Saturday, June 20, 2009

Strawberry Flan



BAHAN UNTUK PASTRI MANIS

200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)

BAHAN KRIM KASTARD

1 biji telur gred A
30 g gula halus
20 g tepung kastard
100 g susu cair
100 g whipping cream
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN LAIN

Coklat cair secukupnya
Strawberry
Blueberry
Raspberry
Sedikit Apricot glaze + sedikit air panas, kacau rata

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK PASTRI MANIS :- Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (tak payah kembang), masukkan telur dan putar sekejap, perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulat2kan, tutup dengan plastic cling, rehatkan sebentar.

2. UNTUK KRIM KASTARD :- Satukan susu dan whipping cream, kacau rata dan masak hingga suam. Dalam bekas lain satukan telur, gula dan tepung kastard, kacau rata. Masukkan susu suam tadi dan kacau bancuhan hingga sebati. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas. Masak secara double-boiler sambil terus mengacau hingga pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Alih ke dalam bekas lain dan tutup dengan palstik cling untuk mengelakkan krim kastard keras dibahagian atasnya.

3. UNTUK KULIT TAT (FLAN) :- Ambil doh anggaran sebesar penumbuk, canai nipis (anggaran 3 mm) antara 2 lapisan plastik, doh mesti lebih lebar dari acuan tat (seperti gambar diatas). Buka satu lapisan plastik, dengan berhati2, terbalikkan ke dalam acuan tat tadi. Ratakan, dan tarik keluar plastik. Kemaskan doh, cucuk permukaannya dengan garfu dan alas dengan aluminium foil, isi kekacang dan bakar 15 minit pada suhu 190C (blind-bake). Kemudian angkat keluar aluminium foil tadi, sambung bakar 5 minit lagi. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

4. UNTUK MULTI-BERRY CUSTARD FLAN :- Sapu coklat cair pada dasar kulit tat, ratakan. Paipkan krim kastard. Kemudian susun buah2an mengikut kreativiti masing2. Sapu dengan apricot glaze untuk nampak berkilat.


Resepi ini di ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu.


Bebelan bibik-

Resepi saya sangat mudah. Beli kulit flan, mascarpone dan strawberi campur rasberi.

Bancuh mascarpone dengan gula. Kacau sampai sebati. Ratakan atas flan dan hiaskan dengan strawberi dan rasberi.

Sedia untuk dimakan. Mudah sangat. Sampaikan Syakirah dan Maryam pun boleh buat. Hihi.

Wassalam.

2 comments:

ainmusa said...

wah sedapnye kak~
mau salin ni!

fazlinil irma said...

cik ain cute- ameik resepi yg susah eh..yg mudah tu kalau jumpa bahan lg besstttt...! ;D