Wednesday, June 10, 2009

Lasagna

Lasagna Sempoi

Lasagna Sheet

Lasagna Sauce

Ramai yang meminta saya berkongsi resepi lasagna. Saya tidak pasti di Malaysia ada atau tidak sos putih dan sos merah untuk lasagna seperti di atas. Kalau ada mudah la kerja. Hehe. Kalau tak jumpa. Cubalah resepi di bawah.

Seperti biasa rujukan dari blog Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu. Hehe.


Bahan Utama

Kepingan Lasagne secukupnya
White sauce (resipi dibawah)
Inti daging (resipi dibawah)
Parutan keju mozarella secukupnya

parutan keju cheddar secukupnya

Bahan Inti

450 g daging kisar
2 biji bawang besar, didadu

3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk halus)

1 camca besar cili kisar

2 helai bay leaf

1 camca teh serbuk lada hitam

1 tin tomato "plum" diramas
1 camca besar rempah kari daging

2 camca besar tomato puri

1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk White Sauce

600 ml susu segar
3 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam

Secubit garam

Cara membuatnya
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk, tomato puri dan cili kisar hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaul rata. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna. Tuang tomato plum yang telah diramas tadi bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK WHITE SAUCE :- Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN LASAGNA :- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak makan dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan letak atas dulang yang disapu sedikit minyak masak. Buat hingga siap. (susun seperti dalam gambar).
  4. Sapukan bekas lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne (mat guna 2 keping sebab kecil), sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna, kemudian sapu dengan white sauce, lapis lagi dengan kepingan lasagne dan ratakan lagi inti daging. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging dan tabur dengan keju mozarella.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam.
Renyah kalau ikut resepi ni. Hehe.

Resepi saya.

Bahan Inti -


500 gram daging cincang
2 biji bawang besar dipotong dadu

3 biji bawang putih dicincang halus

1 botol sos merah

1 mangkuk sayur campur
( lebih pun tak apa)
2 biji cili merah dicincang( kalau ada cili benggala pun boleh )

Daun sup dipotong nipis

Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa


Cara-
Caranya-

Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing.

Masukkan sos merah lasagna.
Tumis lagi sehingga naik bau dan garing.

Masukkan daging cincang. Kacau seketika.
Masukkan sayur campur dan cili merah atau benggala. Kacau sehingga masak. Taburkan daun sup dan kacau.
Lengkapkan masakan anda dengan garam dan lada hitam secukupnya.


Cara Menyusun-

Oleskan dasar bekas dengan minyak zaitun. Takde gantikan dengan minyak masak. Pun boleh. Takde masalah. Hehe
Susun kepingan lasagna sehinga memenuhi ruang bekas. Saya tak celur kepingan lasagna.
Ratakan inti daging. Kemudian taburkan cheese.
Ulang langkah ini sehingga habis bahan. Sebaiknya tiga kali ulang sahaja. Supaya tidak terlalu tinggi.
Lapisan akhir di atas ialah lasagna sheet dan kemudia sos putih.
Akhir sekali taburkan cheese di atas.
Bakar dalam suhu 185 selama 45 minit.

Yang lain seperti cara di atas. Malas nak taip balik. Ngeeee.

Errkk. Anda faham ke resepi saya? Maaf. Andai ada rezeki. Saya akan tunjukkan satu persatu selepas ini dengan gambar sekali ya.

Selamat Mencuba.

No comments: