Monday, July 23, 2012

Hari Terakhir di London.

Assalamualaikum wbt.

Selesai sudah hari ketiga berpuasa. Sekejap je kan. Sambil rehat perut kenyang, saja belek-belek gambar lama. Saya klik gambar dalam album 2010. Bulan terakhir saya berada di London.

~haiiihhhh... datang dah angin rindu.~

Hatiku tertinggal di bumi permaisuri.

Tiba-tiba ada orang sekeh kepala. Sambil berkata, 'rindu la sangaaatt..!!'

Saya buka album hari terakhir di bumi permaisuri.

Apa saya buat pada hari akhir di sana? :)



Ini namanya hari memborong macarons ya kawan-kawan..!


Ada beberapa teman yang mengirim macarons sebelum saya balik Malaysia. Seronok saya nak pergi Laduree lagi. Bulan tu saja tak silap empat kali saya ke sana. Pergi sendiri. Bawa tetamu. Bawa pelajar. Betul. Betul. Empat kali saya pergi Laduree. Hebat kan. heeee. perasan!



Caakkk..!  Isi dalam paper bag.




Ada macam-macam jenis kotak. Harga pun berbeza bagi setiap kotak. Sekarang saya masih simpan lagi kotak hijau dan ungu macam gambar di atas.




Dah habis borong macarons. Saya singgah Bayswater pulak. Nak beli souvenirs bawa balik Malaysia. Kedai ni memang jadi pilihan saya. Senang nak minta diskaun dan harga murah sikit banding kedai lain. Bila bawa tetamu jalan-jalan pun, saya akan suruh mereka beli di sini. Sampaikan tokey kedai dah kenal muka saya. Muka tak malu minta diskaun. HaHa.




Jubilee line - North Greenwich. Salah satu laluan train nak ke rumah Kak Siti. Bila turun kat sini, kena tukar dua bas. Satu lagi DLR dekat Woolwich Arsenal.Kat sini pulak lagi dekat dan tak payah tukar bas. Satu bas sahaja. Harga tambang yang membezakan. Turun dekat North Greenwich baru masuk zon 2. Manakala turun dekat Woolwich Arsenal, dah masuk zon 4. Memang agak jauh juga beza harga tiket antara zon 2 dengan 4.

Ini baru satu line. Tak silap ada sepuluh line yang menghubungkan tempat-tempat di London. Mula-mula memang pening. Lepas setahun dah boleh jalan sendiri. Dah boleh jadi pemandu pelancong lagi. heh!





Macarons dah lama habis. Yang tinggal hanyalah kotak saja.

Jangan ada yang tanya, 'nak kirim boleh?'

Memang sah-sah tak boleh ler sayang. Saya dah balik Malaysia.

Katakan.... satu masa nanti, saya ada kat sana nanti. Baru la boleh nak kirim. Doa banyak - banyak untuk saya. Tawaran dah ada. Tinggal tunggu kata putus ja lagi. hikksss..! :))








15 comments:

tinakartina said...

macarons rasa mcam mne yer??
xpernah rasa pun ..hee (^^)

Mama Zharfan said...

owh...saya sgt rindukan Notts...:(

Unknown said...

Irma nak dok London semula? Akk tak pernah rasa macaron, katanya manis, ye ke?
Salam Ramadhan almubarak dr akk.

Farah Deeb said...

Apa susah Irma, kat Pistachios tu manyak macaroons! Den kaki pemborong kalau ade member's sale day! Theee...
My latest Entry :)
JJCM: Day 2 Ramadhan 1433

Eliss said...

wah ke london lagi ? seronoknya :) amin2 amin2

♥MAMASYAZA♥ said...

akak ni teringin nak jejak kaki ke london, tapi ntah bila...heheheheh...angan-angan konon

mama tisya said...

rindu london..time stay kt mara hostel mmg soping souvebier kt bayswater...mcm kedai sama je cz byk kedai yg masuk kebanyakkn mhl...time p harrods tk jmpa laduree..mmg time tu macaronm tgh femes tp xsempat merasa yg dr laduree

wawa syaida said...

nanti klu nak ke sna lagi...nak kirim tau...confirm!!!! ;)

Unknown said...

oh noo..irma nak kembali ke london ke..sempatkah lg saya nak order red velvet, pavlova n mcm2 kek lg yg teringin nak rasa..nanti ya kalau dtg kl sy order lg dgn irma..kek karamel haritu sgt sedap hihihi puasa ni..

MamaFaMi said...

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat mencari rezeki kan Irma? Mama pun rindu 'kampung halaman' mama kat Africa tu. 7 tahun ialah satu jangkamasa yang bukan singkat. Kalau ada anak, dah Darjah 1 dah... hehehe.. tapi apakan daya... hanya boleh mengimbau sahaja segala kenangan indah...

Hanis Azla said...

kenangan indah mana boleh lupa kan.. macam tu juga dengan macaron yg sedap tu.. mana boleh lupa juga.. he..he.. Selamat berpuasa..

kathy said...

kalau akak ke sana lagi sy pulak nak kirim :D

KG said...

salam...apart from the macarons yg i baru recently found out and zaman dulu tak taulah ada macarons ke dak do harrod, i miss uk, i miss harrods, i miss the dry english humor huhu

IntaNBerliaN said...

jelesnya... g jejalan negara org... duk negara org.. sy sabah sarawk pun xsampai lg.. hahhahahha

dalila said...

kak irma kat london kan skang?
bole la kirim..
hikhik