Assalamualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
Wahai sahabat seaqidah sekalian... Sudahkan kalian berdoa untuk para sukarelawan Misi LifeLine 4 Gaza yang sedang berhadapan dengan Israel laknatullah.
Kita tidak mampu untuk pergi bersama-sama mereka. Tetapi.. tahukah kalian. DOA ADALAH SENJATA MUKMIN. Mukmin itu siapa? Kitalah. Yang mengaku mengucapkan kalimah syahadah yang sama. Dengan doa yang ikhlas mampu mengalahkan kekejaman tentera zionis. Persoalannya... ADAKAH KITA SUDAH BERDOA..?
Mahukah kamu di akhirat kelak. Allah mempersoalkan kita dengan satu soalan. ' Apakah yang telah kamu lakukan di dunia untuk membebaskan saudara kamu di Palestin? Alangkah beruntungnya jika doa-doa dan amalan yang kita hulurkan diangkat dan diterima oleh Allah swt. Jika tidak. Kita adalah manusia-manusia yang Allah katakan berada dalam kerugian. Nauzubillah.
Marilah kita sama-sama alunkan Qunut Nazilah dalam setiap solat kita.
Terjemahan doa Qunut Nazilah
“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

Qunut Nazilah
-Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
-Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.
-Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.
-Bacaan ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut
pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran."
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata :
"Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".
2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
3. Bacaan Qunut Nazilah.
4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.
6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk.
4 comments:
tak tau nk ckp apa lagi...sedih sgt... mohon copy...nak letak kat blog, n nak print ....
diorg tu lebih jahat dr binatang buas.. semoga Allah melindungi mangsa2 yg masih disana...
irma nak balik dah eh? teringin nak krim brg kat carbootsales tp tatau nak beli ape.. huhuh
salam..sama2 la kita doakan mereka...mintak izin copy and paste entry nie di blog saya..mahu sebarkan kpd sahabat2 yg lain....
boleh umiecuie.. silakan..
betul.. binatang pun syg anak binatang lain.. kalau x terancam..
boleh marsha.. nak beli buku ka.. mainan.. nanti sy tunjuk contoh..
siti hajar..
wsalam.. silakan. terus berdoa..
Post a Comment