Friday, July 20, 2012

Menjelang Ramadhan.

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... selesai urusan tempahan untuk hari ni. Lega.


Rehat sekejap sambil buka blog. Dapur bersepah. ~Meh kita buat pejam mata sekejap.~


Ramadhan bakal bermula esok hari. Moga tahun ini kekuatan dan semangat untuk berterawih dapat dimaksimakan sebaik mungkin. Saya dah tolak projek moreh dan tumpukan pada tempahan dan projek cookies sahaja. Tu pun belum sempat buat tester lagi. Sibuk adalah alasan biasa yang tak dapat nak dielak. heh!


Tahun lepas saya berjaya menahan diri dari berbelanja di bazar ramadhan. Langsung tak pergi walaupun dekat. Apa yang saya buat untuk moreh, itulah juadah berbuka saya. Biasanya bila dah lepas hantar moreh, dah tak larat nak makan. Nampak katil je melambai-lambai. Penat.


Tahun ni tak janji. Ceh... belum puasa dah goyah. Dalam hati teringin nak masak. Teringin la sangat..! Takat makan sorang nak berhabis masa 2-3 jam kat dapur.  Doakan saya rajin. Semenjak balik Malaysia, mana pernah saya kongsi resepi masakan. Perasan tak..?


Tu tandanya saya TAK PERNAH cuba resepi baru. Sedih. Skill memasak dah tak meningkat.Asyik makan kedai atau masak resepi yang dah tahu. Spagheti. Lasagna. Macaroni bakar. Tu je.!


Duk kongsi gambar kek pulak. Habis semua orang terliur. Tadi ada sorang pelanggan bagitahu. 'Puasa ni tak nak buka blog saya. Takut tergoda. haha. Gelak saya dengar. 'Hai Atiqah..!' ;)


Tu tandanya saya TAK PERNAH cuba resepi baru. Pura-pura sedih tapi seronok sebab nak makan apa semua ada depan mata. Sedap tak sedap nombor dua. Duit ada, beli saja. Ehh.. macam pantun la pulak. ;P


Terawih... Seronoknya bila sebut pasal terawih kan. Kata orang sementara bujang ni, rebut peluang yang datang sebaiknya. Walaupun penat kena buat. Penat orang bujang hanya badan seorang. Penat yang dah berkahwin, ada anak yang menghalang. Walaupun pahala jaga anak lebih lagi. Keinginan nak berterawih di masjid tetap ada kan. :)


Cukuplah... nak bercerita panjang pun ada kerja yang belum selesai. 


Moga kedatangan Ramadhan tahun ini memberikan peluang untuk kita beramal sebanyak mungkin.


Salam Ramadhan dari saya. Segala salah dan silap sepanjang saya bercerita di sini harap dimaafkan.


Buat semua pelanggan saya, 


Salam Ramadhan buat anda. Terima kasih di atas sokongan anda buat saya selama ini. Salah dan silap. Terlambat turun hantar kek. Terkensel tempahan sebab kek tak menjadi. Terbuat kek tak seperti yang dihajati. HARAP SANGAT DIMAAFI. Lain masa kita bekerjasama lagi.! :)



Beruntung bagi mereka yang dapat berpuasa di sana. Saya nak ikut jugak...!

3 comments:

ADEEYA said...

Happy fasting kak :)

lavenderlover said...

selamat berpuasa akak..take care..salam ramadhan!

Ibu Aina Iman said...

irma,

akak nak order kek karamel...pada 3 ogos boleh tak?????