Monday, June 11, 2012

Dulu dan Sekarang... Ada beza.

Assalamualaikum wbt.


Mereka sedang memilih sticker sebelum mula mengaji.

Dulu saya ajar juga mengaji. Tak perlu pun sticker bagai. Mereka tetap juga datang mengaji.

Sekarang... berbeza. Saya perlu memikirkan 2-3 strategi untuk menarik minat mereka mengaji.

Satu... beli sticker. 

Dua... selain dari sticker, saya bagi peluang mereka bermain 15 min sebelum atau selepas mengaji. 

Tiga... sediakan makanan atau minuman yang mereka suka.

Biasanya cukuplah tiga perkara ni. Salah satu memang berkesan. 

Kadang datang juga angin mood tak baik. Dah sebut 10 kali pun, masih tak ingat. Akhir sekali saya biarkan. Kalau diteruskan, saya takut saya yang meletup. haha. Biarlah dia meletup sorang-sorang. Bila dah menangis tu, saya kadang suka mengusik. ;P

Apa pun, saya sentiasa positifkan diri. Didik diri sendiri. Mohon doa diberikan kesabaran untuk mendidik mereka. Melayan kerenah mereka.

Alhamdulillah... bila sehari dapat dilalui dengan baik. Mereka dapat belajar. Saya juga dapat belajar. Sama-sama belajar.


3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

sama jugak macam anak2 akak, skrg ni pun kalo beli buku ABC, mesti ada sticker kat tgh2 buku tu, buat latihan tak le sekusyuk manapun, main sticker lebih kusyuk

Sue said...

teringin nak merasa pavlova cik irma.... ade servis penghantaran ke kajang tak... pls...

Farah Deeb said...

Hahaha samelah kite. Kalau layan lame kang sendiri pulak rse nak meletupkan? Ahaks!
My latest Entry :)
JJCM: Le Chateau De Puah