Thursday, June 21, 2012

Hari untuk Rainbow Cake.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... urusan hari ni dah selesai. Penghantaran kek terakhir jam 9.45 malam tadi. Hari ni saya buat kek yang sama sebanyak 3 biji. Kiranya tema hari ni ialah Rainbow Cake.

Nak buat Rainbow Cake ni perlukan loyang yang banyak. Enam biji loyang. Sapa rajin, boleh jugak buat tujuh lapis mengikut warna pelangi yang sebenar. Cuma bila nak jual ni, kurang sesuai sebab kek akan jadi terlebih tinggi. Sampaikan nak tutup kotak pun tak boleh. Kena renggangkan sedikit penutup. 

Ada juga teman yang rajin guna satu loyang untuk tujuh warna. Rajin menunggu dan rajin nak basuh loyang berulang kali. Saya masa pertama kali cuba pun ada dua biji je loyang. Pastu tambah lagi dua. Semalam tambah lagi tiga biji. Sekarang rasanya saya ada lebih dari tujuh biji loyang saiz 8 inc. Tak terkira dah.

Selain dari loyang, saya beli juga mangkuk besi untuk warnakan kek. Dulu masa mula-mula pakai je bekas -bekas plastik. Lecehnya bila nak membasuh. Lekuk-lekuk bekas tu ambil masa untuk menyental. Sekarang saya beli tujuh biji mangkuk untuk warnakan kek.

Betul la kata senior baker. Tahun pertama dan kedua ni memang kerjanya beli je peralatan. 











Terima kasih Fie.  Pertama kali order dengan saya. Harap dapat memenuhi citarasa awak ya.

Terima kasih Jiha dan Ekin. Mereka ni dah lebih dari tiga kali order kek dengan saya. Kira pelanggan setia. Ekin siap tanya dah, ' puasa ni ambil order tak?' 

Insyaallah, ambil. :)





5 comments:

deena said...

Terbaekkk la k.ema...

ummiarissa said...

cantik!...saya suka tengok design kek..kemudian saya akan cuba gabungkan dengan idea saya sendiri..

♥MAMASYAZA♥ said...

perghhhhhh semuanya nampak berseri. alahaiiii....mesti sedapppp niiii

IntaNBerliaN said...

semuanya cantik2.. :-)

AtikAh said...

akak, xde share resepi ke