Wednesday, June 6, 2012

Jom tengok. Boleh order jika berminat.

Assalamualaikum wbt.

Seronoknya bila dapat cuti dari pegang tepung dan mentega. Tak yah nak fikir bangun tidur kena keluarkan mentega. Pastu nak sukat gula dan basuh telur.

Bangun tidur lepas solat boleh sambung tidur. Weehooaa... sekali sekala memang syok bangun bila matahari dah tegak atas kepala.

Tambah best lagi sekarang tengah tengok drama korea. My Girl. Walaupun dah tengok 2-3 kali sebelum ni. Layan je. Dah nama pun cuti kaaann..!!

Cuti tak bermakna takde gambar kek. Meh la saya kongsikan gambar kek yang lepas-lepas. Ada banyak lagi yang belum di kongsi.

Mana tau... ada sesapa yang tengok dan berminat nak tempah kan.



Rainbow Cake dengan tema Upin dan Ipin. Tambahan 9 biji cupcake dengan tema Liverpool.



Red Velvet Cake sempena Hari Ibu.



Red Velvet Cake untuk hari jadi.



Red Velvet Cake. Kali ni saiz 10 inci.

Mencabar jugak nak lapiskan kek ni. Tak kena gaya dan cara mahunya gempa kek jadinya.















Kek Karamel. Kek yang banyak menguji kesabaran saya sepanjang tahun. Ada ketika dia elok jadi. Ada masa dia menguji kesabaran saya dengan hasil yang kurang cantik. Semua ni saya belajar dari pengalaman sendiri. 


Ok.. dah masuk Zohor. Berhenti lah dulu. Nanti saya sambung lagi. 

Jom solat.


 


 

6 comments:

dayangredzuan said...

look very nice la akak..
fyi, sy dah jalan2 kt blog akak sampai habis..sy minat baking jgk...tp utk makan sekeluarga je..nk meniaga x berani lagi

Asmara said...

eh akk pun baru je abis tengok my girl minggu lepas padahal dah bertahun2 citer tu. terngiang2 lagunya kat telinga. kihkih..

deena said...

Kak ema...., geram tgk kek merah menyala tu..

Emma Nuwiba said...

Salam, kak, saya ni silent reader akak..saya suka sangat tengok kek2 yg akak buat. Mengidam rasa! hehe.. InsyaAllah bulan 9 ni nak order kat akak untuk jamuan makan2. ;)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sis buatla resepi untuk kek karemel pelnagi tu...sungguh cantik laaa mempersona....buat laa tutorial sekali...request daro org jb...huhuhuuu

sin said...

salam, kak irma, kek red velvet Puan.Hamidah yang akak buat sangat sedap. best red velvet we ever had.. sedap,moist, mampat..semua cukup.hihihih.cream cheese tak memuakkan.n yg pnting lembut...