Wednesday, June 10, 2009

Kek Gula Hangus



Resepi ni memang datangnya 100% dari mak terchenta. Kalau kat Malaysia boleh kata tiap minggu buat. Tipulah. Err, bergantung kepada sekerap mana mak saya pergi ziarah orang dan tempahan la kan. Bukan untuk kami makan. Orang order. Semua orang kenal mak memang PANDAI buat kek ni. Bodek mak. Bodeeek..!

Anak dia..? Pandai tak. Kurang pandai la. Huhu. Tu la. Dulu kerjanya tukang kacau je. Tak nak ambil peluang buat dari A-Z. Sekarang bila dah sampai London. Tak jadi mula la salahkan bahan. Wakakaa.

Ehm bukannya tak jadi. Kurang menjadi. Kenapa eh..?

- Saya agak sebab tepung di sini tersangat la elok. Sampaikan kek saya kurang menjadi 'sarangnya' tetapi sangat sedap gebunya. Eceh..ceh..cehh. Nak puji jugak kek sendiri. Hehe.

Ok. Mari kita tengok resepi sempoi mak saya. Memang senang. Kacau pakai tangan je. Tak payah pakai mixer pun. Mak saya LANGSUNG tak pernah pakai mixer. Kudrat tangan ajer. Tetap menjadi-jadi. Saya yang pakai mixer pun tak semenjadi macam mak punya tau. Huh..

KEK GULA HANGUS :

Bahan-bahan
:

250 gram mentega ( mak guna jenama SERI. Saya guna jenama ENTAH. Haha)
10 biji telur
3 cawan gula
3 cawan air
3 cawan tepung
1 tin susu pekat saiz kecil
2 sudu besar penuh soda bikarbonat

Cara-Cara:

Dedahkan mentega pada suhu bilik dalam 2-3 jam sebelum menyediakan kek. Sebab mak saya kan tak pakai mixer. Jadi mentega kena cair dulu baru senang nak kacau.

Masukkan telur, mentega dan susu dalam bekas yang sama.

Pukul dan kacau sehingga semuanya bercampur sebati. Time ni yang letih. Nak kacau. Tapi nasib rumah saya tv dekat dapur. Saya buat kerja memang depan tv. Hahaha. Bertuah punya anak...!

Dalam masa yang sama masak gula sehingga hangus dengan api SEDERHANA.

HATI-HATI- Semasa mahu masukkan air ke dalam gula. Gula akan meletup.
Masak sehingga gula betul-betul cair semuanya. Yang ni mak yang buat. Saya masih di depan tv mengacau bahan yang lain.

Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat. Ni pun mak yang buat.

Masukkan gula hangus berselang seli dengan tepung. Kacau sehinga sebati semuanya dan tidak berketul-ketul. Mak masukkan saya kacau je.

Tapis bancuhan semasa dituang ke dalam bekas. Ni mak yang buat.

Bakar dengan suhu 180 dalam masa 1 jam. Mak jugak yang tunggu sampai kek masak.

Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan ianya masak dengan betul. Sekiranya lidi tu tak melekat dengan bahan kek. CONFIRM dah masak.

Hoyeeeehh...! Alhamdulillah..

Tengok. Apa je keja yang saya buat. Duduk depan tv kacau je. Hahaha.

Mak. I MISS U.

Saya tahu-

1- Ramai yang akan kata. Banyaknya telur. Kolestrol. Kolestrol. Hahaha.
2- Tak nak la buat. Nanti tak jadi. Membazir. Hehee.
3- Ala. Beli je. Tak payah nak susahkan badan. Ehemm..!

Terpulang. Kek ni memang banyak kolestrol. Tapi memang SEDAP..! Orang yang kata lah kan. Sebab kalau mak saya pergi mana-mana, orang akan tanya kek ni. Tak tanya dah yang lain. Kalau saya buat pun, memang cepat habis. Takde la sampai seminggu nak habis. Atau kena paksa-paksa habiskan. Hehehe.

Errkk.. Tapi saya pun tak suka. Hahaha. Kalau mak buat saya jarang makan. Bukan tak menghargai. Sebab tahu, selalu ada. Tak makan hari ni. Esok ada lagi. Tapi esok pun tak makan jugak. Akakaka. Kalau saya makan pun bahagian kerak yang hangus je. Kat situ part yang paling sedap. Syaratnya kerak tu mesti panas atau suam-suam. Sejuk. No lah. Ceeh, cerewetnyer. HAHAHA.

Ok. Done. Kalau rasa banyak sangat resepi ni. Boleh je kurangkan kuantiti bahan. Tengok lah. Saiz bekas yang saya buat. Memang besar. Tapi habis. Syokkan. Hehehe.

Selamat Mencuba.

Ops. Seperti biasa. Jangan lupa sertakan kasih sayang yang banyak semasa membuat okey. Eh, mungkin sebab masa saya buat dengan mak. Ada banyak sangat kasih sayang. Tu yang kek kami sangat menjadi. Ekekeke. Sangat-sangat lah jangan percaya ye. Mak buat seorang pun menjadi je. Sambil-sambil tu selawat la dari menyanyi lagu Siti Nur Haliza. Hehehe.

Eh..tapi ada satu cerita. Memang kelakar. Masa kenduri kawen kakak saya. Kek mak tak menjadi. Langsung tak jadi. Hehe. Rupa-rupanya mak tersalah guna soda bikaronat. Botol yang dia beli kurang kuantitinya. Tapi still boleh makan. Ghupenya la yang kureng bersarang. Eh. Langsung tak bersarang la. Hehe. Mak jangan marah. Anak mak bukak rahsia. lalala.

Wassalam.

No comments: