Friday, June 12, 2009

Kami Dah Pulang Mak Buat Cucur.

Alaa.Boring la asyik cerita pasal makan, makan, makan ajerk. Mentang-mentanglah bibik kan. Ting. Ehm, alhamdulillah, saya kerja masak sehari je sekali. Buatnya sehari tiga kali. Adoyai, penatnya mahu memikirkan menu nak masak. Mahunya muntah pegang senduk. Sehari sekali pun dah garu kepala.

Dah tu. Apasal tajuk tu nama makanan. Ala, saja je. Buat korang semua nak makan cucur bilis. Yummynya. Terliur. Cepat masuk dapur bancuh. hehe. Eh, ada ke cucur bilis orang jual. Jeng. Jeng. Jeng. Haha. Saja je bibik ni tau. Menci. Menci.

Alhamdulillah tadi selesai sehari berpuasa. Ala, puasa sehari je dah kecoh la. Heep, sabar. Saya puasa lapan belas jam tau. Haiyoo. Alhamdulillah, perut saya tak meragam hari ni. Masa berbuka pun takde sakit-sakit. Sebelum ni kalau nak berbuka je kena minum air suam dulu. Relax biar angin keluar dulu. Solat dulu ke. Dah lama baru boleh makan. Tadi tak pun. Ok je. Makan cucur bilis sambil sembang dengan anak-anak. Siap boleh main teka-teka lagi. Hehehe. Tinggal sehari je lagi puasa. Insyaallah, esok nak habiskan. Harapnya perut berkelakuan baik esok. Ngeee.

Semalam dah mula mengemas barang nak shipping ke Malaysia. Hari Ahad lepas kotak sampai. Mula saya order empat saja. Ingatkan cukup la kan. Tapi bila saya start nak kemas semalam. Saya dah cuak. Ni macam kena order lagi empat kotak. Uwaaarrghhh. Dasyatnya. Eleh, buat-buat terkujat la pulak ye. Ceh.

Haa. Jangan terkejut. Hehe. Saya lagi bengong dan buntu sekejap. Pegang tu tak kena. Pegang ni tak kena. Tak tahu nak susun yang mana dulu. Hehe. Saya sampai cekak pinggang. Tenung semua barang-barang yang saya beli sebelum semuanya saya hantar balik. Eleeh, sayu la pulak. Mana ada. Saya tengah fikir. Mana nak bawa balik. Mana nak dijual.


Yang ini saya nak bawa balik. Leap Pad dengan adik beradiknya. Nak jual pun tak sampai hati. Dah buruk sikit. Yang elok pun dua dalam beg tu. Tau aje la kan. Saya ni ada anak menakan kembar. Mana cukup satu. Kang berebut. Tak termasuk anak-anak yang mak jaga. Anak jiran lagi. Anak sepupu. Eh, semua anak awak ingat ma. Anak awak tak ingat ke. Kah Kah Kah. Erk, anak saya mana ada lagi la. Saya bagi mereka main dulu. Tahun depan saya beli untuk anak saya pulak. Tak pun yang ni bagi pinjam je kat anak menakan. Mak Lang balik nanti korang semua dah pandai. Mak Lang beli yang lain. Boleh kan? Ngeee.


Haa. Yang ni memang konpem untuk sayang mak lang. Bukan untuk anak mak lang. Tengok sayangnya mak lang pada kamu. Sampai satu beg baju Dora mak lang belikan. Hehehe.

Beg Disney untuk Jihah.

Beg Dora untuk Wawa.

Penyangkut tuala untuk Wawa, Jihah dan Nazira.

Haa. Yang ni mak lang baru jumpa satu je sayang. Kalau minggu ni mak lang pergi lagi car boot, nanti mak lang carikan lagi ye. Kalau tak jumpa. Jangan pulak kalian berebut. Pakai sorang sebelah ye. Hahaha.

Yang ni saya beli sepasang 20 pence. Sama dengan RM1.20. Jangan meroyan ye. Haha. Ini sapa punya. Ehm. Paham-paham ajelah. Malu nak bagitau. Hahaha.

2 pound

2 pound jugerk..!

Blanket saja penuh satu kotak. Haiyoo. Nak buat camana. Kebanyakan harga 20 pence. Yang besar 1 pound. Lain harga atas pagar 50 pence. Weee..!

Heeepp. Besa ni. Sampai hati kak irma buat fatih macam ni. Tengok muka tu. Sedih. Minta simpati nak keluar. Hehe.
Sayang Fatih.

Ehm. Banyak lagi barang yang tak disimpan. Lusa ada tetamu di rumah. Kena siap-siap masukkan dalam kotak. Kalau tak mereka nak tidur di mana. Hehe.


Eh. Entry apakah ini. Tajuk lain. Isinya lain. Macam rojak da. Ehm, nak cerita apa lagi. Pasal bunga. Tak ke mana pun seminggu ni. Cuaca mendung dan sejuk. Anak-anak pun pukul 9 dah masuk tidur. Kesian pula kalau di bawa berjalan. Penat sangat nanti. Tunggu la hujung minggu ni. Cadangnya mahu ke Regent's Park dan St James's Park lagi. Harap-harapnya cuaca baik pada hari tersebut.

Psstt- Anda berminat dengan barang-barang yang saya beli. Ingin memilikinya juga. Hehe. Tunggukan kemunculannya nanti. Weeee..!

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,

I am just a silent reader. Cantik la barang-barang tu...especially sarung kusyen.. boleh kirim tak?

Fazlinil Irma said...

Waalaikumussalam hana_iwan..

berminat dengan sarung kusyen ye. Insyaallah, kalau saya jumpa lagi. Saya akan beli dan maklumkan pada awak.

Sila tinggalkan email utk saya hubungi..

email saya : niel_2203@yahoo.com