Mula duk dalam bilik. Jauh pulak saya nak keluar masuk bila dia panggil nak minta tolong.
Saya bentang sleeping bag dekat dapur. Senang.
Bukannya dia baca sangat pun. Picit je lebih. Dah boring dia tukar buku lain. tak kena gaya, panggil saya suruh bantu. Tu yang saya tak jadi keja. Duk melayan dia main.
Dah boring dengan leap pad, tukar buku pulak. Ajak main pop up princess book.
Layankan la jugak dia sekejap main dengan buku ni. Berlakon jadi princess pukul 1 pagi. Orang lain semua dah tidur. Yang si kecik ni sorang masih berjaga.
Bukan selalu pun. Hujung minggu je dorang datang rumah saya. Hari lain takde sapa pun kacau saya dekat dapur. Duk la sorang. :))
Naahh... sekarang dah rindu. Suka sangat sekarang sakat dia. Mulut dah banyak cakap. Sikit-sikit bila saya cakap tak kena dengan apa dia nak, mula la keluar ayat. 'Saya merajuk dengan mak lang!'
Aduii... pandai betul cakap. Saya pun mula la menyakat. ' Ok.. sapa merajuk tak leh swimming hari ni. Kakak Wawa dengan Jiha je boleh swimming'
Dah tak jadi merajuk. Terus keluar ayat baru. ' Tak merajuk. Tak merajuk dah. Ira sayang mak lang.'
Hahaha. Kan dah kena balik. :))
Satu lagi saya suka sakat bila saya dengan mak tengah duduk berehat. Saya pun sajalah duduk baring atas riba mak. Mulut duk bunyi, 'ni mak kita'. Dan dan terus tolak kepala saya, peluk mak ketat-ketat. Lagi saya tambah usik. 'Eh.. ni bukan mak awak. Mak kitaaaaa...! ~panjang 6 harakat~
Terus nangis.Saja je suka menyakat. Dah takde keja. Pastu mula la mak bising. Elok je tadi senyap dah menangis. :))
Senang je pujuk. Buka Youtube lagu Five Little Duck, terus sayang mak lang balik. :D
Ok... dah nak masuk pejabat (dapur).
Selamat bekerja buat semua..!!
Mulakan kerja dengan bismillah dan niat kerana Allah.
~Senyum~
7 comments:
comeynya jer dak tecik nih...!
bab nyakat bebudak nie mmg best sbnrnya...bila diaorng nangis...pas tu saje la pujuk...mcm tnjuk syang la pulak... ...hehe...
macam2 =) budak2 kan
sempat lagi menyakat budak time nak masuk dapur...he he he selamat bekerja di dapur!
p/s:pavlova menjadi idamanku..(tak rasa lagi)
hahaha.. budak betah bercakap ni + pelat die. suke dengar.. hihihi :)
Hehehe... Kalau budak dah pandai cakap, memang seronok nak layan...
bestnye umah mak lang byk buku cerita...hehehehe
alahaii sy yg tengok ni plak bekenan dkt buku dia tu... :-)
Post a Comment