Alhamdulillah... selesai urusan hari ni. Hari pertama kerja selepas cuti panjang. Memang lambat start enjin. Saya ambil 3 order je hari ni. Yang lain saya tolak. Kunun nak cuti sampai esok. Bila plan yang dirancang tak menjadi. Maka bila datang order baru, saya terima. Cuti pun dipendekkan.
Kerja sendiri. Saya lah boss. Saya juga pekerja. Senang kan. Tak payah nak sign borang cuti. Sentiasa diluluskan. :)
Oreo Cheesecake. RM 60. 1.45kg. 8 inc.
Selesai dihantar tengahari tadi jam 2 petang. Moga yang mengidam dah dapat makan kek ni. :)
Nama saya Irma. Kepakaran saya ialah menjual pavlova yang sedap, berkhasiat dan menyelerakan pada setiap mata yang memandang.
Ewaahhh...! :)
5 comments:
Sedapnyaaaa.. hehehe
assalammualaikum kak irma..
sy silent reader blog kak irma..
pavlovo resipi kak irma sy da buat bnyk kali..
mmng terbaik...
thanks kak irma
sedap sgt tgk pavlova tu
and you're absolutely right! :) memang sentiasa terliur tengok pavlova itu!
meriahnya buah...
seriuslah kak irma... setiap kali sy msk blog akak kn.. mmg sentiasa buat sy telan air liur..
nk order xdpt.. sy duk kedah.. sy bekenan dgn carrot cake tu.. cr kat kedai xjumpa.. nk buat xreti... hihii
Post a Comment