Monday, June 29, 2009

Doa Rabithah Di hening Malam...



اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَ
سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

Doa Rabithah

Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya

terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…

Sambil menunggu masa untuk bersahur, saya melayan telinga dengar nasyid ni. Berulang kali saya putarkannya. Tak jemu malah membuatkan saya berfikir tentang diri sendiri.

Tentang diri yang sering lalai dengan dunia.

Tentang hati yang sering berbolak balik antara kebaikan dan kejahatan.

Tentang amalan saya selama ini.

Tentang kehidupan selama ini.

Ya Allah, di manakah letaknya kedudukan hamba ini di sisimu...

Sangat terkesan dengan kata-kata mujahid Islam ini -

Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat. ~ Ammar Zulkifli.

Wassalam.

Sumpah..Menakutkan..

Assalamualaikum wbt

Hari Khamis lepas saya ditugaskan ( baca:menggantikan) kak ct ambil anak-anak di sekolah. Haaiikkk. skema jer ayat. Kak ct tak dapat ambil sebab dia temankan Syakirah ke Islamia School. Dia kan dah nak jadi a
nak dara sunti. hihi. Nak masuk sekolah menengah la. Senang cerita. Ok. Bukan tu cerita penting entry kali ni.

Ceritanya begini ya. Sebelum tu tengok gambar dulu. Weeee..

Eksyen tu posing.

Boleh la sesapa nak panggil jadi model iklan eskrem..

Tadaaa. Nak ke..?

Ini saya punya. Hehehe.

Balik dari sekolah, saya beli aiskrim kat tepi jalan. Maryam tak minta pun. Saya yang nak makan. kui. kui. kui. Sangat sedap. Bukan perisa vanila. Tapi susu. Sesiapa yang memang tak suka susu. SILA DIAM.

Jadi nak pendek cerita. Saya suruh dia letak sprinkle. Sebab kat rumah pun memang selalu buat macam tu.

Lepas aksi di atas, Maryam pun start makan aiskrim. Baru sekali jilat je dia dah mengadu gatal mulut. Saya kata kenapa. Dia dah gelisah sambil tunjuk lidah. Saya pun hairan. Apasal pula makan aiskrim gatal mulut. Takkan elergic susu kot.

Sambil tu saya cepat-cepat menuju ke kelas Fatimah. Lepas ambil Fatimah, Maryam dah mula nak menangis. Lagi bertambah hairan. Terus dia tak nak aiskrim tu. Jadi habuan Fatimah la. Bila Fatimah makan ok je. Sedangkan Fatimah lagi teruk elergic dia.

Yang saya ni dah gelabah. Suara maryam dah start bunyi macam orang susah bernafas. Mati saya kalau jadi apa-apa kat sekolah. Saya cepat-cepat sua air suruh dia minum.Masih jugak tak jadi apa.

Dalam duk hairan tu kami mempercepatkan langkah nak kejar bas. Takut jadi apa-apa kat Maryam. Dalam hati memang tak henti-henti doa. Jangan la jadi apa-apa dengan dia. Sambil berjalan bagi
lagi air. Mana tahu boleh lega ke.

Muka budak makan aiskrim tapi tak habis.

Sampai stesyen bas. Maryam masih lagi kegatalan. Saya dah panic tapi tak tunjuk. Suruh Maryam relax. Saya periksa tekak dia. Kot-kot bengkak ke tak. Ok, alhamdulillah. Takde apa-apa.

Dalam kes alergik ni, kalau dah sampai bengkak di kerongkong sehingga sukar bernafas, boleh bawa kepada kematian kalau tak segera di beri rawatan. Waaaa, tak molah jadi dengan saya. Takut oooo..

Sambil tunggu bas. Fatimah menikmati aiskrim tu tanpa menunjukkan apa-apa yang pelik.
Tiba-tiba. Nah, inilah puncanya. Fatimah tunjuk ada serpihan kacang tanah melekat kat sprinkle tu. Patut la Maryam gatal. Huhuu. Bila ingat balik. Memang bekas kacang dia letak sebelah dengan sprinkle dalam satu bekas. Jadi masa tukang jual tu bubuh sprinkle terkena la sebutir dua kat aiskrim Maryam.

Nasib Fatimah perasan. Kalau tak habis dua-dua gatal. Lepas tu saya buang semua sprinkle dan fatimah sambung balik makan. Dah separuh jalan nak sampai rumah, Maryam saya tengok dah ok sikit. Siap boleh nyanyi suka hati lagi. Fuhh, sabar aje.

Tapi saya tetap risau jugak. Sampai je rumah terus bergegas ambil ubat alergik dan suap Maryam makan. Tak lama je terus dia ketiduran. Saya ni punya la panik lagi, siap suruh Fatimah periksa setiap lima minit
. Maryam bernafas ke tak. Huhu.

Alhamdulillah, takde sebarang kejadian yang buruk berlaku. Memang menakutkan betul saya. Sebab kalau tengok kes alergik yang serius memang boleh membawa kepada kematian. Nauzubillah.

Wassalam.

Ani..Angkat Kain Jemuran Sudah Turun..

Ma, jangan lupa angkat baju nanti.

Ma, mak nak keluar ni. Kain jangan lupa angkat.

Ma, dah gelap tu. Macam nak hujan je. Kain dah angkat belum.

Ini adalah contoh ayat yang mak akan pakai bila nak suruh saya angkat kain. Kadang-kadang rimas jugak. Macam la saya budak kecik lagi nak kena peringat. Jadi sebelum mak peringatkan, saya akan angkat kain siap-siap. Hihii.

Ima sayang mak.

Kejadian berlaku di London

Haaa. Inilah akibatnya kalau meremehkan leteren (baca:peringatan) mak. kui. kui. kuiiii.

Masa ni petang Sabtu yang panas. Dari tengahari memang dah terasa panasnya. Merenek peluh di dahi. Saya pun dah cakap masa kat dapur dengan kak ct, ni gelap je awan nak hujan apa.


Tengok-tengok petang tu memang hujan. Horeeeeyyyy...! Sukanya hujan. Leka saya mendengar bunyi hujan lebat dari dalam bilik. Kuat bunyi. hujan menimpa bumi. Siap dengan bunyi guruh dan petir lagi. Saya dalam bilik tak terasa apa lagi. Masih leka dengan komputer. Tak terasa nak tu
tup pun..ekekekeee.

Tak lama kemudian, saya terasa ada sesuatu yang pelik. Ada benda yang saya lupa nak buat. Baru saya teringat. Baju yang saya sidai kat luar. Sudah. Habis la baju basah. Aiyoooo. Cuak tapi tak takut. Hehe. Gelak lagi ada la.

Terus naik atas ambil bakul nak isi baju basah.


Ehm. Nak keluar takut. Bunyi petir dan guruh yang kuat. Yelah, dah lama tak dengar bunyi petir. Seriau jugak la. Buatnya kena panah
petir. Uishh. Nauzubilah.


Inilah baju yang basah kuyup kesejukan. Gara-gara bibik yang LUPA. Sian mereka. Dah la petang tu hujan batu. Saya pun tak perasan ( baca:tak tahu ). Lepas tu terus bilas baju dan basuh semula.

Sekarang baju tu tengah tunggu bibik ini merajinkan diri untuk digosok. Hehehe.

Wassalam.

Friday, June 26, 2009

Poskad Dari London Untuk ANDA..!

Assalamualaikum wbt

Entry ini adalah kesinambungan dari entry "Poskad London Bukan Untuk Dijual". Alaaa.. Tak yah pergi jauh. Bawah ni saja. Ehm.. idea ini ting tong selepas melihat ramainya SILENT READER yang masuk ke blog ini. Semalam saya catatkan jumlah terakhir sebelum tidur. Angkanya ialah 3223 orang. Malam tadi bila saya periksa semula sudah mencecah ke angka 3378 orang. Kira-kira 155 orang yang masuk. Errk, tak tau la kalau korang silap rumah kan. Itu dimaafin ya dong...! TERIMA KASIH saya ucapkan. Esok hari datang lagi. Yang tak bestnya korang ni senyap. Eceeehhh, macam la saya ni kalau pergi blog orang riuh sekampung. Oh, itu malu namanya. Hahaha.

Memang ada dua, tiga, empat blog yang saya rajin tinggalkan komen. Dan saya tahu ramai di antara silent reader saya datang dari komen-komen yang saya letakkan di sana. Kui. Kui. Kui. Yelah, yang p komen kat blogger fames sapa suruh. Hehehe. Eh, jangan kecil hati. Blogger lain saya segan nak komen. Saya baca saja. Hihi.

Ok. Terus kepada isi penting. Memandangkan anda sebagai silent reader saya. Yang memang semestinya saya takkan tahu siapa anda. Mai. Mai saya nak kongsi dengan anda.

Tadaaaaaa... daa... daaaaa....

10 keping poskad untuk dikongsi bersama. Baikkan saya. Ceehh, menyampah...!

Satu

Dua

Tiga

Empat

Lima

Enam

Tujuh

Lapan

Sembilan

Sepuluh


Betul ni. Tak ada main tipu-tipu loorrr. Saya dengan baik hatinya mahu berkongsi apa yang saya ada dengan korang semua. Eceeehh, mantap ye bibik ni.

Syarat-syaratnya senang sahaja :

1- Selesai sahaja membaca entry ini, sila tinggalkan link atau email ( bagi yang tiada blog ) untuk saya hubungi.

2- Sekiranya anda berminat, bolehlah menjadi follower saya. Ini bukan syarat wajib penyertaan. Tak jadi pun tak apa. Cumanya kalau lain kali ada hadiah, anda tidak terlepas peluang. Ngeh. Ngeh. Ngeh.


3- Selepas 10 pembaca pertama. Automatik poskad sudah habis. TETAPI. Anda masih lagi boleh tinggalkan komen. Sekadar ucapan hai atau salam pun cukuplah. Itu sudah cukup membuatkan bibik gembira. Tak mahu. Tak apa. Tidak mendatangkan apa-apa masalah pada bibik.

Dah. Itu saja syarat-syaratnya. Hehehe.


Tiada sebarang tipu muslihat atau unsur-unsur udang disebalik spaghetti tentang poskad yang mahu diberi. Sesiapa yang berminat silalah berbuat seperti syarat-syarat yang telah tertera di atas. Jika tidak, anda boleh terus menjadi SILENT READER saya. Ngeee..

Ok. Esok harap-harap bila buka blog sudah ada 10 pemilik poskad yang bertuah. Kalau tak malu den. Kalau lebih pun tak apa. Ada rezeki saya beri pada anda juga. Insyaallah. Lain kali pula ye.

Saya Sayang Kamu.

Wassalam.

Poskad London Bukan Untuk Di Jual

Assalamualaikum wbt

Semalam sambil-sambil rehat saya membelek poskad yang saya beli sepanjang berada di London atau berjalan di UK. Banyak juga bila dibelek semuanya. Hihi. Suka la pula bila tengok satu-satu. Alhamdulillah, Allah berikan keizinan untuk saya bertadabbur alam-melihat, berjalan, mentafsir alam semesta ini dengan penuh rasa kesyukuran.


Dalam banyak-banyak tempat di atas semua saya dah pergi. Eceeh, ye la tu. Tak la. Saya belum sampai lagi Trafalgar Square, St Paul's Cathedral dan Tower of London. Yang lain semua dah sampai. Best...! Eceehh.. Saja je. Nyampah...!


Dalam dok syok belek poskad dengan ambil gambar. Tiba-tiba keluar idea. Ting..Tong..Heii, apasal idea keluar bunyi ting tong. Eh.. silap. Masa tu posmen datang rumah. Nak suruh buka pintu ambil parcel. muahahaa. Idea kalau keluar dia timbul tanda soal atas kepala kan. Hihi. Ehm, mula la timbul idea nak jalan-jalan. Haaiisshh, bibik ni. Tak habis-habis dengan jalan-jalan. Yolaahh, kang balik Malaysia orang tanya dah sampai tak London Eye. Dah pergi belum Trafalgar Square. Dah pergi belum bla... bla... bla... Tiba-tiba saya jawab 'TAK PUN'. Laaa, malu seyh nak jawab tak. Penat-penat kerja jauh dari Malaysia. Tiba-tiba jawab tak. Haiyoooo. Malu la weyh. Malu. Malu.

Biar balik Malaysia nanti, kalau orang tanya. Saya akan jawab, Alhamdulillah, dah pernah sampai. Sambil menunjukkan gambar dalam laptop. Eceehh. Korang tak yah tunjuk. Tengok dalam Facebook ada, dalam Friendster ada, dalam blog ada. Siap merepek dan membebel lagi. Haiyooorkk, macam mak nenek. Dulu dalam Fotopages ada. Kat mana yang takde. Hihi. Ini saya nak tunjuk kat saudara mara yang tak ada internet kat rumah. Kat anak murid kat sekolah. Kat anak saudara saya. Lagi buat saya berangan. Konon nak buat buku. Perjalanan seorang bibik di UK. Kah Kah Kah. Mantap betul bibik ni kalau bab berangan. Kui... Kui.. Kui..


Dah. Sudah. Mana ideanya. Suka membebel dalam blog sendiri tau. Hihihi. Beginilah cara bibik menghabiskan masanya sebelum tidur. Ok, ideanya ialah.. Jeng Jeng..Jeng...

Saya nak berjalan ke semua tempat yang ada dalam poskad di atas dan mengambil gambar sejibik seperti yang ada dalam poskad tu. Amacam, best tak idea saya. Ngeh.. Ngeh.. Ngeh.. Ya, nampak macam mustahil je kan. Memang mustahil la kalau nak ambil gambar dari udara. Apa ingat saya ni bakal isteri Prince William ka nak minta helikopter untuk ambil gambar. Amboiii, bagi contoh Prince William. Apasal tak bagi contoh isteri Polan bin Polan. hihi. Aiseyyy, duduk London apa kelas bagi contoh bakal isteri Polan bin Polan. Ayat mahu glamer..! Blueekk. Muntah kucing dengar.

Ok. Itu idea saya. Entah boleh pakai entah tidak. Belum dibincangkan lagi dengan geng-geng jalan saya. Ecece. Ada geng
jalan-jalan ye bibik. Hihi. Ada. Baru ditubuhkan. Insyaallah, kalau idea ni diterima dan boleh dipakai. Yahooo la saya. Moga-moga idea ini dapat dilaksanakan. Bukan untuk tujuan suka-suka atau jalan-jalan semata-mata. Yang lebih penting mengambil ilmu dan pengajaran di setiap tempat yang dituju. Semoga ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Insyaallah.


Poskad ni di beli masa saya di Snowdonia. Nama tempat ni ialah Bodnant Garden. Sangat cantik. Kalau jalan-jalan tak ubah seperti berada di zaman Inggeris dahulu kala. Tengok. Tengok. Berangan tak habis. Tak percaya. Tengok gambar di bawah. Hihii.

Tengok. Putera raja sedang mengusyar puterinya dari atas. Eh.. Tak sedap la ayat. Ehm. Haa. Puteri raja sedang bersiar sambil ditemani oleh putera raja yang gagah perkasa. Kah kah Kah. Silalah gelak beramai-ramai. Berangan tak ingat dunia. Sebenarnya kami ( saya dan jurufoto. Eceh, sumpah berlagak diva..!) tak perasan pun ada lelaki kat atas. Bila dah transfer dalam laptop barulah nampak. Hahaha. Tu yang boleh jadi ayat berangan. Ntah mamat mana yang sesat. Eh, mana pulak dia sesat. Tu kan tempat awam. Suka hati dia la nak jalan. Dan gambar mamat ni bukannya setakat satu je. Ada dua lagi. Kerana penulis memang tak pernah menghadkan diri untuk terus berposing. Ngeeee.



Alhamdulillah. Saya diberi kesempatan untuk melihat dan berjalan di Nottingham semasa Kak Ct sekeluarga pulang bercuti di Malaysia. Seronok sampaikan saya dengan beraninya berjalan sorang-sorang di bandar Nott mencari istana dan patung Robin Hood.



Poskad ni baru lagi. Masa kami bercuti di Lake District. Subhanallah. Tak terucap dengan kata-kata sahaja. Pemandangan di sana sangat cantik. Bukan sahaja ketika naik kereta tetapi dari bilik tidur yang kami menginap pun dah terbentang pemandangan tasik yang sangat menakjubkan. Err, penggunaan sangat itu memang betul. Bukan dibuat-buat untuk menaikkan rasa teruja pembaca. Hihi. kalau diberi peluang untuk ke sana lagi. Saya TAKKAN MENOLAK. Eh, bukan sebab nak cover gambar yang dah TERdelete tu ka. HAHAHA. Syooohh.. DIAM..!


Inilah beg yang menyimpan semua poskad dan pamplet yang saya ambil kalau berjalan ke mana-mana saja. Pamplet dah memang sedia maklum FREE. Ambil sajalah. Cuma poskad je la kena bayar. Kadang-kadang ( baca : SELALU ) dengan rasa tak malunya minta diskaun bila beli poskad. Hihi. Memang dasar melayu TIPIKAL. Suka main tawar harga. Ikutlah. Bukan selalu dapat diskaun pun. Kalau rezeki saya baik. Dapat. Selalunya TAK. Alasan dia dah murah sangat banding dengan tempat lain. Tapikan, bila saya fikir balik. Kalau saya beli dekat perempuan MEMANG TAK DAPAT DISKAUN. Tapi kalau beli kat lelaki SENANG-SENANG dapat FREE. Satu je pun. HAHAHA. Nampak gayanya. Saya kena bijak memilih penjual. Kah Kah Kah.

Ok. Saya ada sesuatu yang nak dikongsi dengan anda. Teruskan membaca entry yang terkini. Sapa lambat rugi. Siapa yang tak berminat, sila diamkan diri anda.

Saya Sayang Kamu.
Wassalam.

Wednesday, June 24, 2009

Patut La Tak Mengantuk...

Assalamualaikum wbt

Sekarang dah pukul 2.45 pagi. Saya masih mengadap laptop lagi. Tadi dah tutup. Nak tidur la kononnya. Dah tarik selimut. Doa dah dibaca. Dah habis airmata bercucuran. Sampai sesak nafas sekejap mengenangkan apa yang dilalui dalam hidup selama ini. Tengok. Nak tidur pun menangis. Haisshh. Apa la bibik ni. Hihi. Tapi tak juga mahu lelap mata sepet ni. Hai.. terkebil-kebil la sekejap atas katil yang empuk ni. Boring dah paksa mata ni untuk lelap. Apalagi, bingkas bangun tekan balik suis laptop.

Rupa-rupanya Allah nak bagi saya lihat ini...

Nur Aina Nazira Mohd Hafeez

Inilah gambar yang saya tunggu semenjak kelahirannya. Berbaloi mak lang tak mengantuk malam ni. Rupanya Allah nak ubatkan rindu dengan menatap gambar sayang.

Nazira dan Najwa

Dan ini. Maaf Jihah. Gambar sayang mak lang tak masukkan. Tak sesuai. Nanti suruh pakcik ambil gambar yang lebih sopan ya sayang. Pakcik nak blackberry kan. Hahaha. Berangan la pakcik. Tunggu mak lang dapat duit tersepak.

Ni untuk pakcik. Blackberry storm.

Bold pun ado. Jangan marah pakcik.

Ok. Terubat sudah rindu nak menatap gambar anak saudara yang baru lahir. Comel kan. Patut la mak tok kata macam muka mak lang. Ngeee.. Perasan betul.

Eh, maklang rasa comel lagi anak saudara maklang dari anak artis toot ( Tak boleh diberitahu. Mati kalau saya kena saman nanti. Hanya kami sekeluarga ja yang tahu. Hihi.) Patut la lama benar baru boleh tengok. Hai. Memang comel.

Ehm. Boleh la tidur lena kot. Jangan sampai terbabas sudah.

Saya Sayang Kamu.

Wassalam.

Selamat Datang Wahai Rejab Yang Mulia

Assalamualaikum wbt

Salam sayang dengan ingatan moga kalian semua berada dalam lindungan Allah dan sentiasa dalam kemanisan iman hendaknya. Moga kasih sayang dan rahmat dariNya sentiasa menyinari kehidupan seharian kita. Harapan kita juga moga kehidupan kita di dunia ini sentiasa dipandu di atas jalan yang benar dan berakhir dengan pengakhiran yang mulia. Insyaallah.

Esok Rejab datang lagi. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan kepadanya kerana mengizinkan diri yang lemah ini untuk berada di bulan yang penuh kemuliaan. Sesungguhnya pabila datang bulan Rejab ini, marilah kita sama-sama meraikannya dengan memperbanyakkan melakukan amalan-amalan sunat. Jikalau tidak semua pun, ambillah sekadar yang mampu. Moga-moga Rejab yang bakal tiba ini tidak kita lalui dengan sia-sia sahaja.


Kelebihan Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w. : Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRA' MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya. (Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)

* Puasa 1 hari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).


Berkata Saidina Ali :

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawab : Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya :

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".
(dari kitab Raudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.)

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan
BULAN ALLAH.


REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.


REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Ya. Mari kita sama-sama start enjin amalan sunat di bulan Rejab ni. Moga-moga amalan yang sedikit tetapi berterusan ini akan menjadi bekal bertemu Allah swt. Insyaallah.


Wassalam..

Tuesday, June 23, 2009

Jangan Ucap Takziah

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.

Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.

Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah...alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.

Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Kredit to - Koleksi Artikel Isu Hangat

Monday, June 22, 2009

Musim Panas Dah Bermula

21 June 2009 is the Summer Solstice, the longest day of the year

Assalamualaikum wbt

Ya.. Hari ini adalah siang yang terpanjang di dunia untuk Hemisfera Utara. Kami di London menerima cahaya matahari paling banyak. Matahari terbit seawal jam 4.42 pagi dan tenggelam pada lewat jam 9.24 malam. Sapa yang suka sangat jalan. Ya. Inilah masanya. Tapi saya duduk rumah je hari ni. Budak baik tak pergi car boot. Simpan duit nak pergi Scotland. Insyaallah, moga Allah permudahkan hajat kami.

Ini bermakna musim panas sudah bermula. Tak payah dah nak pakai baju tebal atau kot yang bebannya satu kilo. Yahooo..! Kalau nak berlagak pun pakai jumper je la. Tu pun nak elakkan tudung ditiup angin. Lagi best tak payah pakai langsung.

Ehm. Sesetengah tempat merayakan siang yang terpanjang di dunia ini. Contohnya di Stonehange. Mereka berkumpul untuk melihat matahari terbit secara beramai-ramai.

Ya. Puasa tahun ni saya akan merasainya di musim panas. Ya Allah, moga kau sampaikan hambamu ini pada bulan yang penuh keberkatan itu. Insyaallah.

Err. Bila dah musim panas. Kena la jaga mata lebih sikit. Adegan 18SX akan mula berleluasa di mana-mana terutamanya taman. Aishh.. Sabar. Sabar.

Wassalam.


Sunday, June 21, 2009

Mangkuk Yang Cantik


Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a. , Umar r.a. , Uthman r.a. bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakka di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat satu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut iaitu magkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar r.a berkata,
"Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut."

Umar r.a berkata,
"Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Uthman r.a berkata,
"Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Ali r.a berkata,
"Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Fatimah r.ha berkata,
"Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik, wanita yang menutup aurat itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Rasulullah SAW berkata,
"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal itu adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Malaikat Jibril AS berkata,
"Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Allah SWT berfirman,
"Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Kredit to- Khair Al-Nas

Saturday, June 20, 2009

Strawberry Flan



BAHAN UNTUK PASTRI MANIS

200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)

BAHAN KRIM KASTARD

1 biji telur gred A
30 g gula halus
20 g tepung kastard
100 g susu cair
100 g whipping cream
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN LAIN

Coklat cair secukupnya
Strawberry
Blueberry
Raspberry
Sedikit Apricot glaze + sedikit air panas, kacau rata

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK PASTRI MANIS :- Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (tak payah kembang), masukkan telur dan putar sekejap, perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulat2kan, tutup dengan plastic cling, rehatkan sebentar.

2. UNTUK KRIM KASTARD :- Satukan susu dan whipping cream, kacau rata dan masak hingga suam. Dalam bekas lain satukan telur, gula dan tepung kastard, kacau rata. Masukkan susu suam tadi dan kacau bancuhan hingga sebati. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas. Masak secara double-boiler sambil terus mengacau hingga pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Alih ke dalam bekas lain dan tutup dengan palstik cling untuk mengelakkan krim kastard keras dibahagian atasnya.

3. UNTUK KULIT TAT (FLAN) :- Ambil doh anggaran sebesar penumbuk, canai nipis (anggaran 3 mm) antara 2 lapisan plastik, doh mesti lebih lebar dari acuan tat (seperti gambar diatas). Buka satu lapisan plastik, dengan berhati2, terbalikkan ke dalam acuan tat tadi. Ratakan, dan tarik keluar plastik. Kemaskan doh, cucuk permukaannya dengan garfu dan alas dengan aluminium foil, isi kekacang dan bakar 15 minit pada suhu 190C (blind-bake). Kemudian angkat keluar aluminium foil tadi, sambung bakar 5 minit lagi. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

4. UNTUK MULTI-BERRY CUSTARD FLAN :- Sapu coklat cair pada dasar kulit tat, ratakan. Paipkan krim kastard. Kemudian susun buah2an mengikut kreativiti masing2. Sapu dengan apricot glaze untuk nampak berkilat.


Resepi ini di ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu.


Bebelan bibik-

Resepi saya sangat mudah. Beli kulit flan, mascarpone dan strawberi campur rasberi.

Bancuh mascarpone dengan gula. Kacau sampai sebati. Ratakan atas flan dan hiaskan dengan strawberi dan rasberi.

Sedia untuk dimakan. Mudah sangat. Sampaikan Syakirah dan Maryam pun boleh buat. Hihi.

Wassalam.

Alexander Rybak- Fairytale




Years ago, when I was younger
I kind a liked a girl I new
She was mien and we were sweet hearts
That was then but then it's true

(Course)

I'm in love with a Fairytale
Even dough it hurts
Cause I don't care if I loose my mind,
I'm already cursed

Every day we started fighting
Every night we fell in love
No one else could make me sader
But no one else could make me high above

I don't know what I was doing
Suddenly we fell apart
Now on days I can not fine her
But when I do well get a brand new start

(Course)

I'm in love with a Fairytale
Even dough it hurts
Cause I don't care if I loose my mind,
I'm already cursed

She's a fairytale oo yeah
Even dough it hurts
But I don't care if I loose my mind,
I'm already cursed

Tersenyum saya bila menghayati bait-bait lagu ini. Kebetulan bila membuat sessi lawatan blogger-blogger yang saya gemari. Bertemu dengan entry beliau yang menyiarkan tentang lagu-lagu di Eurovision 2009 Winner. Ehm, mungkin saya terlambat dalam mengetahui tentang hal ini. Itu bukan persoalannya. Lambat atau cepat terpulang pada individu. Zaman mengetahui hal-hal hiburan ni dah lama saya tinggalkan jauh di belakang. Sekarang sedang bergiat dengan dunia masakan. Sangat menyeronokkan. Waaallah...! Ceh, bibik ni memang tau. Suka bagi orang terliur. Tak baik oo. Ehm, kalau tanya tentang cerita hindustan atau korea sekarang. Memang saya gagal. Mungkin kerana dah takde geng nak bagitau tentang drama atau filem yang terbaru. Takpalah. Ini bermakna saya dah tua. Hihi. Dah tinggalkan zaman melangut depan tv atau berebut siaran tv dengan adik beradik atau kawan-kawan. Hihi. Kenangan tu.

Cuma, bila mendengar lagu ni. Saya rasa dekat dengan kehidupan kita. Kisah angan-angan dan dogengan yang sering menjadi kesukaan kanak-kanak mahupun dewasa. Ehh, jangan tipulah. Kalau tak, masakan drama bersiri yang memaparkan kisah-kisah sebegini menjadi tontonan ramai. Kan. Sambil tersenyum. Ngeee. Termasuklah yang menaip ni. Bab berangan ni memang pakar. Haish. Insaf. Insaf. Sekarang berangan jugak. Tetapi angan-angan yang boleh jadi kenyataan la kan. Macam nak kurus. Whooooaaaaa. Sangat jeles dalam hati bila tahu kakak sendiri sudah kurus kembali. Saya. Bila lagi. Hehehe. Nasib mereka tak boleh nampak muka saya yang sudah sedikit kejelesan. Ha. Ha. Jangan tipu. Bukan sikit. Tapi dah memang banyak. Bila la angan-angan itu akan jadi kenyataan. Sambil menongkat dagu membayangkan Hanis Zalikha. Haiyoooo. Sangat teruja. Toing. Toing. Syooh. Hilang dah asap angan-angan. Hahaha.

Haaa. Kan dah hilang idea. Habis. Tak tau nak cerita apa. Jap. Jap. Tarik nafas. Sembur. Phuuuh. Ok.

Ehm. Oklah. Habis. Memang tak tau nak cerita apa. Dah.

Oh ya. Hidup ini memang adakalanya seperti apa yang kita angan-angankan. Kita tidak menyangka yang satu hari apa yang kita angan-angankan menjadi kenyataan.

Apa lagi. teruskan berangan. Ehm. Hihiii.

Psstt.. Saya sakit gigi. Gigi geraham bongsu saya nak keluar. Tapi, sebab lambat sangat keluar sampai dah berlubang sedikit. Akibat dari sikap suka bertangguh kerana tak sakit. Sekarang dah dapat sakitnya. Nak pergi dentist memang satu yang saya sangat dan cuba nak elakkan. Bukan sebab takut doktor. Saya takut nak hulur duit service dentist. Untuk pemeriksaan sahaja dah menelan belanja 50 pound. Kalau kes saya ni, mungkin akan dicabut. Waaa. Saya tak sanggup nak membayangkan 500 pound dihulurkan kepada dentist UK. Ya, segala mak nenek perkhidmatan di UK sangatlah mahal.

Jadi, tolong doakan gigi saya ini hanyalah bengkak gusi sahaja ya. Takpalah, tanggung sakit selama tiga atau empat hari dari menanggung kos bil perkhidmatan pergigian yang sangat MAHAL. Huk. Huk.

Insyaallah, andai kesakitan ini adalah kafarah di atas dosa-dosa saya selama ini. Moga ianya berbaloi dirasai. Allah mahu menguji hambanya seorang ini. Ya, sakit itupun nikmat juga. Senyum dalam kesakitan. T ____________ T

Sangat berhajat pada doa kalian kerana saya perlu menghabiskan janji bekerja di sini sehingga 2010. Saya sangat-sangat tidak mahu menyusahkan kak ct sekeluarga. Di samping niat mahu menjelajah UK sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Weii, sempat lagi tu. Haisshh. Lempang kang..! Adooiii.

Sekarang saya rasa pipi dan kawasan sekitarnya panas. Whoaa. Harap-harap tidaklah teruk melarat.

Wassalam.

Saya Sayang Kamu.


Friday, June 19, 2009

Chicken Tandori Masala

Assalamualaikum wbt

Malam ni malas nak merepek panjang-panjang. Hari ni kureng mood nak merepek. Huhuhu. Resepi ni diambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan oleh Mat Gebu. Tapi kali ni saya mengelat. Sebelum ni dah 2 kali saya cuba dengan resepi di atas. Tapi kurang memuaskan. Sebabnya... seperti biasa. Anak murid yang suka menderhaka. Main campak je lebih atau kura
ng. Mana nak sama dengan yang tok guru ajar. Hehe. Jadi. Ehem. Kali ni saya buat cara mudah. Saya gunakan serbuk tandori masala yang dalam peket. Kemudian campur dengan yogurt saja. Senang sungguh kerja bibik. Sambil menunggu ayam diperap sempat lagi main tenet. Ekekeke.

Jadi. Inilah hasilnya. Tadaaaa.


Resepi anak murid derhaka. Hihi. Korang jangan pandai-pandai nak derhaka pulak. Baik ikut ajaran tok guru. Kalau tak kang jadilah macam saya. Ngeee.


BAHAN-BAHANNYA
500 g ayam,potong, buang kulit, cuci dan kelar
3 camca besar jus lemon

1 1/2 camca teh garam

1/4 camca teh serbuk kunyit

1/2 cawan plain yogurt

3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 inci halia, ditumbuk halus
1 1/4 camca teh serbuk ketumbar

3/4 camca teh serbuk jintan putih

1/2 camca teh serbuk paprika/serbuk cili
1 biji cili merah, ditumbuk

Sedikit pewarna merah (jika suka)

1/2 camca besar minyak sapi (resipi asal guna minyak m
asak)

CARA MEMBUATNYA
  1. Satukan jus lemon, garam dan serbuk kunyit, gaul bersama ayam tadi hingga rata dan perap 15 minit.
  2. Dalam bekas lain satukan semua bahan2 diatas kecuali minyak sapi, kacau rata. Masukkan no 1 ke dalam no 2, gaul rata dan perap 30 minit. Lebih lama diperap lagi sedap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C, sapu sedikit minyak sapi atas ayam sebelum dibakar hingga masak. Nak sedap lagi bakar atas api arang.
  4. Hidangkan bersama hirisan lemon dan salad, jika suka.

Selamat Mencuba.

Wassalam.

Thursday, June 18, 2009

Fruit Tart

Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:

1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus
kacau hingga sebati
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.

Bebelan bibik-

Ini bukan resepi dari air tangan saya. Dengan bangganya mengatakan ini hasil kerja kak ct. Hihi. Dapat nama jugak kak ct dalam blog ni. Saya buka peti ais dah nampak siap untuk dimakan. Patutlah nampak kak ct beli kulit tart yang readymade. Oh ya. Semuanya readymade. Balik rumah tinggal nak filling dengan cream dan buah je. So senang. Resepi ni pulak saya ambil dari kak Rin. Terima kasih kak. Dia gunakan custard untuk filling. Kalau nak guna whipping cream pun boleh jugak. Ehm. Rasanya kalau kat Malaysia memang mahal. Haiyooo.. Semua mahal. Mahal. Takde yang murah ke. Yang sedap memang la mahalkan. Korang sanggup beli yang mahal semata-mata nak memenuhi selera tekak. Kadang-kadang mahal pun tak semestinya sedap. Dah duduk dalam kedai yang sewa sampai ribu raban. Mana dia tak cekik duit korang. Jadi terpulang la ye pada semua. Duit di tangan anda. Ngeee.

Ok. Bibik tak larat nak bebel banyak. Gusi bengkak. Aik, apa kena mengena gusi bengkak dengan membebel kat blog. Ye la. Sakit ooo. Kepala pun penat nak fikir apa nak merepek lagi.

Wassalam.

Tuesday, June 16, 2009

Ini Untuk Kamu


Saya Sayang Kalian Semua Dunia dan Akhirat

Gambar Hujung Minggu



Gambar sahaja. Cerita kemudian. Esok. Lusa. Entah. Hihi.

Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum wbt.

Entry kedua malam ni. Apa lagi. Pasal makan la. Bibik kan. Sebab ada yang minta resepi. Terliur ye tengok gambar yang saya tunjuk kat FB. hihi. Tak pa. Lepas baca entry ni, terus start enjin pergi cari bahan nak masak. Ataupun parking kereta kat mana-mana kedai yang ada hidangkan Spaghetti Carbonara Paling Sedap di Dunia. Saya yakin yang sedap itu datangnya dari dapur rumah kita dan terhasil dari kesungguhan dan kasih sayang kita untu memberikan yang terbaik untuk keluarga. Apa lagi, pilihan di tangan anda. Eceh, sempat lagi jadi pakar motivasi ye.

Ok. Apa kata luangkan masa membaca asal usul spaghetti ni. Saja je nak share ilmu dengan korang. Dapat jugak pahala percuma. Ngeee.

Pasta alla carbonara ( biasa dibuat dari fettuccine, rigatoni atau bucatini. Ni semua jenis pasta. ) adalah hidangan pasta dari Itali berasaskan telur, pecorino romano ( cheese parmesen la. Sumpah nama terlebih glamer), guanciale ( HARAM. Jangan sesekali galak nak makan. Itu adalah B**I) dan lada hitam. Empat bahan ini adalah asas dalam masakan ni.

Ok. Yang lain adalah resepi yang saya main campak-campak dengan penuh kasih sayang. Mengikut resepi saya sendiri. Hehe.



Spaghetti Carbonara - Hidangan untuk 5 Orang

Bahan-Bahan :

500 gram spaghetti
3 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak
1 biji bawang besar didadu

3 biji bawang putih dihancurkan
1 peket sosej ayam dipotong ikut suka hati
Isi ayam di potong kecil

3 biji telur
200 ml double cream
100 gram keju Parmesen yang diparut
Daun Parsley sebagai hiasan
Hirisan cili padi sebagai penambah rasa

Cara-cara :

Rebuskan spaghetti di dalam air panas yang dicampur dengan minyak dan garam sehingga empuk.

Tumis bawang besar dan putih sehingga garing. Masukkan isi ayam dan sosej. Biarkan sehingga masak dan kekuningan.

Pukul telur sehingga sebati. Campurkan cream, parmesen dan masukkan sekali serbuk lada hitam. Kacau.

Tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana perlahan.

Apabila mereka semua dah sehati sejiwa di dalam kuali. Jangan masak sampai kuah kering. Biarkan sedikt basah. Tutup api.

Hidangkan dengan taburan parsley, lada hitam dan lebihan keju parmesen.

Untuk rasa yang lebih sedap. Bakar spaghetti di dalam oven selama 4 minit. Supaya keju tadi cair sekejap. Mantap..!

Sedap dimakan ketika masih panas.


Komen bibik-


1. Kalau korang jumpa sos carbonara yang segera. Lagi senang. Cuma tuang saja. Contohnya seperti di atas.


2. Anda boleh mewahkan spaghetti ni dengan udang atau sotong. Bagi saya sosej dan isi ayam dah cukup. Pastikan benar-benar cukup. Kalau tak jadi macam saya. Isi habis. Spaghetti tak. Huhu. Ayamas ada banyak pilihan sosej. Duit di tangan anda. Hihi.

3. Lagi berkhasiat kalau dimasukkan sayur. Senang cerita sayur campur la kan. Kalau korang kayo. Beli la brokoli. Takde sayur pun takde masalah. Kompem sedap. Ceh, angkat bakul sendiri.

4. Semasa menuang spaghetti. Jangan tuang semua sekali gus. Tuang sedikit demi sedikit. Agak-agak dah cukup. Tak payah bubuh yang selebihnya. Jangan jadi macam saya. Tuang sekali semua. Konon cukup. Sekali lebih. Hahaha. Kureng sikit kebasahannya.

5. Nak kena dengan selera Malaysia. Letakkan hirisan cili padi. Perghh, gerenti lagi laju suapan korang. Erk, bagi yang suka pedas la kan.

Ehm. Tu je la. Rasanya resepi ni mudah. Cumanya bahan dia yang MAHAL di Malaysia.

Selamat Mencuba.

Wassalam.

Strawberry Chocolate Cake

Assalamualaikum wbt.

Ya ampun. Tiga hari tak menulis di entry. Apa nak jadi neyh. Lupa diri ke..? hihi. Yeah, lupa blog sekejap bila ada kawan yang lagi best kat rumah untuk bersembang dan dilayan. Apa kes layan blog yang tak seberapa ni. Ecece.. dasar bibik lupa daratan. Ops. Jangan marah ye blog. Bukan selalu kawan-kawan saya datang. Sekali datang sangat la seronok buat bibik yang takde kawan nak sembang. Alhamdulillah, sangat seronok. Terima kasih kak zu, husna dan maryam kerana sudi datang jalan-jalan kat London. Ehm, esok kak zu dah nak balik. Terasa la sunyi lagi lepas ni.

Ok. Ok. Dah. Nak kongsi resepi kek coklat dengan korang semua.

Tapi sebelum tu nak bagitau la ye. Gambar ni bukan kek yang saya buat. Rezeki datang bergolek-golek. Hajat di hati memang nak buat kek coklat hujung minggu lepas sempena kedatangan kawan-kawan semua. Tapi balik dari jalan-jalan kat St James's Park ada kek coklat buah tangan dari Sarah. Apa lagi. Rezeki jangan la ditolak. Dihias-hias indah dengan strawberry lagi ada la. hihi.

Jadi, inilah hasilnya. Tadaaaa. Eh. Eh. Sabar. Sabar. Telan air liur tu. Malu kang orang nampak. Tutup mulut. Tutuuupp..!


Macam yang saya cakapkan, kek ni Sarah yang bagi. Saya hias je dengan strawberry yang ada.

Kalau ada sesiapa yang terliur. Seperti biasa kalau nak cepat. Beli la kan. Kalau rajin cubalah ye. Macam selalu, resepi diambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu. Kalau nak tengok hasil yang lebih wallaaah... P la tengok kat blog dia.



BAHAN - BAHANNYA

250 g mentega

340 g gula halus

4 biji telur gred A

1 camca besar nescafe + 1 camca besar air panas

1 camca besar coklat paste

1 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

300 g tepung gandum@tepung halus*

100 g serbuk koko*

Secubit garam*

1 1/3 camca teh soda bicarbonate*

1 1/3 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)

325 ml susu segar


CARA MEMBUATNYA
  1. Lenser tin bulat berukuran 10 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Panaskan oven ada suhu 175C.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambail terus memutar hingg kembang. Masukkan esen vanilla, coklat paste dan nescafe, putar rata.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata. Macam biasa lah yea, kalau masukkan tepung berselang seli dengan susu, bahan akhir sekali mestilah tepung.
  4. Tuang dalam tin tadi dan bakar selama 1 jam atau hingga masak. Gunakan kaedah mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, tandanya kek telah masak. Biarkan kek dalam tin selama 25 minit untuk mengekalkan kelembapannya (itu petua mama zieza)...
  5. Lepas tu ikut suka hati lah macam mana nak hias. Selamat mencuba untuk semua.
Ehm.. Dah makan kek percuma. Tak tahulah bila nak belajar buat. Hihi.

Wassalam.