Tuesday, June 26, 2012

Tempahan Lasagna.

Assalamualaikum wbt.

Selain dari kek, saya juga menerima tempahan makanan seperti lasagna, makaroni bakar, roti jala dan macam-macam. Maksud macam-macam ni bila tiba bulan puasa (tahun lepas contohnya) dapat projek moreh. Masa ni macam-macam yang saya buat. Mee kari, bihun goreng, roti jala, kuih... bla.. bla.. blaa. Ikut kata yang order. Kata hari ni nak order roti jala, saya buat roti jala. Yang penting bujet mahu cukup. Banyak bujet, banyak barang yang saya letak.

Bagi saya senang je. 'Macamana saya masak untuk sendiri, macam tu juga saya jual.'

Ini tempahan minggu lepas.


Saya gunakan cheddar dan mozarella cheese untuk topping. Saya lapiskan dengan sos putih. Saya jual sebanyak 3 lapis lasagna. Tebal kan..!!! :))

Cakap pasal harga. Satu bekas 8x8x3 inci saya jual dengan harga RM55. Bekas 8x4x3 harganya RM30.

Alhamdulillah.. maklum balas dari kawan-kawan dan pelanggan yang dah rasa. SEDAP..!

Anda bila lagi nak cuba..?? :))

Untuk tempahan boleh hubungi saya. 013 258 8230. Irma.

Terima kasih pada yang menempah.






3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiiii nampak sedapppp sgttttt

- AZIE - said...

memg nmpk pun dh sedap!

Ekin said...

Sedapnya... satu hari nak tempah jugak lah :)