Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday - Jom makan buah. (18)

Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi kawan-kawan..!! ~sambil buat muka comel depan laptop macam Ana Muslim.~

Korang dah sarapan...?

Saya tengah tahan lapar. Air panas baru nak masak.

Boleh la bancuh air kejap lagi.

Nak makan dalam kepala dah nampak kedai nasi lemak kat Warung Kita.

Masalahnya malas sangat nak turun beli.

Dulu masa kat London duk teringin nak pergi beli tapi takde kedai.

Sekarang dah boleh beli, ada saja alasan yang keluar. ;P

Saja kan manusia ni. Bila ada depan mata tak hargai.

Bila dah hilang atau jauh dari mata baru nak rindu-rinduan. Sengal..!

Penyelesaiannya.. -----> Makan apa yang ada dalam peti ais.



Eeehh... bukan makan pavlova.

Meh makan buah untuk pavlova. Memang stok buah-buahan ni sentiasa ada.



Oklah ni.. Setakat alas perut pagi ni.

Kejap lagi semangat kelaparan dah datang. Boleh la turun pergi cari sarapan.

Sekarang nak masuk ofis dah. Siapkan barang untuk buat Kek Karamel, Apam polkadot dan Muffin.

Selamat bekerja semua.

Mulakan hari Rabu tanpa kata ini dengan senyum manis dan niat yang ikhlas.

Moga kerja-kerja yang kita lakukan mendapat nilaian yang baik di sisi Allah.

6 comments:

mama tisya said...

bestnye kalo dpt merasa pavlova itu..yum2

~ana~ said...

nak jugaaaakkkkkk....:)

Yan said...

teringin sangat nak makan pavlova tu... macam sedap je..

muis ismail said...

salam kak irma
nice blog
kek akak mmg nampak so tempting
done following u
can link me back at
http://itsmymuislife.blogspot.com

e.l.i.s.s.m.i.e said...

sedapnya nampak pavlova tu..selalu duk tengok kat afc jaa :p

Mrs | Mr. AniK said...

da try cheese cake..terbaik la..hehhe