Sunday, July 1, 2012

Eh... biru semuanya..!

Assalamualaikum wbt.

Selesai. Lega rasanya bila semua urusan tempahan dah selesai. Memang sangat penat bercampur berdebar selagi urusan tak selesai.

Saya paling bimbang jika terlepas pandang tempahan. Cukuplah dua kali rasanya saya TERLUPA tempahan pelanggan. Sekali bila pelanggan telefon nak ambil kek. Saya sedang elok duduk berehat macam takde tempahan. Sadis sungguh bila ingatkan balik kejadian tu. 

Selepas kejadian tu, saya lebih berhati-hati dengan tempahan yang ada. Ulang semak sms dan email yang dihantar. 

Minggu ini juga saya belajar banyak perkara dengan kerenah-kerenah pelanggan yang pelbagai. Mana yang baik kita kekalkan. Mana yang kurang kena perbaiki dan ambil iktibar.

Buat kerja sorang-sorang ni memang lah kena hadap semua. Saya yang ambil tempahan. Saya juga yang jawab panggilan. Sampaikan saya jugalah yang kemas periuk loyang yang masih belum dibasuh. Jadi bila pelanggan kata saya garang. Memang ada kala saya akan bersikap garang dengan pelanggan yang main-main. Setiap hari berhadapan dengan panggilan tempahan membuatkan saya boleh kenal dan tahu yang mana satu pelanggan serius dan pelanggan yang banyak songeh. Semua tu pengalaman yang mematangkan saya. 

Bila diimbas balik, ada kala rasa syukur juga bila tiba masa tempahan banyak. Saya tak menang tangan tiba-tiba pelanggan call kensel order. Fuhhh.. lega satu. Dapat pulak sms yang kedua kata nak kensel tempahan juga. Phewww.... bertambah-tambah lega. Syukur sangat dengan bantuan di saat akhir macam ni.

Makanya minggu depan nak kena juga cari oven kedua. Tak sempat nak mencelah masa pergi beli lagi. Harapnya dengan ada dua oven nanti, makin mudah kerja membakar kek dan pavlova. :))








Dah... habis..!

Tiga biji kek ni saja yang saya ambil gambar. Tempahan yang lain semua sama ja bentuk dan rupa. Tak tunjuk pun tak pe. Korang pun tahu kek apa. Kan..!! =)

Sekian. Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi saya di talian 013 258 8230. 

Terima kasih pada yang menempah. :))


 

 

3 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

kalau dekat mmg dah lama akak tempah

Amalina Ibrahim said...

Hehee .. Itu kek boboiboy yg kwn saya tempah kt akak .. ! Die puji sgt kek akak .. Anak buah dia suke sgt2 .. hihihi ..

Amalina Ibrahim said...

Heee .. Itu kek boboiboy yg kwn sy tempah .. Sedap sgt katanya .. Anak buah die pn suke sgt .. hihihi ..