cun. Annisa, pemilik bersama Cupcakes Confetti Studio. ~pi Google jugak~

Maaf pada semua yang bertanya order. Memang saya tolak secara baik semua order yang masuk. Kecuali satu. Memang tak leh nak tolak. Order dari mak sendiri untuk kawan dia. 

Sebelum ni saya suka tengok hasil kerja Kak Ita. Kemas, Cantik. Semestinya dah ada trademark dia sendiri. Jenuh juga nak cari kelas fondant.

Syarat saya satu je. Kelas tu mesti senang nak pergi dengan pengangkutan awam. Almaklum laaaaa (panjang nam harakat) saya ni kan takde kereta. ~ sambil buat muka sedih. ceitt~

Makanyaaa... pada pagi Sabtu jam 7 pagi, bermula lah perjalanan saya.

Danau Kota - KL Sentral - Kajang - Saujana Impian.

Jam 930 pagi baru la saya sampai rumah Kak Ita. Sempat lagi masa dekat KL Sentral saya breakfast McD dulu. :)

Kelas bermula jam 10 pagi. Ada 2 orang lagi selain saya. Aminah dan Yati.

Bermulalah sessi menuntut ilmu bagi seorang amatur seperti saya. Jika sebelum ni saya keliru tentang fondant, gum paste, figurines, gum tax, CMC blaaa... blaaa.... Terjawab lah semua persoalan yang selama ni duk terbang atas kepala saya.

Saya ambil Kelas Cupcakes Fondant dan Figurines. 

Nak pendekkan bebelan. Inilah hasil kerja saya selama 9 jam. 












Buat fondant ni memang penat. Bukan sikit penat dia. Bagi yang baru pegang fondant macam saya, nak siapkan satu set macam kat atas ni, mula pukul 10.00 sampai la jam 7.30 malam. Berhenti makan dan solat je. Tu pun tak sampai sejam rasanya. 

Pukul 10.30 malam baru sampai rumah. Tu pun mak dah call berulang kali masa kat KL Sentral. Saya tak dengar sebab saya perlahankan suara hp. Kunun nak fokus masa belajar. ;P

Masuk hari kedua. Hari Ahad.

Kali ni kelas dekat je. 20 minit dah sampai. Penat semalam masih bersisa. Tak boleh tidur walaupun mata ni memang ngantuk sangat lepas solat. Gagahkan kaki berdiri. Kena siapkan kek karamel sebelum pergi kelas. Sambil duk bergolek depan tv tunggu kek masak. Hujan turun. 

Puuuurrrr...!!!

Bestnya la kalau dapat sambung tidur. Berangan la sajork. ~sambil gosok baju~

Pukul 9.45 baru keluar rumah. Gila lambat betul. Siap SMS Annisa, kalau semua orang dah sampai. Mulakan saja dulu demo. Rupanya masa saya sampai, ada lagi 2 orang lambat dari saya. Selamat. Selamat. heh.

Hari ni tak penat sangat sebab kelas demo je. Kalau ada penat pun barangkali sisa-sisa dari kelas semalam. 

Apa yang best dengan kelas hari ni terletak pada dua perkara. Guru yang mengajar dan kek yang terhasil.

Satu... cikgu fondant saya ni memang muda. Di saat rakan sebaya dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di U, dia pula memilih bidang bakeri sebagai kerjaya masa depan dia. ~Ewaahh.. ayat macam nak masuk majalah~ 

Pada umur sekarang, dia dah boleh kendalikan kelas fondant sendiri. ~ saya nak buat kelas pun duk bertanggah lagi~

Dua... tahukah korang (mestila tak tahu kalau saya tak bagitau kaann) kek yang dihasilkan oleh Annisa bersumber inspirasikan dari benda yang ada di rumah dia. Langsir, butang, pengikat langsir dan kipas. 

Nak kata pelik pun tidak juga. Begitu lah seni. Jika kita pandai guna dan olah. Cantik la hasilnya. macam gambar di bawah.




Nampak simple tapi ada nilai tersendiri pada kek tersebut. Kalau sapa tengok pun tahu. Kek ni Annisa yang punya. Kalau bukan Annisa yang buat. Orang akan kata, 'Ko pegi belajar dengan Annisa eh..?' Tak pun, 'ko ambik idea kek Annisa kan.' Ayat kedua berbunyi sedikit kejam kan. :)

Alhamdulillah. hajat untuk belajar fondant dah tercapai. Tinggal lagi sekarang nak beli dan kumpul barang keperluan fondant. Duhet... duhet...!!

Oh ya... buat yang tidak tahu. Harga kek fondant mahal kerana tenaga dan usaha untuk membuat satu biji kek. Bukan senang ooo..!! 

Macam saya la kan yang amatuuuurrr ( baca 10 harakat) ni. Nak siapkan 1 set 10 biji figurines ambil masa 9 jam. Kalau buat pavlova dapat 4 set pavlova 1 kg 2 lapis. Satu set fondant RM160. Empat set pavlova RM300. Gila duhet betul Irma ni tau...!!! ;P

Hahaaaa... kalau dah minat. Duhet tu dah letak nombor dua. Keseronokan mengulit fondant sampai jadi kasut, kereta, beg tangan, DSLR dan macam - macam lagi tu yang tak dapat nak samakan dengan kerja membuat pavlova. Seronok dan ralit.

Apa pun, usaha untuk menuntut ilmu belum berakhir lagi. Ini baru permulaan. Ada lagi kelas-kelas yang akan menyusul bila poket dah penuh.





 

14 comments:

Unknown said...

akk pun teringin, duit ada.....masa pula tak kena..
Irma belajar ni dpt sijil ye?

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiii, cantiknya fondant pompuan pakai tudung tu, soooo cuteeee

yatie chomeyl said...

kek fondant mmg sgt cantik cuma fondant tu manis sgt, ada org x suka. tp yatie suka je eheheh

Eliss said...

kreatif gila tengok ! kalau eliss entah jadi rupa apa laa :p hehehehe

mama aleen said...

comel sgt..

Farah Deeb said...

Weee comelnyaaa.. memang fondant nak membuatnya berejam! Kite dulu wat dari kol 7.30 malam bawak ke pukul 2 pagi baru siap boleh???
My latest Entry :)
JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

kathy said...

comelnye kak.. tapi nak buat tu memang kene buat muka comel (muka sabar) jugaklah kan..hihi..

Mariani Shafie said...

canteekknyerr...bila sy bleh blajar ngan akak nih? hehe

Mariani Shafie said...

canteeekknyeerrr hasil kerja akak...bila sy bleh blajar ngan akak nih? hehe

Mariani Shafie said...

canteekknyerr...bila sy bleh blajar ngan akak nih? hehe

Mariani Shafie said...

thumbs up!

IntaNBerliaN said...

a'aa kak.. mmg fondant ni mahai kan.. nk buat sgtlah cerewet tp sy xsk sgt sbb manis.. :-)

-atiQah- said...

kak irma, sy pun nak pergi belajar dgn kak anita julai ni. hehe. xsabar! tgk gmbr kelas figurine tu pun teringin jgk.

Flying Fishbone said...

kak irma, sempat tak nak tempah fondant utk ambil 07 september?